http://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/issue/feedRUMPUN JURNAL PERSURATAN MELAYU2025-12-31T07:04:23+00:00Halimrumpunjurnal@gmail.comOpen Journal Systems
RUMPUN Jurnal Persuratan Melayu previously known as the International journal of The Malay Letters (2013- Sept 2019) is a referred journal published by the Budiman Writers Association of Malaysia (BUDIMAN). This journal aims to develop the knowledge of Malay literature, Malay language and Malay civilization in order to be a conducive and strong area in the regional area.
http://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/201Pengurusan Efektif Bagi Memperkasakan Pembinaan Insan Dalam Novel Naratif Ogonshoto2025-08-08T02:15:35+00:00Meor Mohd Faizul Abd Karimejoey8277@gmail.comAzhar Wahidazhar@fbk.upsi.edu.my
Pengurusan strategik dalam pembinaan insan merujuk kepada proses terancang yang mengintegrasikan pemikiran analitikal dan pertimbangan intelektual untuk mencapai matlamat pembangunan sahsiah dan identiti diri secara sistematik dan efektif. Perancangan ini penting dalam sesebuah organisasi kerana ia menyediakan arah tuju yang jelas dan memungkinkan penilaian prestasi yang terukur. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti prinsip-prinsip pengurusan serta menganalisis langkah-langkah pengurusan yang terkandung dalam novel Naratif Ogonshoto. Pembinaan insan memerlukan perancangan nilai, pelaksanaan pendidikan, kepimpinan yang berintegriti, serta pemerkasaan minda dan jati diri, yang disokong oleh pemantauan berterusan untuk memastikan transformasi holistik. Elemen-elemen ini turut tercermin dalam Naratif Ogonshoto melalui simbolisme perjuangan dan kesedaran sosial yang terkandung dalam naratifnya. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian teks, mengumpul data daripada sumber perpustakaan dan analisis kandungan berkaitan pengurusan efektif: memperkasakan pembinaan insan terhadap novel Naratif Ogonshoto. Hasil kajian mendapati bahawa novel ini mengaplikasikan prinsip-prinsip pengurusan seperti pengenalpastian masalah, pelaksanaan strategi, dan penilaian impak tindakan, yang terungkap melalui konflik, tindakan watak, dan transformasi sosial dalam karya tersebut. Prinsip-prinsip ini berfungsi sebagai saluran untuk menyampaikan mesej pembinaan insan, menunjukkan potensi karya sastera sebagai medium kritikan sosial melalui pendekatan pengurusan. Kajian ini menegaskan bahawa Naratif Ogonshoto berjaya mengintegrasikan nilai-nilai pengurusan dan pembinaan insan, sekali gus membuka ruang untuk pendekatan interdisiplin antara sastera dan pengurusan.
2025-08-06T00:00:00+00:00Copyright (c) http://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/203Elemen Nilai Geografi Fizikal Dalam Kearifan Tempatan Masyarakat Dayak Orang Ulu di Long Busang, Kapit, Sarawak2025-10-20T15:33:05+00:00Wesley Laden Apendywesleyladena@gmail.comMazdi Marzukimazdi@fsk.upsi.edu.myKamarul Ismailkamarul.ismail@fsk.upsi.edu.my
Kearifan tempatan boleh ditakrifkan sebagai pengetahuan yang diperoleh oleh individu tempatan melalui pengumpulan pengalaman dan pemahaman mendalam tentang sistem, persekitaran dan sumber berdasarkan budaya dan konteks tempatan. Kajian ini bertujuan untuk meneroka elemen nilai geografi fizikal dalam kearifan tempatan masyarakat Dayak Orang Ulu di Long Busang, Kapit, Sarawak. Pendekatan kualitatif dengan reka bentuk etnografi serta temu bual separuh struktur digunakan dalam kajian ini. Sampel kajian terdiri daripada empat orang penduduk tetap di Long Busang, Kapit, Sarawak yang berumur 50 tahun ke atas. Analisis tipologi digunakan untuk menghuraikan data kualitatif secara sistematik dan jelas. Dapatan kajian menunjukkan keseluruhan responden berpengetahuan tentang elemen nilai geografi yang telah dikategorikan dalam kearifan tempatan masyarakat ini iaitu guna tanah dan pengetahuan tempatan (litosfera), kearifan tempatan dalam amaran awal hujan lebat dan bencana banjir (atmosfera), sungai dalam kehidupan masyarakat (hidrosfera) dan penggunaan tumbuhan dalam penjagaan kesihatan (biosfera) sebagai geografi fizikal. Kesimpulannya, hasil kajian juga membuktikan bahawa elemen geografi dan pengetahuan tradisional masyarakat Dayak Orang Ulu boleh dimanfaatkan dalam pengurusan sumber semula jadi, pembangunan komuniti dan adaptasi terhadap cabaran bencana alam sekitar. Kajian elemen-elemen ini bukan sahaja membuka perspektif baharu tentang kearifan tempatan tetapi juga menyumbang kepada strategi kelestarian komuniti berdasarkan pemahaman yang lebih mendalam terhadap persekitaran sosial dan ekologi mereka. Justeru itu, kearifan tempatan ini bukan sahaja memberikan manfaat kepada masyarakat tempatan tetapi juga berpotensi menjadi model untuk pengurusan lestari di peringkat global.
