Citra Sosiobudaya Membentuk Kepengarangan Penulis Siam Berdasarkan Cerpen `Champa dan Pintu Gerbang` karya Eh Deng Eh Chik
Socio-Cultural Image Shapes The Authorship Of Siam Writers Based on Short Strory of `Champa dan Pintu Gerbang` by Eh Deng Eh Chik
Abstract
Kepelbagaian budaya di Thailand telah mencipta satu ruang yang cukup besar dalam penghasilan karya kreatif bercitra sosiobudaya yang sarat dengan nilai kearifan tempatan. Penerapan elemen sosiobudaya dalam karya kreatif bukan sahaja berupaya membentuk identiti kepengarangan seseorang, namun pada masa yang sama berupaya membongkar falsafah kehidupan, sistem nilai, kepercayaan, kebudayaan dan sudut pandangan masyarakat yang diceritakan. Transmigrasi masyarakat Siam ke Kelantan bermula seawal pertengahan abad ke-13. Sejak daripada itu, elemen sosiobudaya sering kali melatari idea, gagasan, watak dan perwatakan serta sudut pandangan penulis dari Thailand. Kajian ini meneliti citra sosiobudaya yang terbina dalam Antologi Cerpen Champa dan Pintu Gerbang (2022) karya Eh Deng Eh Chik. Di samping itu, penelitian ini menggunakan pendekatan kualitatif berlandaskan analisis kandungan sebagai sumber utama pengumpulan data. Analisis kandungan pula berlandaskan citra sosiobudaya seperti adat perkahwinan, kesenian tradisional, kepercayaan, agama dan perayaan di Thailand. Data-data yang diperoleh akan dihuraikan secara analisis deskriptif sebagai topik utama perbincangan bagi melengkapi penelitian ini. Kajian mendapati, elemen sosiobudaya sememangnya menjadi pencetus kepada penghasilan karya kreatif penulis Thailand serta berupaya membentuk identiti kepengarangan. Langgam kepengarangan Eh Deng Eh Chik menunjukkan sensitivitinya mengadun pengalaman sosial ke dalam Antologi Cerpen Champa dan Pintu Gerbang. Hakikat ini amat bertepatan dengan fungsi karya sastera yang merupakan hasil interpretasi pengarang mengenai kehidupan dan bukannya hasil transkripsi kehidupan.
References
A.Halim Ali (2019) Pengetahuan Asas Penyelidikan Dalam Kesusasteraan Melayu. Klang: MZU Edu Publications
Ahmad Kamal Abdullah dan Siti Aisah Murad. (2000). Citra Wanita dalam Sastera Melayu 1930-1990. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Baharin Ilias &Mohamad Nazri Ahmad. (2008). Cerita-Cerita Menora di Bukit Yong. Kertas Kerja Seminar Kebudayaan dan Komuniti Siam Kelantan. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Dilah Tuah. (2021). Citra Sosiobudaya Membentuk Identiti Kepengarangan
Penulis Bumi Kenyalang: Satu Sorotan. International Social Science and Humanities Journal. Vol. 4, No. 2:1-14.
Duhan, Roshni. (2015). The Relationship between Literature and Society. Language in India, Vol.
Issue 4, 192-202
Hanapi Dollah. (2011). Warisan Seni Budaya Siam Kelantan. Kuala Lumpur: United Selangor Press Sdn. Bhd.
E Pian Pro Poul (2022) Champa dan Pintu Gerbang. (Ed) Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hamidah Yaacob. (1982). Hiburan Tradisional Kelantan. Kota Bharu: Perbadanan Muzium Negeri Kelantan.
Khamnuong Sanong. (2003). Belajar Pembangunan Masyarakat dan Kebudayaan Thai di Utara Malaysia. Songkhla: Universiti of Thaksin.
Lim Swee Tin dlm. Muhammad Farid Ahmad Tarmiji. (2020). Gemalai Seni Persembahan Menora. https://www.kosmo.com.my/2020/10/28/gemalai-seni-persembahan-menora/dicapai pada 30 Jun 2023
https://katamalaysia.my/culture/tarian-mak-yong-warisan-melayu-sepanjang-zaman/ dicapai pada 30 Jun 2023.
Noresah Baharom (edt). (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dawan bahasa dan Pustaka.
Sheepard, M. (1972). Taman Indera: Malay Decorative Art and Pastimes. Kuala Lumpur: Oxford University.
Siri Neng Buah. (2016). Diaspora Orang Siam ke Tanah Melayu. Kuala Lumpur: Jabatan Muzium Malaysia.
Suziana Razali. (2020). Masyarakat Siam Kelantan: Sejarah Kependudukan dan Perkembangan Sosiobudaya. Tesis Ijazah Sarjana. Universiti Malaysia Kelantan.
Un Suat Fern. (2019). Menora Seni Budaya Kita. https://malaysiaaktif.my/2019/03/menoraseni-budaya-kita/ dicapai pada 30 Jun 2023.
Copyright (c) 2024 RUMPUN JURNAL PERSURATAN MELAYU
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.