Prinsip Kerasulan Sebagai Insan Kamil Membentuk Modal Insan dalam Novel Mereka yang Tertewas
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis dan mengenal pasti peranan watak utama dalam novel Mereka yang Tertewas karya Hasanuddin Md Isa sebagai medium ke arah pembentukan modal insan. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kajian kepustakaan dan analisis teks. Kajian ini menggunakan prinsip kedua teori Takmilah, iaitu prinsip kerasulan sebagai insan Kamil dengan memberikan tumpuan khusus kepada peristiwa-peristiwa yang berlaku terhadap watak utama dalam novel Mereka yang Tertewas yang dapat menjadi pemangkin ke arah pembentukan modal insan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa sikap-sikap terpuji watak utama di samping peristiwa-peristiwa dalam novel yang dikaji sememangnya wajar dicontohi kerana ianya memandu khalayak ke arah pembentukan modal insan. Sifat-sifat watak yang bijak dalam memimpin keluarga dan masyarakat, bertakwa dan beriman adalah selaras dengan makna insan khalifah dan insan Rabbani. Kesimpulannya, kajian ini berjaya membuktikan bahawa watak utama novel yang dikaji dapat dijadikan sebagai contoh ke arah pembentukan modal insan dalam kalangan masyarakat.
Kata kunci: Insan Kamil, modal insan, peranan, sikap terpuji
References
Abang Mohd. Razif Abang Muis. (2015). Pembangunan Insan Berteraskan Islam. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdul Halim Ali, Azhar Wahid, Julita Norjietta Taisin, Azman Ismail, Rohayati Junaidi, Nur Faaizah Md Adam, Roslan Chin, Miftachul uda (2021), Understanding History And Development On Literature Theory In Malaysia, Journal of Linguistica Antverpiensia, 2021 (2) ,2296–2319
Abdul Halim Ali. (2011). Pengantar Teori & Kritikan Sastera Barat dan Timur. Tanjong Malim: Persatuan Penulis Budiman Malaysia.
Ahmad Yani Abdul Manaf et al. (edtr). (2014). Al-Quran Al-Karim Terjemahan & Tajwid Berwarna. Shah Alam: Karya Bertari Sdn. Bhd.
Ahmad, Z., Abdul Wahid, A., & Ali, A. H. (2020). Kerasulan insan kamil membentuk modal insan dalam novel Imam. Rumpun Jurnal Persuratan Melayu, 8(2), 16-27. Retrieved from http://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/125
Azhar Hj. Wahid & Zawawi Jahya. (2009). Pendidikan Pembangunan Modal Insan. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Che Zuina Ismail. (2009). Pengantar Asas-asas Islam. Shah Alam: Pusat Penerbit Universiti (UPENA), Universiti Teknologi MARA.
Hasanuddin Md Isa. (1991). Mereka yang Tertewas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ismail Abdullah. (2009). Seni Budaya Media dan Konflik Jati Diri. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ismail Hamid. (1987). Perkembangan Kesusasteraan Melayu Lama. Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn. Bhd.
Jelani Harun (edtr). (2004). Ilmu Kesusasteraan Abad Ke-21. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Kamariah Kamarudin. (2011). Takmilah dalam Novel Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
M. Dawam Raharjo (ed). (1985). Insan Kamil Konsepsi Manusia Menurut Islam. Jakarta: PT Graftti Pers.
Maniyamin Haji Ibrahim. (2005). Citra Takmilah: Analisis Terhadap Kumpulan Puisi Islam. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.
Mohd Arifin Ghazali. (2007). Pembinaan Modal Insan dalam Program Kokurikulum IPTA. Kertas kerja Seminar Peradaban Melayu 111 Modal Insan Bersepadu Teras Bangsa Terbilang. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Samsina Haji Abd. Rahman. (2001). Teori Takmilah dalam Puisi-puisi Malaysia. Dewan Sastera (Hlm 17-23).
Copyright (c) 2022 RUMPUN JURNAL PERSURATAN MELAYU
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.