RUMPUN JURNAL PERSURATAN MELAYU
http://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun

RUMPUN Jurnal Persuratan Melayu previously known as the International journal of The Malay Letters (2013- Sept 2019) is a referred journal published by the Budiman Writers Association of Malaysia (BUDIMAN). This journal aims to develop the knowledge of Malay literature, Malay language and Malay civilization in order to be a conducive and strong area in the regional area.
Persatuan Penulis Budiman Malaysiaen-USRUMPUN JURNAL PERSURATAN MELAYU2289-5000Pembinaan Kit Media Kokabut Berasaskan Model Addie Untuk Pengajaran Bahasa Kadazandusun Sekolah Rendah
http://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/212

Kajian ini bertujuan membina dan menilai Kit Media KOKABUT berasaskan Model ADDIE bagi pengajaran kosa kata Bahasa Kadazandusun di peringkat sekolah rendah dengan memanfaatkan busana tradisional etnik Kadazandusun sebagai sumber pembelajaran. Pendekatan reka bentuk dan pembangunan (Design and Development Research, DDR) digunakan dengan melibatkan fasa analisis keperluan, reka bentuk dan pembangunan, serta penilaian kebolehgunaan. Seramai 30 orang guru Bahasa Kadazandusun sekolah rendah di daerah Ranau Sabah, terlibat sebagai responden, manakala data dikumpulkan melalui soal selidik berskala Likert empat mata dan dianalisis secara statistik deskriptif menggunakan nilai min dan peratusan. Dapatan menunjukkan bahawa keperluan pembangunan Kit Media KOKABUT berada pada tahap tinggi dengan nilai min antara 3.33 hingga 3.63 dan peratus persetujuan antara 90% hingga 100%, sementara tahap kebolehgunaan kit media juga tinggi dengan nilai min antara 3.30 hingga 3.67 serta peratus persetujuan melebihi 90%. Kesimpulannya, Kit Media KOKABUT didapati sesuai, praktikal dan berkesan untuk digunakan dalam pengajaran Bahasa Kadazandusun di sekolah rendah serta memberi implikasi terhadap pengayaan amalan pedagogi guru dan pemerkasaan bahasa serta budaya etnik Kadazandusun melalui pendidikan formal.
Nezirah JunisNorjietta@Julita Taisin
Copyright (c) 2026 RUMPUN JURNAL PERSURATAN MELAYU
https://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/4.0
2026-06-112026-06-11141112Pengorganisasian Sosial dalam Novel Di Hadapan Pulau: Satu Analisis Melalui Pendekatan Pengurusan Sastera
http://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/215

Kajian ini menganalisis prinsip pengorganisasian sosial dalam novel Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said melalui kerangka Pendekatan Pengurusan Sastera yang diperkenalkan oleh Abu Hassan (2022). Kajian bertujuan meneliti bagaimana prinsip pengorganisasian berperanan dalam membentuk struktur dan daya tahan sosial masyarakat Melayu di bawah tekanan pendudukan Jepun. Dengan menggunakan pendekatan kualitatif berasaskan analisis teks, kajian ini meneliti peristiwa naratif, pembahagian peranan, koordinasi tindakan serta hubungan kerjasama dalam organisasi sosial tidak formal. Analisis mendapati bahawa walaupun latar peperangan menyebabkan struktur organisasi kelihatan longgar dan situasional, prinsip pengorganisasian sosial tetap beroperasi secara adaptif mengikut keperluan mendesak. Lima bentuk pengorganisasian sosial utama telah dikenal pasti iaitu organisasi keagamaan, pembinaan perlindungan, pengurusan pengebumian, usaha kelangsungan hidup, serta institusi kekeluargaan. Dapatan menunjukkan pengorganisasian sosial berfungsi sebagai mekanisme penyesuaian dan daya tahan masyarakat dalam menghadapi krisis, di mana pembahagian peranan dan kerjasama kolektif menjadi teras utama walaupun tanpa struktur formal yang rigid. Kajian ini menyumbang kepada bidang kesusasteraan Melayu dengan memperkukuhkan pendekatan pengurusan organisasi sebagai kerangka analisis interdisiplin yang mampu menyingkap dimensi sosial dan budaya dalam teks sastera. Dapatan kajian turut memberikan implikasi praktikal kepada pengurusan organisasi sosial kontemporari dalam situasi krisis.
Nurul Aini Zainal AbidinAzhar Wahid
Copyright (c) 2026 RUMPUN JURNAL PERSURATAN MELAYU
https://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/4.0
2026-06-132026-06-131411324Pengurusan Kepimpinan Demokrasi Dalam Novel “Imam” Karya Sasterawan Negara Abdullah Hussain
http://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/216

