SASTERA MELAYU MEMBINA TERAS IDENTITI BANGSA
MALAY LITERATURE IS A CORE OF THE NATION IDENTITY BUILDING
Abstract
Kertas kerja ini merupakan dapatan daripada penelitian tekstualiti tentang keupayaan Sastera Melayu, khususnya komsas di sekolah untuk membina teras identiti bangsa yang merujuk kepada pelajar. Teks komsas Cinta Mutawakkil, Hipertensi dan Gerhana Manusia dalam antologi Sejadah Rindu telah dijadikan panduan untuk merungkai teras identiti bangsa dengan menggunakan pendekatan moral. Penelitiannya membuktikan bahawa para pelajar beranggapan bahawa pembacaan terhadap bahan bacaan sastera yang telah mereka pelajari dalam komsas dapat mempengaruhi mereka membina identiti yang berteraskan sopan santun dan beretika. Sopan santun pelajar boleh dilihat dari kesantunan berbahasa yang merujuk kepada nilai sopan, melibatkan pertuturan yang elok, halus dan indah serta sikap yang memancarkan budi pekerti mulia. Manakala etika seseorang pelajar boleh difokuskan tentang tanggungjawab mereka sebagai seorang pelajar, terhadap ibu bapa, sebagai seorang remaja dalam sosial masyarakat dan juga etika terhadap guru dan pihak sekolah. Etika dijadikan sebagai landasan dalam kehidupan mereka yang mengarahkan secara total akan kebaikan dan menjadikan mereka sebagai insan yang sempurna. Nilai dan pengajaran yang begitu sarat ditekankan dan cuba disampaikan oleh pengarang sama ada melalui plot jalan cerita, watak dan perwatakan ataupun latar seperti masa dan masyarakat yang melatari kisah sesebuah karya sangat membantu mereka untuk membina teras identiti yang beretika.
This research paper is the finding of textuality conscientious regarding the ability of Malay Literature, especially Malay Literature Components (KOMSAS) in order to build nation core identity which referred to the students. The school literature components Cinta Mutawakkil, Hipertensi and Gerhana Manusia in Anthology of Sejadah Rindu have become a guidance to identify the nation identity by using moral approach. The outcome of this conscientious proved the students agreed that by reading literature components which they have learnt in KOMSAS can influence them in constructing their identity based on politeness and ethical. Student's mannerism can be seen by the words usage and language applied in term of politeness, wellconstructed speech, delicate and beautiful which will reflects a good character. Meanwhile for ethics of a student can be focus in term of their responsibility as a student, towards their parent, as a teenager in society besides their teachers and school administrators. Ethics has become the guidelines in their daily life which fully instruct them to the positive sides and develop them to be a perfect individual too. Most of the moral and values highlighted by the author whether through the plots, characters and settings such as time and society really helped them in developing the foundation of identity which is ethics.