2025-10-20T15:33:05+00:00Copyright (c) 2025 RUMPUN JURNAL PERSURATAN MELAYUhttp://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/202Naratif Sosioekonomi Masyarakat Melayu Dalam Novel oleh Keris Mas2025-12-10T14:26:42+00:00Abdul Wahab Aliasawba04@yahoo.com.myAzhar Wahidazhar@fbk.upsi.edu.my
Kajian ini adalah sebuah kajian berbentuk kualitatif menggunakan kaedah kajian kepustakaan. Sumber data kajian Adalah dua buah novel terpilih karya Sasterawan Negara Keris Mas berjudul `Anak Titiwangsa` (1967) dan `Rimba Harapan` (1986). Kajian bertujuan menganalisis gambaran pergerakan sosioekonomi Masyarakat Melayu berpandukan prinsip mitologi Semiotik Roland Barthes (1972). Data dianalisis mengunggkaan kaedah analisis kandungan dan dibincangkan secara deskripftif. Hasil analisis menunjukkan bahawa Keris Mas telah menyalurkan gambaran kehidupan sebenar masyarakat Melayu dan menyuarakan teguran kepada masyarakat yang leka serta tidak menggunakan peluang dan ruang yang telah diberi kepada mereka melalui dasar kerajaan iaitu Dasar Ekonomi Baru. Pengarang menyampaikan teguran dengan menggunakan makna-makna tertentu bagi menjelaskan situasi dan keadaan masyarakat Melayu pada zaman sebelum dan semasa pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru. Hasil analisis yang dilakukan, kajian ini merumuskan karya yang dihasilkan mampu menyalurkan maklumat kepada masyarakat sekali gus berperanan penting sebagai alat memberi kesedaran kepada masyarakat untuk bangkit dan memperbaiki ekonomi keluarga.
2025-11-02T00:37:45+00:00Copyright (c) 2025 RUMPUN JURNAL PERSURATAN MELAYUhttp://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/204Naratif Budaya Minangkabau Dalam Novel Merantau Ke Deli: Analisis Melalui Perspektif Pengurusan Sastera2025-12-06T08:13:42+00:00Fathin Ain Ramlifathin.noor@uum.edu.myAzhar Wahidazhar@fbk.upsi.edu.my
Hamka adalah salah seorang penulis yang banyak mengangkat budaya Minangkabau dalam naratif karya yang dihasilkan. Secara tidak langsung menonjolkan keunikan budaya Minangkabau. Fokus penulisan makalah ini adalah untuk merungkai bagaimana prinsip-prinsip pengurusan moden yang digariskan oleh Henry Fayol diaplikasikan dalam konteks budaya dan identiti bangsa Melayu Minangkabau yang digambarkan melalui watak, konflik, dan struktur sosial dalam teks. Kajian ini berasaskan pendekatan kualitatif melalui analisis kepustakaan dan teks dengan menelusuri tiga novel Hamka iaitu Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, Merantau Ke Deli dan Di Bawah Lindungan Ka‘bah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa lima daripada empat belas prinsip pengurusan Fayol autoriti, kesatuan arahan, keutamaan kepentingan organisasi, rantaian skala dan semangat kekitaan memainkan peranan penting dalam memperkukuh elemen budaya yang membentuk identiti bangsa Melayu Minangkabau. Prinsip-prinsip ini jelas terserlah dalam sistem kekerabatan matrilineal, struktur kepimpinan keluarga serta nilai kolektif yang menekankan kepentingan suku berbanding individu. Analisis turut memperlihatkan bagaimana pengurusan budaya melalui naratif sastera bukan sahaja berfungsi sebagai medium pengukuhan identiti bangsa tetapi juga sebagai wahana pendidikan insaniah yang menyumbang kepada pembangunan modal insan dan kelestarian masyarakat. Kajian ini menegaskan bahawa pengurusan sastera mampu menjadi pendekatan strategik dalam memahami dan memperkukuh jati diri bangsa khususnya dalam menghadapi cabaran globalisasi yang berpotensi menghakis nilai budaya tempatan.
