Idealisme dalam naskhah “SABDA SANG PENDETA” karya Ismail Kassan berdasarkan konsep Keadaman

Idealism in the text of “SABDA SANG PENDETA” by Ismail Kassan based on the concept of Keadaman

  • Nasir Razali Institut Peradaban Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Azhar Wahid Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Keywords: Estetika Bersepadu, Absurd Melayu, Idealisme, Keadaman, Kritikan Sosial

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis dan menemukan idealisme dalam naskhah drama “Sabda Sang Pendeta” karya Ismail Kassan. Bagi menemukan idealisme dalam naskhah drama yang dikenal pasti beraliran absurd itu, kajian ini mengaplikasikan Konsep Naskhah Drama Absurd Melayu yang disandarkan pada teori Estetika Bersepadu oleh Abdul Halim Ali (2010) tertumpu kepada Ciri-ciri Keadaman Teks Kesusasteraan. Konsep Naskhah Drama Absurd Melayu diaplikasikan terhadap teks dikaji kerana mengemukakan dua idea teras, iaitu kesepaduan unsur dalaman (idea dan pemikiran) dengan unsur lahiriah teks (struktur teks). Kedua-dua unsur ini menzahirkan perkaitan stail (kesepaduan unsur dalaman) antara kebenaran terhadap agama dan realiti kehidupan. Hasil kajian mendapati “Sabda Sang Pendeta” mengandungi dua perkara utama yang diketengahkan pengarang. Pertama, nilai Islam berkaitan keagungan Allah SWT, dan al-Quran terkandung ilmu pengetahuan untuk seluruh umat manusia. Kedua, kritikan sosial terhadap sikap tamak yang wujud dalam diri, dan kepincangan yang berlaku dalam masyarakat. Kedua-dua perkara yang ditimbulkan pengarang di dalam teks telah mengungkapkan keinginan, dan seterusnya melahirkan idealisme, iaitu pemikiran pengarang yang bertujuan memberi input positif kepada pembaca, dan khalayak. Jelas, dengan mengaplikasikan pendekatan Konsep Naskhah Absurd Melayu, ia memberi kesan untuk memahami sesebuah naskhah drama absurd yang sebelum ini sukar difahami kerana gaya penyampaiannya dikenal pasti menyimpang dari ciri-ciri drama lazimnya. Oleh demikian, idealisme pengarang dalam naskhah drama absurd yang dikaji itu telah dirungkaikan secara berstruktur, dan sistematik.

References

Abdul Hadi W. M. (2000). Cakrawala estetik dan budaya. Jakarta : Pustaka Firdaus.

Abdul Halim Ali (2010) `Konsep Estetika Bersepadu: Terapan dan analisis ke atas Puisi Ahmad Kamal Abdullah. Tesis Ijazah Doktor Falsafah. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Abdul Halim Ali. (2014). "Konsep Estetika Bersepadu: Satu kaedah baharu kaedah kritik estetik dalam Kesusasteraan Melayu". Dlm. Jurnal Peradaban Melayu Jilid 9,2014,p.84-104

Abdul Halim Ali. (2015). Perkaitan stail dan perutusan agama dengan kebenaran sejarah dalam sajak-sajak Kemala. Dimuat turunpada 16 Ogos 2018dari eprints.um.edu.my/15532/1/0001.pdf

Abdul Halim Ali. (2017). “Pendekatan kritiks teks sastera berasaskan gagasan Estetika Bersepadu”. Dlm. Prosiding Seminar Internasional Penyelidikan Pascasiswazah IPM-UNNES, 10-29.

Ariffin Omar. (2006). Sedekah: jaminan keharmonian umat menurut sunah. Kuala Lumpur : Utusan Publication dan Distributors Sdn. Bhd.

Danial Zainal Abidin. (2007). Tip-tip cemerlang daripada Quran. Batu Caves: PTS Publishing House Sdn Bhd.

Fazilah Husin. (2010). Teater Melayu: Teks dan eksperimentasi. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hamka. (2015). Tafsir al-Azhar. Jilid. 1. Batu Caves: PTS Publishing House.

Hasanuddin, WS. (2009). Drama: Karya dalam dua dimensi. Bandung: Angkasa.

Hidayat, R. Achmad. (2013). The holly Qur'an al-Fatih. Jakarta: PT. Insan Media Pustaka.

Ida Roziana bt Abdullah & Abdul Halim Ali (2019) `Terapan Konsep Feminisme Talbiah DalamCerpen Akar Cinta Karya Aminah Mokhtar`, Rumpun Jurnal Persuratan Melayu, Jilid 7, Jan, 2019, p. 47-85.

Ismail Kassan. (1987). “Sabda Sang Pendeta” dalam Antologi Drama 1400. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur

Janis @ Ahmad Jani Nawawi. (2010). Al-Qur’an asas panduan hidup mukmin, Khutbah Jumaat. Sabah: Bahagian Penyelidikan dan Informasi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah.

Mana Sikana. (1977). “Noordin Hassan pelopor ekperimentalis”. Dlm. Berita Harian, 8 Julai 1977.

Mana Sikana. (1985). Mendekati drama. Subang Jaya : Penerbitan Sarjana (M) Sdn. Bhd.

Mana Sikana. (2006). Drama Melayu tradisional, moden, dan pascamoden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mana Sikana. (2013a). “Arah perjalanan teori dan kritikan sastera Malaysia dalam era globalisasi”. Dlm Rumpun Jurnal Persuratan Melayu, Jilid 1, Jan.2013.

Mana Sikana. (2013b). Berdiri di akar diri : Kritikan sastera Melayu pascamoden. Kuala Lumpur. Institut Terjemahan Buku Malaysia.

Mazlina Ismail. (2015). "Mengimani Kemuliaan Allah SWT". Dlm. Berita Harian9 Februari 2015

Mohamad Nazri Ahmad. (2000). Seni Persembahan Drama Melayu Moden. Bangi : Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Faizal Musa. (2012). “Peranan Hamka dalam pembentukan awal Sastera Islam Moden di Indonesia”. Jurnal 'Ulum IslamiyyahVolume 8, Jun, p.3-15

Muhamad Andry. (2018). Asal mula teater dunia. Dimuat turun pada 15 Februari 2019 dari https://www.academia.edu/38293488/Asal_Mula_Teater_Dunia

Ratna, Nyoman Khuta. (2004). Penelitian Sastra: Teori, Metode, dan Teknik. Yogyakarta: Pustaka Pelajar.

Solehah Ishak. (1982). “Tahap drama kontemporari –Abstrak atau Absurd”.Dlm Rahmah Bujang (pngr) Drama Melayu 25 tahun.p.64-81. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka

Sulaiman Dufford. (2010). Liku-liku pencarian nur Islam. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia Berhad.

Tuan Ibrahim Tuan Man.(2012). Sikap tamak adalah punca ke masalah manusia. Dimuat turun pada 27 Febuari 2019 dari https://www.facebook.com/ustaztitm/posts/420394398000906

Tsani, Ali Farkhan. (2017). Alam semesta tanda kebesaran Allah. Dimuat turun pada 20 Feburari 2019 dari https://minanews.net/alam-semesta-tanda-kebesaran-allah/

Published
2020-04-06
How to Cite
Razali, N., & Wahid, A. (2020). Idealisme dalam naskhah “SABDA SANG PENDETA” karya Ismail Kassan berdasarkan konsep Keadaman. RUMPUN JURNAL PERSURATAN MELAYU, 8(1), 42 - 55. Retrieved from http://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/4