Bahasa Tombonuo dan Mangkaak: Dalam Keluarga Bahasa yang Sama

Tombonuo and Mangkaak Languages: In Same Language Family

  • Minah Sintian Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Keywords: Bahasa, dialek, Kadazanduzun, teori leksikostatistik, klasifikasi

Abstract

Kajian ini merupakan sebahagian daripada penelitian dialek suku-suku atau subetnik dalam etnik Kadazandusun. Setiap suku atau subetnik dalam rumpun bahasa yang sama tidak terkecuali mengalami variasi bahasa yang muncul dalam perkataan, sebutan, tatabahasa, makna perkataan dan sebagainya. Variasi bahasa berlaku atas faktor geografi, sejarah suatu bahasa dan situasi sosial penutur. Kepelbagaian variasi bahasa dalam rantaian dialek etnik Kadazandusun  menyebabkan timbulnya isu ketidaksalingfahaman bahasa antara satu dengan yang lain. Situasi ini memberi kesan dalam komunikasi lisan antara. Objektif kajian ini adalah untuk membandingkan kata kognat bahasa Tombonuo dan Mangkaak serta mengenal pasti tingkat klasifikasi kedua-dua bahasa tersebut sama ada terletak dalam keluarga bahasa yang sama atau bukan. Data kajian diperoleh melalui kajian lapangan dengan menggunakan kaedah temu bual tidak berstruktur terhadap empat orang informan. Sejumlah 207 daftar senarai kata Swadesh telah digunakan sebagai instrumen kajian bagi mendapatkan data. Data dianalisis dengan bersandarkan teori leksikostatistik. Hasil kajian mendapati peratus persamaan kata kognat antara Tombonuo dengan Mangkaak ialah 59.11%. Perkataan yang banyak berkognat diwakili oleh leksikal yang merujuk anggota badan, pernomboran dan kata ganti nama berbanding leksikal yang merujuk alam. Tingkat klasifikasi bahasa diinterpretasikan sebagai bahasa berbeza tetapi masih dalam tingkat subkeluarga bahasa yang sama. Dapatan kajian memberi implikasi kepada pengukuhan bukti adanya hubungan kekerabatan bahasa antara keluarga Dusun dan Paitan. Kajian ini juga memberi impak kepada pengayaan dan pemantapan perbendaharaan kata serta istilah dalam subjek Bahasa Kadazandusun di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi.

References

Asmah Omar. (1991). Aspek bahasa dan kajiannya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Omar. (2008). Ensiklopedia Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Bynon, T. (1994). Linguistik sejarawi. Noor Ein Mohd. Noor (penterj.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Chambers, J.K., & Trudgill, P. (1990). Dialektologi. Annuar Ayub (penterj.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Collins, J. T. (1986). Antologi kajian dialek Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dayu Sansalu. (2008). Kadazandusun di Sabah pendidikan dan proses pemodenan 1881-1967. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Fazal Mohamed Mohamed Sultan, & Sarah Nur Najwa Mohd Nasir. (2020). Kata kerja bantu dialek Kelantan: Analisis kerangka program minimalis. RUMPUN Jurnal Persuratan Melayu, 8(2), 1-15. Retrieved from http://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/124
Jabatan Perangkaan Malaysia. (2011). Buku tahunan perangkaan Sabah 2011. Sabah: Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Sabah.
Kadazandusun Cultural Association (KDCA) Sabah. (2005). Constitutions. Diperoleh daripada https://kdca.org.my/KDCA_CONSTITUTION_2005.pdf
Keraf, G. (1984). Linguistik bandingan historis. Jakarta: Penerbit PT Gramedia.
Lewis, M.P. (ed.). (2009). Ethnologue: Language of the world. 16th ed. Dallas, Texas. SIL International. Diperoleh daripada http://www.ethnologue.com/.
Lobel, W. L. (2013). Southwest Sabah Revisited. Oceanic linguistics. 52 (1), 36-68. Manoa: University of Hawaii.
Metzger, L. (2020). Keragaman bahasa-bahasa Asia: Diversity of Asian Languages. PENDETA, 11(2), 1–6. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol11.2.fa.1.2020
Minah Sintian, & Mohd. Sarifudin Yusop. (2016). Kepelbagaian dialek dalam keluarga Dusunik: Analisis ciri leksikal. RUMPUN Jurnal Persuratan Melayu, 4(1), 1-24. Retrieved from http://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/57
Minah Sintian. (2017). Variasi leksikal dalam dialek keluarga Dusun di Sabah (Tesis doktoral yang tidak diterbitkan), Universiti Putra Malaysia, Malaysia.
Minah, S., Norjietta, T.,  Rosliah, K., & Novi, S.K.I. (2019). Local wisdom in agriculture for environmental sustainability: A case study of the Dusun community. International Journal of Innovation, Creativity and Change, 6(8), 117-138.
Mohamad Rozi Kasim (2021). Hubungan kekerabatan antara bahasa Jakun dengan bahasa Melayu purba: satu analisis perbandingan kosa kata dasar. Jurnal Bahasa, 21(1), 41-66. doi:10.37052/jb21(1)no3
Nik Safiah Karim. (1992). Beberapa persoalan sosiolinguistik bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Norajihah Muda, & Zaitul Azma Zainon Hamzah (2021). Leksikostatistik bahasa Che Wong dan bahasa Melayu melalui aspek perbandingan kosa kata. PENDETA, 12(2), 11–28. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol12.2.2.2021
Noriah Mohamed, & Rohani Mohd. Yusof. (2011). Pengelompokan leksikostatistik bahasa-bahasa peribumi di Sarawak. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Noriah Mohamed. (2003). Beberapa topik asas sosiolinguistik. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Norjietta Taisin, & Tracy Valerian. (2020). Pengaplikasian perisian kosa kata (Boros Maan) Kadazandusun dalam pencapaian murid sekolah rendah. RUMPUN Jurnal Persuratan Melayu, 8(2), 60-69. Retrieved from http://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/130
Nur Faaizah Md. Adam, & Noor Saadah Salleh. (2021). Leksikostatistik bahasa Kensiu dan bahasa Kentaq: Analisis perbandingan kosa kata. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial (JOSSR), 4(11), 40-57.
Pugh-Kitingan, Jacqueline. (2016). Kadazan Dusun. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia.
Trudgill, P. (2014). Dialect contact, dialectology and sociolinguistics . Dalam Bolton Kingsley & Kwok, Helen (Eds.). Sociolinguistics Today (hlm.71-79). London/ New York: Routledge Taylor & Francis Group.
Van der Veen, Medjo Mve’. (2010). 207 Item Swadesh List English-Fang of Bitam. Diperoleh daripada www.dd/.ish-lyon-cnrs.fr/fulltext/.../4_Swadesh_207_English-Fang.pdf.
Distance Calculator and Driving Directions. (2023). Diperoleh daripada https://distancecalculator.globefeed.com/Malaysia_Distance_Calculator.asp
Published
2023-12-01
How to Cite
Sintian, M. (2023). Bahasa Tombonuo dan Mangkaak: Dalam Keluarga Bahasa yang Sama. RUMPUN JURNAL PERSURATAN MELAYU, 11(2), 1 - 13. Retrieved from http://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/177