2025-12-06T08:09:52+00:00Copyright (c) 2025 RUMPUN JURNAL PERSURATAN MELAYUhttp://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/205Kesalahan Tanda Baca Pelajar Bukan Penutur Jati dalam Penulisan Karangan Bahasa Melayu2025-12-06T18:36:54+00:00Muhd Harith Izzuddin Mohamedhrthzdin18@gmail.comSharil Nizam Sha’risharil@upm.edu.my
Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua sering kali dituturkan oleh seseorang yang bukan penutur jati bahasa Melayu. Bahasa Melayu ini dijadikan sebagai bahasa kebangsaan dan rasmi di Malaysia. Namun demikian, masyarakat bukan penutur jati di Malaysia masih lagi tidak menguasai bahasa Melayu dengan baik sama ada dalam aspek komunikasi mahupun mengarang sesebuah penulisan karangan dalam bahasa Melayu. Penggunaan tanda baca sering kali dilupakan oleh masyarakat sama ada penutur jati mahupun penutur bukan jati semasa mengarang sesebuah penulisan. Justeru, penggunaan tanda baca yang betul dan tepat perlu dititikberatkan kerana merupakan aspek penting dalam menghasilkan sesebuah penulisan bahasa Melayu. Kajian yang dilakukan ini adalah menggunakan pendekatan kualitatif untuk mengenal pasti jenis kesalahan tanda baca yang dilakukan oleh pelajar bukan penutur jati dalam penulisan karangan bahasa Melayu. Seramai 11 orang pelajar bukan penutur jati bagi Program Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu dari Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia ini dijadikan sebagai sampel kajian. Data diperoleh melalui kaedah kepustakaan, kaedah analisis teks karangan, dan temu bual tidak berstruktur, serta dianalisis berdasarkan Teori Analisis Kesalahan Corder (1973) dan pendekatan Gaya Dewan Edisi Keempat (2024). Hasil kajian mendapati sampel bukan penutur jati tersebut melakukan pelbagai jenis kesalahan tanda baca seperti tanda koma, tanda petik, dan tanda sempang. Faktor utama yang menyumbang kepada kesalahan tersebut adalah pengaruh bahasa ibunda dan media sosial. Oleh itu, dapatan kajian ini diharapkan dapat membantu pelajar bukan penutur jati untuk menguasai penggunaan tanda baca yang betul dan tepat semasa menghasilkan sesebuah penulisan bahasa Melayu.
2025-12-06T00:00:00+00:00Copyright (c) 2025 RUMPUN JURNAL PERSURATAN MELAYUhttp://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/198Identiti dan Perjuangan Penulis Wanita Dalam Sastera Melayu Kontemporari2025-12-10T14:53:58+00:00Tuan Rusmawati Raja Hassanrusmawati.rh@umk.edu.my
Kajian ini merupakan sebuah kajian berbentuk kualitatif menggunakan kaedah kepustakaan dan analisis dekskriptif. Objektif kajian ini ialah mengkaji dinamika kepengarangan penulis wanita Pantai Timur melalui analisis terhadap karya dua penulis wanita kontemporari Malaysia, iaitu Fatimah Busu dan Rebecca Ilham. Permasalahan kajian berpusat pada persoalan bagaimana kedua-dua pengarang ini mewakili pengalaman wanita dalam konteks budaya Timur yang dipengaruhi oleh struktur patriarki, tradisi, dan cabaran modeniti. Objektif utama kajian ini ialah untuk menelusuri pendekatan naratif, tema feminisme, dan wacana identiti wanita yang diketengahkan oleh Fatimah Busu dan Rebecca Ilham serta membandingkan bentuk resistensi yang mereka tampilkan terhadap norma sosial. Dari sudut metodologi, kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berbentuk analisis teks dengan meneliti karya terpilih kedua-dua penulis berdasarkan kerangka teori feminisme pascakolonial dan pendekatan sosiobudaya. Hasil dapatan menunjukkan bahawa Fatimah Busu cenderung kepada kritikan sosial dan gaya realisme sosiologis dalam mengangkat isu wanita desa dan marginalisasi, manakala Rebecca Ilham lebih menonjolkan pendekatan introspektif dan eksistensial dalam mendedahkan konflik batin wanita urban dalam persekitaran moden. Implikasi kajian ini memperlihatkan bahawa karya penulis wanita Timur berperanan penting dalam memperkayakan wacana kesusasteraan wanita dan memperkukuh suara intelektual wanita dalam ruang sastera kebangsaan, sekali gus mencerminkan kebangkitan kesedaran gender dan budaya dalam masyarakat Malaysia.
