Hubungan Kekeluargaan (Dangansanak) Puak Dusun di Brunei dalam Cerita Lipur Lara Siram “Awang Nangkat Isi Laut”
Family Relations (Dangansanak) of the Dusun Tribe in Brunei in Lara Siram's Fun Story "Awang Ngakt Isi Laut"
Abstract
Siram merupakan cerita lisan bentuk lipur lara atau diangdangan (istilah yang digunakan di Brunei) milik puak Dusun di Brunei. Puak Dusun terkandung sebagai salah sebuah puak yang dimaksudkan sebagai bangsa Melayu di Brunei. Banyak jenis siram yang belum diterokai dan diteliti sekalipun dalam perspektif sastera. Siram “Awang Nangkat Isi Laut” umpamanya telah lama dirakam di sekitar tahun 1980an tetapi belum dilakukan sebarang proses kajian. Oleh yang demikian, penelitian ini mengangkat siram “Awang Nangkat Isi Laut” sebagai bahan perbincangan untuk memperlihatkan fungsi sastera lisan atau tradisi lisan berhubung dengan pengabsahan dan cerminan budaya sesuatu bangsa/masyarakat. Dalam hal ini penelitian berobjektifkan untuk melanjutkan dapatan terdahulu tentang cerminan budaya dan tradisi masyarakat Dusun di Brunei terutamanya dalam hubungan kekeluargaan yang terkandung dalam siram ini. Berdasarkan konsep pendekatan persanakan atau dangansanak, perbincangan berlegar dalam ruang lingkup sistem mempertahankan kesatuan atau perpaduan (unity), keharmonian (harmony), dan hubungan kerjasama (cooperation relationship) adalah kekunci jaminan keutuhan wujudnya puak Dusun di Brunei. Sesungguhnya puak Dusun di Brunei tegar dalam menjaga dan memelihara kewujudan kelompoknya sekalipun dalam bentuk titipan tradisi lisan, namun mereka juga menyedari tentang cabaran dan hambatan dari zaman ke zaman yang lain.
References
Chong Ah Fok. (1984). “Tamarok: Suatu Pengenalan”. Jurnal Beriga. No.2 (Januari-Mac): 22-27.
Chong Ah Fok (1996). “Institusi Keluarga Puak Dusun”. Jurnal Beriga. No.53 (Oktober- Disember): 63-72.
Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong. (2018). Basiram: Warisan Masyarakat Brunei, Prosiding Seminar Antarabangsa Penyelidikan Mengenai Melayu (SAPEMM) Kali ke-2. Universiti Brunei Darussalam.
Kembaren, M. M., Nasution, A. A., & Lubis, M. H. (2020). Cerita rakyat Melayu sumatra utara berupa mitos dan legenda dalam membentuk kearifan lokal masyarakat. Rumpun Jurnal Persuratan Melayu, 8(1), 1 - 12
Magil Lasak. (1989/1990). “Siram”. Latihan Ilmiah. Gadong: Universiti Brunei Darussalam.
Maslin bin Haji Jukim. (2014). “Patuturan: Jati Diri dan Akar Budaya Kebruneian”. Disertasi Ph.D. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong. (2018). Basiram: Warisan Masyarakat Brunei, Prosiding Seminar Antarabangsa Penyelidikan Mengenai Melayu (SAPEMM) Kali ke-2. Universiti Brunei Darussalam.
Muhammad Hadi Abdullah. (1989). ‘Siram (Puisi Tradisional Masyarakat Dusun). Jurnal Beriga 25:66-81. Bandar Seri Begawan: Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei.
Nohairunissa Radhiah binti Haji Bini dan Maslin bin Haji Jukim. (2022). dalam A. Halim Ali & Mardiah Mawar Kembaren (peny.). Bingkisan Sastera Melayu Nusantara. Tanjong Malim: Persatuan Penulis Budiman Malaysia.
Pudarno Binchin. (2014) Singing Siram Ditaan: composition, performance, transmission of epic tale in Brunei Dusun Society. Borneo Research Council Monograph series no. 14.
Pudarno Binchin.. (2016). Budaya Masyarakat Dusun Imbasan Kembali. Bandar Seri Begawan: Jabatan Muzium-Muzium Brunei.
Pudarno Binchin.. (2017). Masyarakat Dusun dan Tamarok. Brunei: Jabatan Muzium-Muzium.
Pudarno Binchin.. (2002). ‘Siram Ditaan: The performance of epic tales of derato in Brunei Dusun Society’. Tesis Sarjana. Brunei: Universiti Brunei Darussalam.
Samreen Sagheer. “Kinship: Meaning, Types, Degree, Importance, Descent,” lineagehttps://www.sociologygroup.com/kinship-meaning-types/ (7 April 2022)
Undang-undang Taraf Kebangsaan Negeri Brunei 1961.
Victor T. King. (2016), “Sosiologi Persanakan” http://journalarticle.ukm.my/2016/1/J. Terjemahan_21Dis201008.pdf dimuat turun pada 27 Mei 2023.
Copyright (c) 2024 RUMPUN JURNAL PERSURATAN MELAYU
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.