Kepercayaan Lama Dalam Budaya Bukan Benda Masyarakat Kimaragang Menerusi Cerita Rakyat Terpilih

Old Beliefs in Intangible Culture of the Kimaragang Society Through Selected Folktales

  • Jamail Masador Institut Peradaban Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • A.Halim Ali Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Azhar Wahid Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Keywords: Kepercayaan lama, Budaya bukan benda, Suku Kimaragang, Ritual, Alam

Abstract

Pemaparan kepercayaan lama budaya bukan benda yang menjadi amalan dalam kehidupan masyarakat Suku Kimaragang manjadi inti pati makalah ini. Oleh hal yang demikian, makalah ini berusaha untuk meneliti aspek budaya bukan benda yang berkaitan dengan amalan dan kepercayaan dalam kehidupan masyarakat tersebut secara etnografi.Penelitian kualitatif berkenaan mengaplikasikan teknik temu bual dan analisisi dokumen. Data-data yang diperolehi juga diperkukuhkan menerusi teknik kepustakaan. Bertunjangkan tafsiran berkaitan budaya bukan benda oleh A.Aziz Deraman, penulis mendeskripsi dan mengsignifikasikan makna, fungsi dan kepentingan kepercayaan dalam masyarakat tradisi Kimaragang.Kepercayaan yang diyakini mampu menjadi pendoman, rujukan dan amalan yang dapat memupuk nilai-nilai positif, menguatkan spiritual dan menentukan taraf sosial seseorang. Kepercayaan lama itu termasuklah kepercayaan kepada ‘lumaag’, alam kayangan, ‘kinoringan’, ‘tatod’ dan makhluk halus. Oleh itu, menyedari kepentingan untuk mengetahui kepercayaan yang hampir dilupakan ini, beberapa usaha perlu diupayakan untuk mengambil beberapa perkara positif daripadanya bagi tujuan mengawal tingkah laku, pemikiran dan menambah pengetahuan khalayak.

References

A. Aziz Deraman. (2003). Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

A. Halim Ali (2013) Memahami Puisi Melayu Tradisional. Tanjong Malim: Persatuan Penulis Budiman Malaysia.

A. Halim Ali (2019) Pengetahuan Asas Penyelidikan Dalam Kesusasteraan Melayu. Klang: MZU Edu Publications.

Abdul Halim Ali (2009) Akal Budi Dalam Sajak-Sajak Dharmawijaya. Jurnal e-UTAMA 2 (2), 69-80

Ain Apainah & Asmiaty Amat. (2019) Pironok: Mantera Pemimpin Dusun Kimaragang. (Artikel Jurnal). Universiti Malaysia Sabah. Gendang Alam. Jilid 9,2019

Arba’ie Sujud, Lily Salwani Bt Razali & Nik Rafidah Nik Muhammad Affendi. (2011). Fenomena Sosial dalam Cerita Rakyat Kanak-kanak. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 2,138-151

Ezzah Afifah & Che Ibarahim Salleh. (2015). Pemikiran Melayu Dalam Cerita Lipur Lara. Penerbit UMT: Jurnal of Business and Development. Vol.3

Gallus, C., & Low, K.O. (2016). Tangon Dusun Liwan: Satu Analisis tema. Gendang Alam,6,27-54

Ismail Hamid. (1987). Perkembangan Kesusasteraan Melayu Lama. Kuala Lumpur: Longman.

Jacqueline Pugh-Kitingan (2012). Kadazandusun. Siri Etnik Sabah. Kuala Lumpur Institut Terjemahan & Buku Malaysia

Jamail Masador, Abdul Halim Ali, & Azhar Wahid. (2021). Nilai Kepahlawanan Dalam Tangon Terpilih Suku Kimaragang Di Sabah, MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu Dan Bahasa (PPIB), 32(1). https://doi.org/10.51200/manu.v32i1.2954

Janathan Kandok dan Low Kok On. (2016). Sundait warisan Kadazandun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Minah Sintian. (2014). Amalan Memotong Kepala dalam Masyarakat Primitif Kadazandusun: Survival atau Budaya? Artikel Jurnal. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris. dlm. https://www.researchgate.net/publication/333601492

Minah Sintian. (2019). Nilai-nilai Kearifan Lokal dalam Cerita Rakyat Kadazandusun. Artikel Jurnal. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris dlm. https://www.researchgate.net/ publication/333601492

Mohd Firdaus Che Yaacob. (2021). Cerita Rakyat Sebagai Simbol Kekayaan Nilai Ketamadunan Masyarakat Melayu. Universiti Malaysia Kelantan. Jurnal Peradaban Melayu, Bil.2 Jilid 16,2021

Mohd. Fahmi Ismail, Salmah Jan Noor Muhammad & Mohd. Sharifuddin Yusop. (2015). Cerita Rakyat Melayu: Suatu Analisis Pancaran Jati Diri Masyarakat Melayu sebagai Cerminan Kebudayaan Melayu. International Journal of Language Education and Applied Linguistics, 3(2015),91-100.

Mohd. Fahmi Ismail. (2016). Nilai Budaya dalam Cerita Rakyat Masyarakat Orang Asli Temiar di Gua Musang, Kelantan, Malaysia. Universiti Putra Malaysia (Tidak diterbitkan)

Mohd. Taib Osman (1976) Pendokumentasian Sastera Rakyat dan Sastera Daerah Malaysia.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Sastera.7:39-41

Muhammad Hj Salleh (1995). “Mentakrif Sastera Melayu” dalam Penelitian Sastera Metodologi dan Penerapan Teori diselenggarakan oleh S. Jaafar Husin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Muhammad Nur L-Hakim Mohammad Hanafiah & Mohd Firdaus Che Yaacob (2022). Sastera Rakyat Sebagai Medium Didaktik Kepada Golongan Desa. Universiti Malaysia Kelantan. PENDETA.Jilid 13 No.1,2022

Norjietta Julita Taisin. (2015). Aspek Metafora dalam pantun (Sundawil) tradisional Kadazandusun dalam aspek percintaan dan kasih sayang. Seminar florklor Nusantara. JKKN Perlis Indera Kayangan

Suraya Sintang (2003). Penganutan Agama Islam dan Kristian di Kalangan Masyarakat Kadazandusun di Sabah. (Artikel Jurnal). Universiti Malaysia Sabah. Jurnal Usuluddin, Bil 18 [2003] 58-80

Kamus Dewan Edisi Keempat (2016). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Senarai Informan:

Faipson Aying (47 tahun) Kg. Marion, Kota Marudu, Sabah.

Jani Pangadap (52 tahun) Kg Singgahmata, Kota Marudu, Sabah.

Juradi Masadang (57 tahun) Sekolah kebangsaan Popok, Kota Marudu, Sabah.

Jingle Porumpung (57 tahun) Ketua Kampung Tingkalanon, Kota Marudu, Sabah.

Mabin Kondok (70 tahun), Kg. Longon, Kota Marudu, Sabah.

Madiwi Maradan (59 tahun) Kg Tingkalanon, Kota Marudu, Sabah.

Rumalom Pamadzu (85 tahun, mendiang) Kg. Salimandut, Kota Marudu, Sabah.

Published
2023-05-29
How to Cite
Masador, J., Ali, A., & Wahid, A. (2023). Kepercayaan Lama Dalam Budaya Bukan Benda Masyarakat Kimaragang Menerusi Cerita Rakyat Terpilih. RUMPUN JURNAL PERSURATAN MELAYU, 11(1), 57 - 74. Retrieved from http://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/171

Most read articles by the same author(s)