2025-12-10T14:49:42+00:00Copyright (c) 2025 RUMPUN JURNAL PERSURATAN MELAYUhttp://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/207Motif Hayat Ağacı: Dari Anatolia ke Nusantara2025-12-12T23:51:12+00:00Harleny Abd Arifharleny@fskik.upsi.edu.my
Kajian ini meneroka ciri-ciri identiti motif Hayat Ağacı (Pohon Kehidupan) dalam seni hiasan yang berkembang dalam tamadun Seljuk Anatolia, Turki Uthmaniyah dan Nusantara. Melalui penyelidikan berasaskan lapangan dan kaedah pemerhatian, kajian ini meneliti keberadaan motif Hayat Ağacı dalam ragam hias ukiran mimbar merentasi pelbagai konteks budaya dan sejarah. Penerokaan terhadap subjek kajian dilakukan di empat [4] buah masjid dalam wilayah Turki iaitu Karamanoglu Camii [1155] di Aksaray, Divrigi Camii [1288] di Sivas, Aslanhane Camii [1289/1290] di Ankara dan Bursa Ulu Camii [1399] di Bursa manakala dua [2] buah,masjid Nusantara iaitu Masjid Tgk. Di Pucok, Pidie, Aceh [1620] dan Masjid Losong Haji Mohd, Terengganu [1810]. Dapatan kajian menunjukkan wujudnya pengaruh identiti yang dikongsi bersama oleh para pengukir mimbar, walaupun terdapat perbezaan dari segi latar budaya dan tempoh masa. Selain itu, kajian ini turut mendokumentasikan variasi rupa bentuk motif Hayat Ağacı yang unik, sekali gus menekankan peranannya sebagai simbol penyatuan dalam seni warisan Islam di rantau dunia Islam.
2025-12-12T23:49:56+00:00Copyright (c) 2025 RUMPUN JURNAL PERSURATAN MELAYUhttp://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/206Keberkesanan SQ3R Dalam Meningkatkan Kemahiran Membaca Teks KOMSAS Murid Tingkatan Dua2025-12-13T02:54:46+00:00Nur Insyirah Nazri nsyeerahn@gmail.comMohd Zikri Ihsan Mohamad Zabhimohdzikri@fbk.upsi.edu.my
Kajian ini menilai keberkesanan strategi membaca SQ3R dalam meningkatkan kemahiran membaca pemahaman teks KOMSAS dalam kalangan murid Tingkatan 2. Kajian kuasi eksperimen melibatkan 120 orang murid yang dibahagikan kepada kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Instrumen kajian terdiri daripada ujian pra, ujian pasca dan soal selidik persepsi murid. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi dengan bantuan SPSS Versi 26. Dapatan menunjukkan peningkatan yang signifikan dalam pencapaian membaca murid selepas intervensi SQ3R (t = -18.31, p < .05). Persepsi murid terhadap SQ3R juga sangat positif, merangkumi aspek motivasi, efikasi kendiri dan penggunaan strategi membaca secara konsisten. Kajian ini membuktikan bahawa SQ3R merupakan strategi pedagogi berstruktur yang berkesan dalam meningkatkan kemahiran membaca KOMSAS, sekali gus menyokong pembinaan kemahiran literasi akademik murid sekolah menengah.
