Perjalanan Introspektif Seorang Isteri: Satu Bacaan Feminin Mistik Dalam Karya Terpilih Pengarang Wanita India dan Malaysia
A Wife’s Introspective Journey: A Feminine Mystic Reading On Selected Novels by Female Author from India and Malaysia
Abstract
Kajian ini berfokus terhadap perjalanan hidup seorang wanita yang bergelar isteri dalam novel terpilih pengarang wanita dari India dan Malaysia iaitu Shashi Deshpande dan Khadijah Hashim. Kertas kerja ini berdasarkan premis bahawa kaum wanita di India dan Malaysia masih berada di bawah sistem patriarkal yang telah meletakkan peranan stereotaip kepada wanita berbanding lelaki. Analisis teks kajian ini mengaplikasikan dua sub topik yang terdapat dalam teori Feminin Mistik iaitu The Problem That Has No Name dan Crisis in Woman Identity. Kajian ini mendapati bahawa protagonis wanita dalam That Long Silence dan Mencari Azizah mengalami dilema ketika mereka mula introspektif kehidupan mereka dalam alam rumahtangga. Dalam era pasca-moden, kajian ini turut mengetengahkan kepentingan dan keperihalan masyarakat untuk mengubah persepsi terhadap tanggapan hukum konvensi yang menganggap wanita lemah, menurut, setia, ibu penyayang, isteri bertanggungjawab dan anak perempuan yang taat. Analisis Feminin Mistik membuktikan bahawa pengarang wanita menyedari bahawa kedudukan wanita dalam sistem sosial setempat masih mengongkong dan merampas hak dan kebebasan wanita dalam pelbagai aspek seperti pendidikan, perkahwinan, kerjaya dan kebebasan bersuara. Walaupun terdapat perbezaan dalam penyampaian dan penyelesaian terhadap kedudukan wanita dalam sistem patriarkal oleh Deshpande dan Khadijah yang datang dari dua negara yang berbeza, namun kajian terhadap kedua buah teks ini mempunyai persamaan untuk mengiktiraf kekuatan, kecekalan, cabaran, ketabahan dan keistimewaan pengarang wanita dalam mempersembahkan realiti kehidupan wanita dalam sistem patriarkal setempat.
References
A. Halim Ali (2018) Inti Sari Teori Sastera Barat dan Malaysia. Shah Alam, NHA Excell Resources
Abdullah, I. R., & Ali, A. H. (2019). Terapan Konsep Feminisme Talbiah Dalam Cerpen Akar Cinta Karya Aminah Mokhtar. Rumpun Jurnal Persuratan Melayu, 7(2019), 46 - 85. Retrieved from http://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/27
Ali, A. H., & Abdullah, I. R. (2018). Perwatakan Wanita Melayu Muslim Dalam Novel ‘Diari Seorang Jururawat’ Karya Aminah Mokhtar. Journal of Nusantara Studies (JONUS), 3(2), 147-161. https://doi.org/10.24200/jonus.vol3iss2pp147-161
Betty Friedan’s Biography: Life, Family, Children, Name, Wife, Mother, Young, Book, Information, Born di http://www.notablebiographies.com/Fi-Gi/Friedan-Betty.html#ixzz1Khi2Heq6. (19 Disember 2017).
Bhasin, Kamla & Khan, Nighat Said (1986). Some Questions on Feminism and its Relevance in South Asia. New Delhi: Kali for Women.
Deshpande, Shashi (1989). That Long Silence. Delhi: Penguin.
Deshpande, Shashi (2003). Writing from the Margin and Other Essays. New Delhi: Penguin-Viking.
Din, G., & Ali, A. (2020). Naluri kemasyarakatan mengangkat keunggulan kepengarangan Muhammad Hj Salleh terhadap pembangunan minda bangsa Melayu. Rumpun Jurnal Persuratan Melayu, 8(1), 26 - 41. Retrieved from http://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/5
Friedan, Betty (2001). The Feminine Mystique. New York: W.W Norton & Co, Inc.
Hirschon, Renee (1993). Open Body / Closed Space: The Transformation of Female Sexuality dalam Ardener, Shirley (ed.), (1993). Defining Females: The Nature of Women in Society. BERG: Providence.
Jenainati, Cathia & Groves, Judy (2010). Introducing Feminism: A Graphic Guide. London: Icon Books
Miller, Dorothy C. (1992). Women and Social Welfare: A Feminist Analysis. London: Greenwood.
Tengku Mohd Ali, T. I. M. (2013). Ikon Wanita Melayu-Islam Dalam Novel Tunggu Teduh Dulu. Rumpun Jurnal Persuratan Melayu, 1(1), 169 - 183. Retrieved from http://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/103
Weedon, Chris. (1987). Feminist Practice and Poststructuralist Theory. New York. Basil Blackwell.
Copyright (c) 2021 Rumpun Jurnal Persuratan Melayu
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.