Analisis keupayaan pelajar dalam pembinaan semula kurikulum Bahasa Melayu asas bagi pelajar antarabangsa Universiti Pendidikan Sultan Idris

The analysis of students’ abilities in the re-development of the basic Malay Language curriculum for foreign students of Sultan Indris Education University

  • Muhammad Fawiz Bakri Pusat Bahasa Moden dan Pengajian Umum, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Zulkifli Osman Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Anida Sarudin Sarudin Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Husna Faredza Mohamed Redzwan Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Keywords: Teknik Delphi, Bahasa Melayu asas, Pelajar antarabangsa, Model Taba, Keupayaan Pelajar

Abstract

Kurikulum merupakan satu elemen terpenting dalam acuan pendidikan bagi sesebuah komuniti. Kurikulum menjadi prinsip dan prosedur bagi perencanaan, implementasi, evaluasi dan pengelolaan suatu rancang-bangun sesuatu program pendidikan. Namun demikian, dalam misi untuk mengantarabangsakan bahasa Melayu melalui sektor pendidikan di Universiti Pendidikan Sultan Idris, penyusunan kurikulum pengajaran dan pembelajaran Asas Bahasa Melayu masih memerlukan penambahbaikan. Antara permasalahan yang dikenal pasti ialah keupayaan pelajar yang berbeza terhadap penguasaan asas bahasa Melayu. Kajian ini dijalankan bagi mendapatkan pandangan tokoh, pakar atau pengamal kurikulum asas Bahasa Melayu untuk pelajar asing di universiti awam dan swasta bagi membina semula Kurikulum Asas Bahasa Melayu di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Model Taba dipilih kerana model ini sesuai dengan reka bentuk metod pengajaran berdasarkan autonomi guru berbanding dengan lima model kurikulum yang lain. Teknik Delphi digunakan dalam kajian bagi mendapatkan data. Teknik ini dijalankan melalui beberapa pusingan temu bual terhadap informan kajian bagi mendapatkan pandangan mereka terhadap (1) keperluan pengasingan kelas mengikut keupayaan pelajar dan (2) keperluan mengadakan ujian penempatan bagi mengenal pasti tahap keupayaan pelajar dalam Kurikulum Asas Bahasa Melayu. Dapatan kajian mendapati pendapat informan tidak senada tentang keperluan pengasingan kelas berdasarkan tahap keupayaan pelajar kerana faktor kemudahan yang tidak mencukupi. Dapatan kajian juga mendapati bahawa wujud keperluan mengadakan pentaksiran awal atau ujian penempatan pelajar bagi pelajar antarabangsa. Implikasi kajian menunjukkan bahawa aspek keupayaan pelajar perlu diberi perhatian dalam membentuk kurikulum pengajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa asing.

References

Awang Sariyan (2014). Bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa dan upaya pengantarabangsaannya. Dalam S. M. Nasir, S. S. Bakar, & Z. Osman, Jaringan pengajian bahasa Melayu,Tanjung Malim: Penerbit UPSI.

Ayob Jantan. (2018).PAK21-Mentransformasikan Kepimpinan Berpestasi Tinggi.Putrajaya: Media Sinar Harapan.

Azhar Wahid& Fathin Noor Ain Ramli (2016). Pengembangan pengajian Melayu memperkukuhkan bahasa Melayu Nusantara. Rumpun Jurnal Persuratan Melayu,4,151-170.

Badrul Hisham, Alang Osman, & Nassaruddin Basar (2016). Amalan Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21 Dalam kalangan Pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 10,p.1-14. Dimuat turun daripadahttp://www.ipgmipoh.edu.my/ journal/index.php/dedikasi/article/view/16/14

Fa’izah Abd. Manan, Zamri Mahamod & Mohamed Amin Embi. (2010). Penggunaan strategipembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan pelajar asing cemerlang mengikut kemahiran.Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara Kali ke-4, 65-75.

Geert, P. V. & Dijk, M.V. (2012). Focus on Variablitity: New Tools to Study Intra-Individual Variabilityin Developmental Data. Dalam Gabrielle Rappolt, Samantha G. Daley & L. Todd Rose (Pnyt.), A Research Reader in Universal Design for Learning. 177-182. Cambridge. Havard Education Publishing Group.

Henson. K (1995). Curriculum development for education reform. U.S. Longman, inc. Dimuat turun daripada https://ejournal.um.edu.my/index.php.JUKU/article/view/8234.

Hussien Umar (2001). Strategic management in action. Jakarta. PT. Gramedia Pustaka.

