Elemen thriller Islam dalam novel ‘Bidadari Bermata Bening’ Karya Habiburrahman El-Shirazy
The Elements of Islamic thrillers in the novel of ‘Bidadari Bermata Bening’ by Habiburrahman El-Shirazy
Abstract
Kajian ini merupakan sebuah kajian kepustakaan yang bertujuan membina konsep ‘thriller’ berasaskan nilai-nilai Islam. Konsep ini dibina dengan memanfaatkan idea Teori Takmilah (1995) dan konsep ‘thriller’ Trish Macdonald Skillman (2000) yang disesuaikan dengan keteranganketerangan dari sumber al-Quran. Tiga prinsip Teori Takmilah iaitu sastera yang estetik bercirikan takmilah, prinsip pengkarya yang mengistikmalkan diri dan prinsip khalayak bertujuan ke arah insan kamil digunakan bagi menjelaskan sifat teks, pengkarya dan khalayak sebagai tiga komponen penting yang mempunyai kaitan langsung dengan kehadiran unsur ‘thriller’ dalam teks kesusasteraan. Manakala unsur ‘thriller’ yang dikemukakan oleh Trish Macdonald Skillman iaitu emosi, kejutan, keliru, takut, sangkaan dan bahaya disesuaikan maksudnya dengan keterangan-keterangan dari sumber al-Quran. Makna baharu unsur ‘thriller’ dijadikan asas dalam kerangka konsep ‘thriller’ yang dibangunkan. Bagi membuktikan kesesuaian dan kebolehgunaan konsep ini sebagai metode kritik, kaedah ini diaplikasikan dalam kritik novel Bidadari Bermata Bening (2017). Berdasarkan analisis yang dilakukan, dapat dibuktikan kewujudan unsur-unsur ‘thriller’ iaitu emosi, kejutan, takut, sangkaan, keliru dan bahaya yang dialami oleh watak-watak yang berkait langsung dengan kesedaran Islam. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa pengarang Muslim memasukkan unsur-unsur ‘thriller’ dalam novel bertujuan menimbulkan kesedaran agama ke arah menyempurnakan tanggungjawab kesasteraannya baik sebagai pengarang, pembaca dan teks yang membawa mereka ke arah kesempurnaan. Berasaskan dapatan kajian konsep ‘thriller’ Islam dapat dijadikan alternatif kepada konsep ‘thriller’ Barat bagi memahami unsur-unsur ‘thriller’ dalam karya-karya yang dihasilkan oleh pengarang Muslim dari perspektif yang berbeza.
References
A. Halim Ali. (2018). Inti Sari Teori Sastera: Barat dan Malaysia. Shah Alam: NHA Excell Resources.
A. Halim Ali. (2003). Bingkisan sastera. Kuala Lumpur: Diwangsa Publications & Distributors.
A. Wahab Ali. (2012). Kemunculan novel dalam sastera moden Indonesia dan Malaysia: Satu kajian perbandingan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdul Hadi W.M. (2000). Cakrawala estetik dan budaya. Jakarta: Pustaka Firdaus.
Abdul Halim Ali, Siti Nor Amalina Ahmad Tajuddin, Mazdi Marzuki, Miftachul Huda (2020), `Digtal Approach of Malay Literature through Interactive Computer Method (ICM): A Proposed Framework Model` Solid State Technology, 63 (6), 12651-12666
Abdul Halim Ali. (2014). Teori Takmilah: Peluasan dan pentaksiran. Tanjong Malim: Penerbit Persatuan Penulis Budiman Malaysia.
Al-Huda, Terjemahan Al-Hidayah Al-Quran Al-Karim dalam Bahasa Melayu. (2014). Shah Alam: Al-Hidayah House Of Quran Sdn. Bhd.
Ali, A. H., & Abdullah, I. R. (2018). Perwatakan Wanita Melayu Muslim Dalam Novel ‘Diari Seorang Jururawat’ Karya Aminah Mokhtar. Journal of Nusantara Studies (JONUS), 3(2), 147-161. https://doi.org/10.24200/jonus.vol3iss2pp147-161
Ali, A. H., & Ismail, K. (2013). Asas Pembinaan Teori Sastera Oleh Sarjana Sastera di Malaysia, Rumpun Jurnal Persuratan Melayu, 1(1), 1 - 20. Retrieved from http://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/96
Arya W.Wirayuda (ed). (2019). Kota dan jejak aktivitas peradaban. Surabaya: Airlangga University Press.
Brown, Dan. (2003). The Da Vinci Code. London: Transworld & Bantam Books.
Derry, Charles. (2001). The Suspense Thriller: Films in the Shadow of Alfred Hitchcock. North Carolina: McFarland & Company Inc.
Fayyaz Ahmad, Nazir Ahmad Gilkar & Javid Ahmad Darzi. (2008) Organisational Behaviour: Atlantic Publisher & Distributors.
Fletcher, Tony. (2009). Hedonism: A Novel. London: Omnibus Press.
Flynn, Gillian. (2012). Gone Girl. London: Crown Publishing Group.