2025-12-13T00:00:00+00:00Copyright (c) 2025 RUMPUN JURNAL PERSURATAN MELAYUhttp://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/208Eksposasi Watak dan Perwatakan Binatang Dalam Tinimungan Tangon Kadazandusun2025-12-26T04:35:59+00:00Farra Humairah Mohdfarrahumairah@fbk.upsi.edu.myRosliah Kitingrosliah@fbk.upsi.edu.myNordiana Hamzahdiana.azmi@fbk.upsi.edu.myHasrina Baharumhasrina@fbk.upsi.edu.my
Watak dan perwatakan binatang merupakan salah satu dari unsur kritikan masyarakat yang dinamakan unsur satira. Oleh itu, kajian ini dihasilkan bertujuan untuk membuat penelitian mengenai watak dan perwatakan binatang dalam himpunan cerita rakyat Kadazandusun iaitu cerita Ulat Pisang dan Kera, Katak dan Tikus, Buaya Menjadi Manusia dan Rama-Rama. Selain itu, kajian ini juga akan menghuraikan berkenaan realiti dan fantasi dalam cerita binatang. Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti watak dan perwatakan; menganalisis realiti dalam cerita binatang dengan menggunakan teori semiotik Piece (1965). Dalam kajian ini, pendekatan yang digunakan ialah pendekatan kualitatif iaitu kaedah kepustakaan dan analisis teks. Instrumen kajian ialah senarai semak pemerhatian berdasarkan Teori Semiotik Piece. Teks-teks karya yang digunakan sebagai data kajian ialah Ulat Pisang dan Kera, Katak dan Tikus, Buaya Menjadi Manusia dan Rama-Rama. Dapatan kajian tentang aspek watak dan perwatakan menunjukkan binatang sebagai ‘Makhluk Konseptual’ adalah binatang (dalam) fikiran yang digunakan dalam tanda suatu bahasa atau simbol dalam suatu sistem atau kod. Binatang dalam makna ini dijadikan sebagai bahasa kiasan, misalnya metafora, simile atau alegori (Sony Sukmawan, 2016). Bagi dapatan objektif kedua, pengkaji mendapati cerita-cerita ini akan dapat membantu masyarakat khasnya kanak-kanak untuk menyuburkan daya imaginasi, memahami dunia baru atau misteri dan membina impian masa depan. Implikasi kajian ialah kanak-kanak dapat mengenali watak dan perwatakan binatang secara realiti dan fantasi serta dapat menghayati nilai moral yang diterapkan oleh pengarang dalam cerita-cerita berkenaan.
2025-12-26T00:00:00+00:00Copyright (c) 2025 RUMPUN JURNAL PERSURATAN MELAYUhttp://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/210Komunikasi Persuasif Dalam Politik Dan Penerimaan Generasi Yz di P091 Negeri Pahang2025-12-31T07:04:23+00:00Normarini Norzannormarini@fbk.upsi.edu.myAfiq RadzuanAfiq.radzuan04@gmail.com
Kajian ini bertujuan meneliti penerimaan pengundi muda Generasi YZ terhadap komunikasi persuasif dalam politik serta faktor yang mendorong mereka mengundi dalam Pilihan Raya Malaysia (PRU), dengan fokus kepada kawasan Parlimen P091 Rompin, Pahang. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti hubungan antara komunikasi persuasif dengan keupayaan mempengaruhi Generasi YZ serta faktor motivasi pengundian mereka. Kajian ini berpandukan Teori Instrumental of Persuasion oleh Kotler dan Armstrong (2008) dan menggunakan pendekatan kuantitatif melalui edaran borang soal selidik. Seramai 310 responden dipilih menggunakan kaedah persampelan bertujuan melibatkan tiga kawasan Dewan Undangan Negeri, iaitu N40 Bukit Ibam, N41 Muadzam Shah dan N42 Tioman. Data dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 29 melibatkan analisis statistik deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara komunikasi persuasif dalam politik dengan keupayaan mempengaruhi Generasi YZ serta faktor pendorong pengundian. Walaupun 87.0% responden menerima slogan dan dasar kerajaan, 69.0% cenderung untuk mengundi selain pihak kerajaan dalam PRU akan datang. Kesimpulannya, komunikasi persuasif memainkan peranan penting dalam membentuk sikap dan penyertaan politik pengundi muda. Kajian ini diharapkan dapat menyumbang kepada pemahaman trend partisipasi politik generasi muda di Malaysia.
2025-12-31T06:38:41+00:00Copyright (c) 2025 RUMPUN JURNAL PERSURATAN MELAYU