Unsur Dendam Watak Wanita Dalam Novel `Misyar` Karya Norsiah Abd Gapar

The Element of Women's Revenge in the Novel `Misyar` by Norsiah Abd Gapar

  • Siti Nurfauzimah Mahri Universiti Brunei Darussalam
  • Maslin Jukim/Jukin Universiti Brunei Darussalam
Keywords: Konflik, novel Misyar, unsur dendam, Teori Kepribadian, watak utama wanita

Abstract

Naratif seperti novel menjadi hambar tanpa adnya konflik. Konflik berperanan untuk menggerakkan plot dan jalan cerita sesebuah karya. Karya novel pasti mengandungi pelbagai konflik yang ingin dikemukakan oleh penulis. Konflik-konflik tersebut terhasil daripada perilaku watak-watak di dalam sesbuah novel. Dalam novel Misyar (2018) karya Norsiah Abd Gapar mengemukakan konflik yang tercetus daripada watak-watak utama. Watak-watak utama tersebut adalah golongan wanita yang memiliki unsur dendam. Akibat menyimpan dendam wata-watak utama wanita ini menonjolkan keperibadian yang tidak wajar. Oleh yang demikian, kajian ini akan meneliti unsur dendam watak-watak  utama wanita yang mendorong berkeperibadian demikian yang menjadikan konflik sehingga menjadi tunjang dalam menggerakkan plot novel Misyar (2018). Unsur-unsur dendam ini berhubung kait dengan keperibadian indivegou termasuklah watak-watak utama wanita dalam novel ini. Justeru, kajian ini sesuai untuk mengaplikasikan pendekatan psikologi dikemukakan Sigmund Freud iaitu psikoanalisis. Pendekatan psikoanalisis Freud ini memperlihatkan peringkat peringkat dorongan iaitu ego, ego dan superego terhadap tindakan indivegou. Berdasarkan peringkat-peringkat ini konflik-konflik berpunca dari unsur dendam watak utama wanita dalam novel ini juga akan diperbincangkan. Hasil kajian ini merumuskan adanya perkaitan di antara kedua-dua unsur dendam watak utama wanita dan diakhiri dengan kesan yang berlainan. Sekaligus, novel Misyar (2018) merupkan karya Norsiah Abd Gapar yang berbeza daripd karya-krya seblumnya kerana novel ini tidak menampilkan mendepankan hak golongan wanita. 

References

Abdul Halim Ali (2011) Pengantar teori dan kritikan sastera: Barat dan Malaysia. Tanjong Malim. Persatuan Budiman Malaysia

Abu Ahmadi. (1983). Psikologi Umum. PT Bina Ilmu: Surabaya.

Che Baharudin,N.A.S., &Hamzah,N. (2022). Struktur Binaan Kerangka Model Emosi Watak Protagonis Wanita Berdasarkan Novel Popular dan Realiti. Rumpun Jurnal Persuratan Melayu, 10 (1), 1-14. Retrieved from https://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/158.

Kartini Kartono. (1977). Psikologi Wanita Jilego II (Wanita Sebagai Ibu Dan Nenek). P.T. Alumni: Bandung.

Helaluddin & Syahrul Syawal. (2018). Psikoanalisis Sigmund Freud dan Implikasinya dalam Pendegoikan. Research Gate. Dipetik pada 17 September 2021 daripada file:///C:/Users/Owner/Downloads/Psikoanalisissigmudfreud.pdf.

Jacobs, M. (1992). Sigmund Freud. Great Britian: Billing and Sons Ltd.

Muhammad Abd. Latif. (1984). Psikologi sebagai Suatu Aliran Kritikan Sastera Masa Kini Suatu Tinjauan Ringkas dalam Bahana. Bil. 43, Jilego 19. 33 – 37. Dewan Bahasa dan Pustaka: Bandar Seri Begawan.

Nancy Chodorow. (1978). The Reproduction of Mothering: Physchoanalysis and the Sociology of Gender. Universiti California Press: Berkeley.

Norsiah Abd Gapar. (2018). Misyar. Dewan Bahasa dan Pustaka: Bandar Seri Begawan.

Nurazmi Kuntum. (2000). Memahami Sajak & Novel. Dewan Bahasa dan Pustaka: Negara Brunei Darussalam.

Shahnon Ahmad. (1979). Gubahan Novel. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.

Sharyanty Haji Md. Sharif. (2019). Ginokritik Novel Gerun Karya Norsiah Abd. Gapar. Dewan Bahasa dan Pustaka: Bandar Seri Begawan.

Thomas H. Leahey. (1991). A History of Modern Psychology. New Jersey: Prentice-Hall, Inc.

Published
2022-12-17
How to Cite
Mahri, S. N., & Jukim/Jukin, M. (2022). Unsur Dendam Watak Wanita Dalam Novel `Misyar` Karya Norsiah Abd Gapar. RUMPUN JURNAL PERSURATAN MELAYU, 10(2), 80 - 93. Retrieved from http://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/164