G Din, AH Ali (2020), Naluri Kemasyarakatan Mengangkat Keunggulan Kepengarangan Muhammad Hj Salleh Terhadap Pembangunan Minda Bangsa Melayu, Rumpun Jurnal Persuratan Melayu, 8 (1), 26-41
Habiburrahman El-Shirazy. (2017). Bidadari Bermata Bening. Jakarta: Penerbit Republika.
Hafizah Iszahanid. ‘Novel thriller seram cinta kuasai pasaran Malaysia’ dlm. Berita Harian https://www.bharian.com.my/rencana/sastera/2019/01/525743/novel-thriller-seram-cinta-kuasai-pasaran-malaysia.
Hashim Awang. (1995). Patriotisme dan nasionalisme dalam novel Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hamzah Hamdani (penyelenggara). (1988). Konsep dan pendekatan sastera. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.
IR Abdullah, AH Ali, (2019), Terapan Konsep Feminisme Talbiah Dalam Cerpen Akar Cinta Karya Aminah Mokhtar, Rumpun Jurnal Persuratan Melayu, 7 (1), 46-85
Irwan P. Ratu Bangsawan. (2018). Riwayat dan karya: Sebuah portfolio. Kabupaten Banyuasin.: Dinas Pendidikan Pemuda.
Ismail Ibrahim. (1999). Isu-isu semasa dari perspektif Islam. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia.
J.D Parera. (2004). Teori Semantik. Erlanga: Penerbit Erlanga.
Littrup, Lisabeth. (1996). Indentity in Asian Literature. Cornwall: Nordic Institute of Asian Studies, Curzon Press.
M. Dawam Rahardjo. (2010). Merayakan kemajemukan kebebasan dan kebangsaan. Jakarta: Kencana Prenada Media Group.
Mana Sikana. (2013). Berdiri di akar diri: Kritikan sastera Melayu pascamoden. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad.
Matteo Ferrari. (2016). Risk Perception, Culture, and Legal Change: A Comparative Study on Food Safety in the Wake of the Mad Cow Crisis London: Routhledge.
Mohamad Saleeh Rahamad. (2014). Oksidentalisme dalam sastera Melayu: Sebelum merdeka hingga era Mahathir Mohamad. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad.
Mohd. Taib Osman. (1988). Kebudayaan Melayu dalam beberapa persoalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd. Zariat Abd Rani. (2011). Seksualiti dalam novel Melayu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mortimer Jerome Adler (terj) (2007). Gagasan Agung: Sebuah Leksikon Pemikiran Barat. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.
Nurazmi Kuntum. (1991). Teori dan pemikiran sastera Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Othman Kelantan, Syed. (1987). Kecenderungan baharu dalam novel Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nur Izwani Mohamad Noor. (2011). Sutera Bidadari, sebuah ‘thriller’ dan media. Gelugur: Universiti Sains Malaysia dimuat turun pada 4/3/2019 http://eprints.usm.my/32057/1/Nur_Izwani_Mohamad_Noor%2C_Halimah.pdf
Rahimah A. Hamid (edit.) (2015). Pandainya Melayu dalam karya Sastera Melayu. Gelugur: Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Rahimah A. Hamid, Saad Othman dan Ahmand Moghni Salbani. (2014). Rekayasa kearifan tempatan dalam Sastera Melayu. Gelugur: Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Roslimh. (2019). ‘Infinity War novel terlaris 2018: Hadi Fayyad’ dari https://www.roslihanip.com/novel/infinity-war-novel-terlaris-2018-hadi-fayyadh.
Rubin, Martin. (1999). Thriller. Cambridge: Penerbit Universiti Cambridge.
Sauerberg, Lars Ole (2016). The Legal Thriller from Gardner to Grisham: See you in court!. London: Macmillan Publishers Ltd.
Sabarudin Hussein. (2014). Yahudi, Syiah, dan Dajal penyebar fitnah, pemesong akidah. Batu Caves: PTS Islamika.
Shafie Abu Bakar. (1997). ‘Teori Sastera Islam (Takmilah, Teori, Falsafah dan Prinsip)’ dlm. Mana Sikana (Selenggara). (1997). Teori sastera dan budaya dalam kajian akademik. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Shafie Abu Bakar. (1996). ‘Takmilah: teori, falsafah dan prinsip’. Dewan Sastera. November.
Shafiee Abu Bakar. (1995). ‘Sastera Islam: Teori pengindahan dan penyempurnaan tauhid’ dalam S. Jaafar Hussin (penyelenggara). (1995). Penelitian sastera: Metodologi dan penerapan teori. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Siti Hajar Che' Man. (2014). Sangeetha dalam Kritikan. Gelugur: Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Sohaimi Abdul Aziz. (2008). Citra Sastera: Sains dan teknologi, ruang dan budaya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tarigan, Henry Guntur. (1986). Prinsip-prinsip dasar sastera. Bandung: Angkasa.
Yakob Sumarjo. (1995). Sastra dan massa. Bandung: Penerbit ITB
Yusoff Zaky Yaacob. (1986). dlm. Ismail Hussein. (1996). Sastera dan Agama. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Copyright (c) 2021 RUMPUN JURNAL PERSURATAN MELAYU
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.