Juriah Long, Raja Fauzi Raja Musa, Zarin Ismail dan Hamidah Yamat @ Ahmad. (2001). Keperluan pendidikan bahasa Melayu di institusi pendidikan tinggi swasta. Jurnal Pendidikan, 26, 21-36.

Khuzaiton Zakaria & Thana Abdullah. (2014). Mengajar bahasa Melayu kepada penutur asing dan cabarannya: pengalaman di Universiti Malaysia Kelantan. PDE2014. Dimuat turun daripada http://umkprints.umk.edu.my/2902/.

Kusom Yamirudeng & Zulkifli Osman (2018). Pembangunan modul pengajaran dan pembelajaran Bursus Bahasa Melayu Elektif berdasarkan pendekatan pengajaran secara kontekstual. Rumpun Jurnal Persuratan Melayu,6, 74-117.

Kusom Yamirudeng & Zulkifli Osman (2019). Penilaian formatif bahan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sebagai Bahasa Asing di Thailand. PENDETA Journal of Malay Language, Education and Literature,10, 91-105.

Linstone, H. A. (1979). The Delphi Method: Techiques and Applications. Reading. Adison Wesley Publication.

Mohamed Redzwan, H. F., Bahari, K. A., Sarudin, A., & Osman, Z. (2020). Strategi pengukuran upaya berbahasa menerusi kesantunan berbahasa sebagai indikator profesionalisme guru pelatih berasaskan skala morfofonetik, sosiolinguistik dan sosiopragmatik. Malaysian Journal of Learning andInstruction, 17(1),187-228.

Muhammad Fawiz Bin Bakri & Zulkifli Osman(2018). Pembinaan Semula Kurikulum Asas Bahasa Melayu bagi Pelajar Antarabangsa Universiti Pendidikan Sultan Idris: Penilaian dari AspekPeruntukan Masa Pembelajaran. International Journal of Language Education and Applied Linguistics (IJLEAL),8(2), 27-37.

Oliva, P.F. (1992). Developing the curriculum third edition.New York: Harper Collins Publisher Inc.

Osman, Z., Sarudin, A., Abdul, A. H., & Ayob, R. (2019). Teachers’ Understanding and the Level of Implementation of Authentic Elements in the Teaching of Malay Language Writing and Their Relationships with School Type, Teachers’ Experience, and Specialization. International Journal Academic Research Business and Social Sciences, 9(1), 1245–1256.

Othman Lebar. (2014). Penyelidikan kualitatif: Pengenalan pada teori dan metod.Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Phaosan Jehwae (2019). Sejarah pendidikan Bahasa Melayu di Patani Selatan. Rumpun Jurnal Persuratan Melayu, 7, 1-17.

Punitha Muniandy, Abd. Jalil Osman., & Shahrir Jamaluddin. (2017). Kesan kemahiran bertutur dalam bahasa Malaysia secara kaedah pembelajaran informal dalam kalangan penutur asing dewasa: Satu pandangan pembelajaran berterusan. Jurnal Kurikulum dan Pengajaran Asia Pasifik, 5(4), 31-37.

Sarudin, A., Mohamed Redzwan, H. F, Osman, Z., & Mohd Ariff Al-Bakry, I. S. (2019b). Using the Cognitive Research Trust scaleto assess the implementation of the elements of higher-order thinking skills in Malay language teaching and learning.International Journal of Recent Technology and Engineering (IJRTE,), 8(2S2), 392-398.

Sarudin, A., Mohamed Redzwan, H. F., Osman, Z., Raja Ma’amor Shah, R. N. F., & Mohd Ariff Albakri, I. S. (2019a). Menangani kekaburan kemahiran prosedur dan terminologi awal Matematik: Pendekatan leksis berdasarkan Teori Prosodi Semantik. Malaysian Journal of Learning and Instruction,16(2), 255-294.

Shavelson, J. (1984). Research on teacher's pedagogical thoughts, judgments, decisions and behavior (The Rand Paper Series).New York: The Rand Corp.

Taba, H. (1962). curriculum development: theory and practice. Harcourt: Brace & World Publication.

Published
2020-04-06
How to Cite
Bakri, M. F., Osman, Z., Sarudin , A. S., & Mohamed Redzwan, H. F. (2020). Analisis keupayaan pelajar dalam pembinaan semula kurikulum Bahasa Melayu asas bagi pelajar antarabangsa Universiti Pendidikan Sultan Idris. RUMPUN JURNAL PERSURATAN MELAYU, 8(1), 65 - 76. Retrieved from http://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/123