Kajian ini bertujuan menganalisis prinsip pengurusan kepimpinan demokrasi yang diterapkan dalam novel Imam karya Sasterawan Negara Abdullah Hussain (1996) melalui Pendekatan Pengurusan Sastera yang dikemukakan oleh Mohamad Mokhtar Abu Hassan (2022). Dengan menggunakan kaedah kualitatif berasaskan analisis teks dan pendekatan kepustakaan, kajian ini meneliti bagaimana nilai-nilai demokrasi seperti musyawarah, keterbukaan, toleransi, keadilan, tanggungjawab sosial dan pembangunan insan dizahirkan melalui tindakan, pemikiran serta keputusan watak utama, Haji Mihad. Kajian mendapati bahawa prinsip perancangan strategik digambarkan secara jelas melalui pelbagai inisiatif reformasi masyarakat di Kampung Anggerik, antaranya pembaikpulihan Masjid Haji Saleh, penyampaian khutbah Jumaat yang progresif, pengenalan sesi usrah inklusif, program pendidikan rohani, penanaman pokok-pokok dan pembinaan kemudahan awam. Sementara itu, gaya kepimpinan Haji Mihad mencerminkan pendekatan demokratik yang menekankan komunikasi dua hala, penglibatan aktif masyarakat, musyawarah dan kesediaan mendengar suara rakyat. Pendekatan ini berbeza secara ketara dengan gaya kepimpinan autokratik yang rigid dan berpusatkan arahan yang ditunjukkan oleh watak-watak antagonis seperti Haji Syamsuri. Dapatan kajian membuktikan bahawa kepimpinan demokrasi berteraskan nilai Islam dan tradisi Melayu khususnya musyawarah, muafakat dan tolak ansur bukan sahaja memperkukuhkan struktur naratif novel, malah berpotensi dijadikan model pengurusan kepimpinan yang relevan dalam konteks Malaysia kontemporari. Novel Imam berjaya menjadikan karya sastera sebagai medium pendidikan nilai, pembangunan insan serta pembentukan kepimpinan beretika tinggi yang mampu menghadapi cabaran perubahan sosial sambil mengekalkan identiti budaya Melayu-Islam. Kajian ini menyumbang kepada bidang kritikan sastera dengan memperluaskan aplikasi Pendekatan Pengurusan Sastera dalam menggali elemen kepimpinan dan pengurusan dalam karya kreatif Melayu. Ia juga menawarkan implikasi praktikal kepada pendidikan kepimpinan dan pembangunan masyarakat.
Refazol Ahmad TasmanAzhar Wahid
Copyright (c) 2026 RUMPUN JURNAL PERSURATAN MELAYU
https://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/4.0
2026-06-132026-06-131412538Nilai Murni Dalam Pantun Pak Nazel 3 dan Implikasinya Terhadap Pendidikan Moral
http://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/217

Artikel ini membincangkan sorotan literatur berkaitan nilai murni dalam pantun Melayu dengan memberi fokus kepada Pantun Pak Nazel 3 serta implikasinya terhadap pengajaran Pendidikan Moral di sekolah menengah. Kajian ini menggunakan pendekatan analisis literatur terhadap kajian-kajian terdahulu berkaitan pantun Melayu, nilai murni, pendidikan moral dan Teori Sistem Pemikiran Bersepadu 4L (SPB4L). Dapatan sorotan menunjukkan bahawa pantun Melayu berfungsi sebagai medium pendidikan budaya, pembentukan akhlak dan penyampaian nilai secara halus serta berkesan. Selain itu, Teori SPB4L didapati sesuai digunakan dalam analisis karya sastera kerana menekankan keseimbangan pemikiran, nilai dan kemanusiaan. Sorotan kajian juga mendapati bahawa penggunaan pantun dalam pengajaran Pendidikan Moral mampu meningkatkan penghayatan nilai dalam kalangan pelajar. Namun demikian, kajian khusus berkaitan Pantun Pak Nazel 3 berdasarkan pendekatan SPB4L masih kurang diberi perhatian oleh pengkaji tempatan. Oleh itu, artikel ini diharapkan dapat menjadi asas kepada penyelidikan lanjut berkaitan sastera Melayu dan pendidikan moral.
Norfickry Azield Tajip Robe'ah YusufNorjietta@Julita Taisin
Copyright (c) 2026 RUMPUN JURNAL PERSURATAN MELAYU
https://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/4.0
2026-06-132026-06-131413949Siram “Sultan Granminor” Dari Alam Dewa Ke Realiti Insan: Alegori Pengorbanan Dan Survival Puak Dusun di Brunei
http://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/214

Kajian ini meneliti lipur lara masyarakat Dusun di Brunei yang dikenali sebagai Siram dengan memfokuskan kepada teks Sultan Granminor. Bahan kajian terdiri daripada rakaman pita audio yang dirakam sekitar awal tahun 1980-an dan masih tersimpan sebagai dokumentasi tradisi lisan masyarakat Dusun di Brunei. Kajian ini bersifat primer dengan meneliti teks berdasarkan transkripsi dan gist (inti pati) cerita yang diperoleh daripada rakaman tersebut. Pendekatan tekstual digunakan dengan memberi tumpuan terhadap struktur naratif, khususnya melalui tindakan dan peranan watak dalam pembinaan cerita. Berdasarkan analisis tersebut, kajian ini menginterpretasi nilai dan pandangan hidup masyarakat Dusun sebagaimana yang terungkap dalam teks Siram ini, terutama berkaitan konsep pengorbanan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa nilai pengorbanan berfungsi sebagai asas dalam mempertahankan keluarga, hak, wilayah dan kekuasaan, di samping menjamin kesinambungan sosial masyarakat Dusun di Brunei. Kajian ini signifikan dalam memperlihatkan jati diri serta pandangan hidup masyarakat Dusun sebagai sebahagian daripada kerangka masyarakat peribumi dan kebangsaan di Brunei.
Maslin Jukim/JukinNorhairunissa Radhiah Haji BiniAslynnarita GalisHarni Susanti Sayong
Copyright (c) 2026 RUMPUN JURNAL PERSURATAN MELAYU
https://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/4.0
2026-06-132026-06-131415065