Kata kerja bantu dialek Kelantan: Analisis kerangka program minimalis

Auxiliary verbs in Kelantanese dialect: Minimalist program analysis

  • Fazal Mohamed Mohamed Sultan Pusat Kajian Bahasa Dan Linguistik, Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Sarah Nur Najwa Mohd Nasir Pusat Kajian Bahasa Dan Linguistik, Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Dialek, Kelantan, Kata Kerja Bantu, Aspek

Abstract

Kajian sintaksis ini merupakan sebuah kajian yang menumpukan kepada kata kerja bantu dalam dialek Kelantan. Dialek Kelantan merupakan salah satu daripada dialek Timur di Semenanjung Malaysia. Kajian yang menggunakan kerangka teori Program Minimalis (PM) ini telah dijalankan di Kampung Machang Gochoh, Pasir Mas, Kelantan untuk mengenal pasti jenis kata kerja bantu (KKB) yang digunakan dalam dialek Kelantan (DK). KKB dalam DK terbahagi kepada KKB aspek doh (sudah), ghajin (pernah), tengoh (sedang, tengah), ake (akan), dok (belum) serta KKB modal nok (hendak), keno (perlu) dan buleh (boleh). Namun kajian ini hanya membahaskan KKB aspek doh dan ghajin sahaja. Kajian yang menggunakan kaedah perbualan dengan responden dan seterusnya data dianalisis menggunakan kerangka PM. Hasil kajian mendapati kedudukan KKB ghajin dalam rajah pohon hadir sebelum kata kerja (KK) utama seperti dalam bahasa Melayu baku tetapi KKB aspek doh boleh hadir selepas KK utama. Kefleksibelan ini hanya berlaku pada KKB aspek doh sahaja. Maka kajian ini mendakwa bahawa dialek Kelantan mempunyai kala dan kedudukan hirarki urutan kata dialek Kelantan berbeza daripada bahasa Melayu baku.

References

Ana Bravo, Luis Garcia Fernandez & Diego Gabriel Krichoven. (2015). `On auxiliary chains: Auxiliaries at the syntax-semantics interface`, BOREALIS, 4(2), 71-101.

Adi Yasran. (2012). `Analisis koda berdasarkan kekangan dalam dialek Kelantan`, GEMA, 12(4), 1127-1145.

Asmah Haji Omar. (1980). Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azhar Hj.Wahid & Fathin Noor Ain Ramli. (2016). Pengembangan Pengajian Melayu Memperkukuhkan Bahasa Melayu Nusantara. Rumpun Jurnal Persuratan Melayu, 4(1), 151 - 170.

Azhary Tambusai. (2020). `Morphological typology of Riau Malay language`, Rumpun Jurnal Persuratan Melayu, 8(1), 56-64.

Chomsky, N. (1995). Minimalist Program. Cambridge: MIT Press.

Fazal Mohamed Mohamed Sultan & Nurulafiqah Suhaimi. (2013). Sintaksis kata tanya ‘sapa’ dalam dialek Kedah. GEMA, 13(1), 43-59.

Fazal Mohamed Mohamed Sultan & Norasmira Noordin. (2012), Kata tanya ‘mana’ dalam dialek Pulau Pinang dalam Program Minimalis. Jurnal Bahasa, 12(1), 87-103.

Fazal Mohamed Mohamed Sultan, Zaharani Ahmad, Nor Hashimah Jalaluddin, & Harishon Radzi. (2010). Kata kerja transitif bahasa Mendriq: Kerangka Program Minimalis. Jurnal Melayu, (5), 409-423.

Fazal Mohamed Mohamed Sultan, Zaharani Ahmad, Nor Hashimah Jalaluddin & Harishon Radzi. (2011). Kata soal ‘bila’ dalam dialek Kedah Melayu Baling: Satu analisis sintaksis. GEMA, 11(1), 69-80.

Fazal Mohamed Mohamed Sultan & Amir Imran Jamil. (2019). Variasi Leksikal Dialek Melayu di Negeri Kedah: Kajian Geolinguistik. Jurnal Geografia 15(4): 16-29.

Gan Kok Siong. (1991). Kata Kerja Bantu dalam Sintaksis Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Grange, P. (2010). `Aspect and modality in Indonesian: The case of sudah, telah, pernah and sempat`. Wacana 12(2): 243-268.

Hashim Haji Musa. (1993). Binaan dan Fungsi Perkataan dalam Bahasa Melayu: Suatu Huraian dari Sudut Tatabahasa Generatif. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Idris Aman & Mohammed Azlan Mis. (2016). Variasi Bahasa. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia: Bangi.

Hamsiah Juki & Che Ibrahim Salleh. (2017). Kesantunan Pantun Melayu Sarawak. Rumpun Jurnal Persuratan Melayu, 5(1), 56 - 100.

Jayakaran Mukundan & Laleh Khojasteh. (2011). Modal auxiliary verbs in prescribed Malaysian English textbooks. English Language Teaching, 4(1), 79-89.

Kamus Dewan. (2004). Edisi Ke-2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Khairul Taufiq Abu Bakar, Nor Hashimah Jalaludin & Fazal Mohamed Mohamed Sultan. (2019). Golongan Kata Kerja: Korelasi antara Kecekapan Tatabahasa dengan Kecekapan Pragmatik dalam Kalangan Remaja Malaysia. Jurnal Linguistik, 23(1), 70-101.

Ling, Yvonne S.C. (2016). The use of modal auxiliary verbs in horoscope: A corpus based study. Language Studies, 5(2), 82-98.

Mohd Ra’in Shaari. (2009). Kata bantu bahasa Melayu: Analisis data korpus berkomputer. https://pustaka2.upsi.edu.my/index/ [10 Disember 2019]

Mohammad Fadzeli Jaafar. Idris Aman & Norsimah Mat Awal. (2017). Morfosintaksis dialek Negeri Sembilan dan dialek Minangkabau. GEMA, 17(2), 177-191.

Mukundan, J., & Khojasteh, L. (2011). Modal Auxiliary Verbs in Prescribed Malaysian English Textbooks.

Nik Safiah Karim. (1978). Bahasa Malaysia Syntax: Some Aspects of Its Standardization. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nurul Shahida Jamil & Maslida Yusof. (2015). Analisis dieksis dialek Kedah. GEMA, 15(1), 163-187.

Riduan Makhtar & Abdul Ganing Laengkang. (2018). Keunikan dialek Sungai Nenggiri, Kelantan: Satu analisis struktural. e-Bangi, 13(3), 260-273.

Wardhaugh, R. (1986). An Introduction to Sociolinguistics. Oxford: Basil Blackwell.

Waridah. (2015). Penggunaan bahasa dan variasi bahasa dalam berbahasa dan berbudaya. Jurnal Simbolika, (1), 84-92.

Published
2020-10-05
How to Cite
Mohamed Sultan, F. M., & Mohd Nasir, S. N. N. (2020). Kata kerja bantu dialek Kelantan: Analisis kerangka program minimalis. RUMPUN JURNAL PERSURATAN MELAYU, 8(2), 1-15. Retrieved from http://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/124