Naluri kemasyarakatan mengangkat keunggulan kepengarangan Muhammad Hj Salleh terhadap pembangunan minda bangsa Melayu

Societal instinct glorifying Muhammad Haji Salleh experience literatures toward the Malays intellectual development

  • Ghazali Din Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • A.Halim Ali Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Keywords: Keunggulan, Kepengarangan, Minda, Bangsa Melayu

Abstract

Kajian ini bertujuan mengkaji sumbangan dan kepengarangan Sasterawan Negara Muhammad Hj Salleh sebagai seorang penyair yang mengangkat martabat jati diri Melayu. Muhammad Hj Salleh memberi sumbangan yang besar terhadap pembangunan minda masyarakat Melayu menerusi puisi-puisinya. Kajian berbentuk kepustakaan dan kualitatif menggunakan Model Proses Kreatif Teksnaluri yang menggabungkan Teori Teksdealisme dan Teori Tipa Induk (Carl Gustav Jung) sebagai landasan analisis. Data dianalisis secara deskriptif berdasarkan puisi-puisi terpilih Muhammad Haji Salleh yang mempersembahkan dimensi pemikiran yang mencerminkan kesedarannya terhadap pembangunan minda bangsa Melayu. Kreativiti Muhammad Haji Salleh menghasilkan puisi-puisi berpaksikan sosial memperlihatkan sumbangan Muhammad Haji Salleh sebagai pengarang intelektual Melayu yang berjaya membina hubungan antara pengarang, teks dan pembaca. Rupa sosialisasi Melayu diungkapkan Muhammad Haji Salleh secara halus hingga mencapai tahap keunggulan dalam kepenyairan dan kepengarangannya. Kajian mendapati sumbangan Muhammad Haji Salleh terhadap pembangunan minda dan peradaban Melayu merentasi benua menerusi puisi-puisinya. 

Published
2020-04-06
How to Cite
Din, G., & Ali, A. (2020). Naluri kemasyarakatan mengangkat keunggulan kepengarangan Muhammad Hj Salleh terhadap pembangunan minda bangsa Melayu. RUMPUN JURNAL PERSURATAN MELAYU, 8(1), 26 - 41. Retrieved from http://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/5