TERAPAN KONSEP FEMINISME TALBIAH DALAM CERPEN AKAR CINTA KARYA AMINAH MOKHTAR
THE CONCEPT OF TALBIAH FEMINISM IN THE SHORT STORY AKAR CINTA BY AMINAH MOKHTAR
Abstract
Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis ciri-ciri perwatakan wanita Melayu Islam dalam cerpen Akar Cinta karya Aminah Mokhtar. Analisis ini dilakukan berasaskan Konsep Feminisme Talbiah. Konsep Feminisme Talbiah adalah satu konsep yang dibangunkan bagi memperjelaskan konsep feminisme yang lebih sesuai dengan wanita Melayu Islam berbanding dengan konsep Feminisme Ginokritik. Konsep Feminisme Talbiah menggabungkan idea Ginokritik oleh Elaine Showalter dengan idea Yusuf al-Qardhawi berkait dengan kedudukan wanita dalam Islam. Konsep Feminisme Talbiah memfokuskan kepada aspek kepatuhan dan penyerahan wanita kepada Allah SWT baik dari sudut luarannya mahupun dalaman. Aspek luaran wanita terdiri daripada personaliti, ketakwaan dan budaya manakala aspek dalaman pula terdiri daripada psikologi dan kerohanian. Dapatan analisis ini menunjukkan aspek-aspek luaran watak wanita `Aku` sejajar dengan kriteria wanita talbiah yang patuh dan menyerah diri kepada Allah SWT dalam setiap tindakan berlandaskan hukum Islam, mempertahankan kesucian agama Islam, tetap pendirian serta tidak memandang serong kepada individu yang melakukan kesilapan. Dari sudut dalaman pula, watak ‘Aku’ digambarkan mempunyai kekuatan rohani serta memiliki peribadi yang cemerlang sebagai manusia yang beriman dan bertakwa kepada Allah SWT. Ini terbukti apabila watak ‘Aku’ menjadikan syariat dan hukum-hakam Islam sebagai perjuangan untuk menangani kemungkaran yang menular dalam kalangan umat Islam. Watak ‘Aku’ dapat dirumuskan sebagai ikon wanita Melayu Islam yang bersifat talbiah dari sudut luaran dan dalaman kepada Allah SWT dalam semua tindak tanduknya.
The objective of this study is to analyze the characterisations of Muslim Malay women in the short story titled `Akar Cinta` by Aminah Mokhtar. This analysis is based on the concept of Feminism Talbiah. The concept of Feminism Talbiah was developed to illustrate the concept of feminism that is more aligned to the Islamic Malay women as compared to the Gynocritic concept. The Feminism Talbiah concept combines the Gynocritic idea by Elaine Showalter with the idea of Yusuf al-Qardhawi in relation to women in Islam. Feminism Talbiah focuses on the aspect of adherence and submission of women to Allah SWT both from the external and internal aspects. The external aspects of women consist of personality, piety and culture while the inward aspect consists of psychology and spirituality. The findings of this analysis show that the external aspects of the female character `Aku` are in line with the criteria of obedient talbiah women and surrender to Allah SWT in every action based on Islamic law, defending the purity of Islam, and not condemning individuals who make mistakes. From the internal point of view, the character of "Aku" is characterized by spiritual strength with a good personality as a believer and devout man of God. This is evident when the character of `Aku` applies Islamic laws as a means to deal with deviations among Muslims. The character of "Aku” can be summarized as an icon of an Islamic Malay woman who has the characteristics of talbiah in both the external and internal aspects in her submission to Allah SWT.
References
Abdul Halim Ali & Ida Roziana Abdullah. (2018). `Perwatakan Wanita Melayu Muslim Dalam Novel ‘Diari Seorang
Jururawat’ Karya Aminah Mokhtar`. Journal of Nusantara Studies 2018, Vol 3(2) 147-161.
Abdul Halim Ali (2011). Pengantar teori dan kritikan Sastera:Barat dan Malaysia. Tanjong Malim: Penerbit
Persatuan Penulis Budiman Malaysia.
Abdul Majid bin Abdullah (pntjh). (1999). Pengertian Tauhid.Cheras: Kuala Lumpur.
Abd. Rahim Abd.Rashid. (2011). Keterampilan Wanita Alaf Baharu. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd.
Aminah Mokhtar. (2009). Pelamin Embun. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Azhar Haji Wahid & Fathin Noor Ain binti Ramli. (2017). Sastera Melayu Membina Teras Identiti Bangsa. Jurnal
Antarabangsa Persuratan Melayu 2017, Jilid 5(1)2017.
Fachruddin HS (pntjh). (2008). Yusuf Al-Qaradawi-Iman dan Kehidupan. Selangor: Dewan Pustaka Fajar.
Kasmaizun Enuni binti Mohd Sarji & Kamariah binti Kamarudin. (2017). Nilai Islam Dalam Teks Misa Melayu. Rumpun Jurnal Persuratan Melayu 2017, Jilid 5(1)/2017.
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohammad Zaini Yahaya (pntjh). (2012). Ciri-ciri Unggul Masyarakat Islam Yang Kita Idamkan: Prof. Dr. Yusuf
Al-Qardhawi. Kuala Lumpur: Penerbitan Seribu Dinar Sdn. Bhd.
Muhd. Mansur Abdullah. (1998). Komunikasi Dalam Pengurusan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Muhammad Hussain Al-Zahabi (pntjh). (2006). Darjat Wanita Dalam Islam. Selangor: Pustaka Ilmi.
Rasid Muhamad. (2010). Merintis Kecemerlangan Islam. Shah Alam: Karya Bestari Sdn.Bhd.
Rosmawati bin Ali@MatZin. (2010). Tauhid Kepada Allah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Samsudin A. Rahim. (1997). Komunikasi Asas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Shamsinar G.Ali. (2011). Berbahagialah Seorang Muslimah Sejati. Batu Caves: Selangor.
Siti Hajar Che Man. (2007). Esei-esei Kritikan Feminis Dalam Kesusasteraan Melayu. Pulau Pinang: Penerbit
Universiti Sains Malaysia.
Wong Soak Koon. Mac 1992. “Kritikan Sastera daripada Perspektif Feminisme: Dari Penjara Kebisuan ke Medan
Kefasihan”. Dewan Sastera, ms. 52-59.
Zulkifli Mohamad Al-Bakri. (2010). Talbiah: Hikmah, Rahsia & Permasalahan Hukum. Selangor: Darul Syakir
Enterprise.