Pengaplikasian perisian kosa kata (Boros Maan) Kadazandusun dalam pencapaian murid sekolah rendah

Kadazandusun language vocabulary sofware application (Boros Maan) in primary school student achievement

  • Julita @ Norjietta Taisin
Keywords: Kosa kata, Perisian, Bahasa Kadazandusun, meningkat, boros maan

Abstract

Kosa kata sangat mempengaruhi dalam penguasaan kemahiran bahasa khasnya dalam bahasa Kadazandusun. Justeru, murid-murid yang mengambil subjek bahasa Kadazandusun seharusnya diberi pendedahan awal untuk mempelajari kosa kata agar mereka dapat menguasai kemahiran lisan, membaca dan menulis dalam subjek bahasa Kadazandusun seperti subjek Bahasa Melayu. Kerterbatasan kosa kata yang ada pada murid menyebabkan mereka kurang memahami Bahasa Kadazandusun sama ada menulis mahupun berkomunikasi. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti keberkesanan pengaplikasian perisian kosa kata (boros maan) Kadazandusun dalam pengajaran dan pembelajaran.  Seramai 40 orang murid Tahun Empat telah dijadikan sampel kajian yang dibahagikan kepada kumpulan kawalan (20 orang) dan kumpulan rawatan (20 orang). Pendekatan kuantitatif digunakan dengan kajian kuasi eksperimen. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan signifikan dalam pencapaian kosa kata murid kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan iaitu sebelum dan selepas guru menggunakan perisian kosa kata (boros maan) Kadazandusun.   Nilai min ujian pra kumpulan kawalan ialah 3.45 dan min bagi ujian pasca 7.25, manakala bagi kumpulan rawatan nilai min ujian pra ialah 3.05 dan nilai min bagi ujian pasca pula 8.15. Implikasi kajian menunjukkan bahawa pengaplikasian perisian kosa kata (boros maan) Kadazandusun dapat meningkatkan pencapaian murid untuk mempelajari kosa kata di samping dapat menambahkan bahan bantu mengajar guru dalam subjek Bahasa Kadazandusun. Kesimpulannya, kaedah pembelajaran menggunakan perisian kosa kata (boros maan) Kadazandusun memberi impak yang positif dalam pencapaian penguasaan kosa kata murid di peringkat sekolah rendah.

References

Abdul Rasid Jamian, Norhashimah Hashim, & Shamsudin Othman, (2012) Multimedia interaktif mempertingkatkan pembelajaran kemahiran membaca murid-murid probim, Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu (MyLEJ), 2 (2), 46-53

Abdullah, N. I., Sarudin, A., Osman, Z., & Mohamed Redzwan, H. F. (2020). Elemen multimodaliti dalam karya kartun menerusi mod linguistik dan mod visual. Rumpun Jurnal Persuratan Melayu, 8(2), 28-39. Retrieved from https://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/ view/126

Arshad, M., & Amzah, F. (1). Pendekatan interaktif dalam proses pengajaran Bahasa Melayu di sekolah. , 1(1), 42 - 63. Retrieved from https://rumpunjurnal.com/jurnal/ Rumpun Jurnal Persuratan Melayu index.php/rumpun/article/view/98

Che Radiah Mezah & Norhayuza (2013). Kosa Kata Teori dan Aplikasi. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Serdang Selangor.

Frankel, J., Wallen, N., & Huyn, H. (2012). How to design and evaluate research in education (8th Edition). New York: Mc Graw Hill, Inc.

Harun Joko Prayitno, Abdul Ngalim, Anam Sutopo, Diah Widi Pangestu, Norliza Jamaluddin & Abdul Halim Ali (2019)`Directive politeness act strategy in the discourse of education column in national newspaper as the formation of students’ character in Indonesia`, Humanities & Social Sciences Reviews, Vol 7, No 2, 2019, 349-362 https://doi.org/10.18510/hssr.2019.7241

Julita Norjietta Taisin (2011). Kesediaan Guru Bahasa Kadazandusun Tamparuli Sabah. Terhadap penggunaan pakej perisian dalam pengajaran dan pembelajaran: satu tinjauan di beberapa buah sekolah rendah daerah Geran Penyelidikan Universiti Pendidikan Sultan Idris

Jumil, F., & Taisin, N. J. (2017). Nilai Pendidikan Dalam Tangon-Tangon Masyarakat Kadazandusun. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Julat Markah Sekolah Rendah. Retrieved From https://mypt3.com/gred-upsr-terkini-markah.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013- 2025. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Pelan Pembangunanpendidikan Malaysia Laporan Tahunan 2014. Retrieved From http://www.moe.gov.my

Mohamed Sultan, F. M., & Mohd Nasir, S. N. N. (2020). Kata kerja bantu dialek Kelantan: Analisis kerangka program minimalis. Rumpun Jurnal Persuratan Melayu, 8(2), 1-15. Retrieved from https://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/124

Noordin, H.S & Zainal Abiden, N.F. (2010). Tahap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Dalam Kalangan Bakal Guru Fizik Semasa Latihan Mengajar. Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia.

Osup, C. (1). Bahasa etnik Iban di Sarawak. Rumpun Jurnal Persuratan Melayu, 3(1), 100 - 113. Retrieved from http://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/77

Pramudijanto, J., Ashfahani, A., Fatoni, A., & Nugroho, S. A. (2015). `PLC-Based PID-Predictive Controller Design for 3-Phase Induction Motor on Centrifugal Machine for Sugar Manufacturing Process`.2015 International Conference on Advanced Mechatronics, Intelligent Manufacture, and Industrial Automation (ICAMIMIA), 49-52.

Rosneh Wasli, (2013) `,Minat pelajar terhadap mata pelajaran bahasa Kadazandusun dalam kalangan pelajar Daerah Tambunan, Sabah: Satu kajian kes`. Tesis Master, Universiti Malaysia Sabah.

Sharifah Nor Puteh & Kamarul Azman Abd Salam, (2011) `Tahap kesediaan penggunaan ICT dalam pengajaran dan kesannya terhadap hasil kerja dan tingkah laku murid prasekolah`. Jurnal Pendidikan Malaysia, 36 (1), 5-34.

Published
2020-10-17
How to Cite
Taisin, J. @ N. (2020). Pengaplikasian perisian kosa kata (Boros Maan) Kadazandusun dalam pencapaian murid sekolah rendah. RUMPUN JURNAL PERSURATAN MELAYU, 8(2), 60-69. Retrieved from http://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/130
Section
Articles