Kesepaduan Gaya Bahasa Dan Pemikiran Dengan Perutusan Agama Dalam Kumpulan Puisi `Sewaktu Pesawat Runduk`

The Integrated of Style With Religious Messages in Selected Poems of Five Sabah Poets

  • Norawi Kata Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • A. Halim Ali Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia.
  • Ghazali Din Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia.
Keywords: Kesepaduan, Keindahan, Perkaitan, Perutusan, Stail

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis aspek gaya bahasa dan pemikiran (stail) dengan perutusan keagamaan yang terdapat dalam puisi-puisi yang termuat dalam teks kumpulan puisi ‘Sewaktu Pesawat Runduk’ karya Arifin Arif. Kajian ini adalah sebuah kajian kepustakaan menggunakan kaedah analisis kandungan dan analisis deskriptif. Analisis dan perbincangan deskriptif berpandukan satu daripada dua prinsip  yang terdapat dalam krangka Teori Estetika Bersepadu yang dipelopori oleh Abdul Halim Ali (2010) iaitu kesepaduan gaya bahasa dan pemikiran(stail) penyair dengan perutusan keagamaan. Kebenaran yang dimaksudkan di sini ialah kebenaran di sisi agama dan kebenaran di sisi realiti. Manakala gaya bahasa yang dimaksudkan di sini ialah dalam aspek unsur gaya bahasa metafora, personifikasi, semile dan gaya alusi. Unsur gaya bahasa yang bersepadu dengan pemikiran serta perutusan kebenaran dapat menerbitkan keindahan yang dapat mengusik emosi dan keterujaan pembaca. Keindahan dalam sesebuah karya sastera umpamanya puisi berunsur Islam selain dapat menerbitkan makna dan pemikiran tetapi dapat memberi pengajaran berguna dari segi pendidikan tauhid, akidah dan syariah kepada pembacanya.

References

Al-Quran dan Terjemahannya.(1428 H). Cetakan Kerajaan Arab Saudi
A.Halim Ali (2020) `Kesepaduan Stail Dengan Perutusan Dalam Sajak-Sajak Terpilih Lima Penyair Sabah` Jurnal Melayu, Bil. 19 (1), 88-104
Arifin Arif.(2014) Sewaktu Pesawat Runduk. Kuala Lumpur : Institut Terjemahan & Buku Malaysia.
Abang Mohd Razif Abang Muis. (2015). Pembangunan Insan Berteraskan Islam.Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Abdul Halim Ali.(2010) ‘Konsep Estetika Bersepadu : Terapan dan analisis Terhadap karya puisi Ahmad kamal Abdullah’. Tesis Ijazah Doktor Falsafah, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abdul Halim Ali.(2018). Sorotan Perkembangan Genre Puisi Moden Di Sabah dan Analisis Ringkas Terhadap Sajak-Sajak Terpilih Lima Penyair, Majalah Madah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Cawangan Sabah.
Arbak Othman (2012). Sufisme Dalam Puisi Ariffin Arif. Mahrajan Sastera Islam Sabah. Kota Kinabalu, Sabah.
Asmiaty Amat (2000). Api Laut Merah: lambang Keteguhan Seorang Penulis. Wadah, DBP Sabah.
Braginsky,I.V.(1994) Erti Keindahan dan Keindahan Erti dalam Kesusasteraan Melayu Klasik. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Hamidah Abdul Hamid.(1995). Pengantar Estetik. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Haron Din.(1997).Manusia Dan Islam. Jilid Satu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan pustaka.
Jasni Matlani(2008). Api Laut Merah : Citra Puisi Islam. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Jasni Matlani (1995). Kiswah Rindu dan Rindu Illahi: Pengukuhan Puisi Berunsur Islam di Sabah. Nadwah Sastera Islam. Kota Kinabalu, Sabah
Jawiah Dakir.(2019). Nabi Muhammad SAW dalam Konteks Kekeluargaan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Kasmizun Enuni Mohd Sarji & Kamariah binti Kamarudin.(2017). Nilai Islam dalam Teks Misa Melayu. Rumpun Jurnal Antarabangsa Persuratan Melayu. Perak: Persatuan Penulis Budiman Malaysia
Mana Sikana (2013), Berdiri di Akar Diri: Penerbit Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM)
Mohd Affandi Hassan.(1996). Pendidikan Estetika Daripada Pendidikan Tauhid. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Muhammad Haji Salleh. (2000).Puitika Sastera Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Muhammad Haji Salleh.(2016). Ghairah Dunia Dalam Empat Baris. Kuala Lumpur : Institut Terjemahan Buku Malaysia.
Nurul Hilwany Che Shaffine.(2015) Pemikiran Islam Dalam ‘Ayn Karya Kemala. Jurnal Melayu Bil 14(2)
Rahimah A. Hamid.(2017). Proses Kreatif : Sensitiviti Dan Kreativiti Pengarang. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Rahman Shaari.(1987). Persediaan Menulis Sajak. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Shafie Abu Bakar,1992. “Sastera Islam : Teori Pengindahan Mengemukakan dan Penyempurnaan dalam Rangka Tauhid”. Kertas Kerja dalam seminar anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka,di Port Dickson,29 hingga 31 Oktober.
Shaik Abdullah Hassan Mydin.(2015). Manusia daripada Perspektif Islam. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sidek Baba.(2015). Fikrah Kesatuan Ummah . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Sohaimi Abdul Aziz.(1998).Rasa Fenomenologi: Penerapan Karya A.Samad Said. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Published
2022-12-06
How to Cite
Kata, N., Ali, A. H., & Din, G. (2022). Kesepaduan Gaya Bahasa Dan Pemikiran Dengan Perutusan Agama Dalam Kumpulan Puisi `Sewaktu Pesawat Runduk`. RUMPUN JURNAL PERSURATAN MELAYU, 10(2), 54 - 69. Retrieved from http://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/168