RUMPUN JURNAL PERSURATAN MELAYU http://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun <p>RUMPUN Jurnal Persuratan Melayu previously known as the International journal of The Malay Letters (2013- Sept 2019) is a referred journal published by the Budiman Writers Association of Malaysia (BUDIMAN). This journal aims to develop the knowledge of Malay literature, Malay language and Malay civilization in order to be a conducive and strong area in the regional area.&nbsp;</p> en-US rumpunjurnal@gmail.com (Halim) cikgushah@upsi.edu.my (Mohd Shahrizal bin Mohamad Ridzuan) Wed, 06 Aug 2025 17:04:03 +0000 OJS 3.1.2.1 http://blogs.law.harvard.edu/tech/rss 60 Pengurusan Efektif Bagi Memperkasakan Pembinaan Insan Dalam Novel Naratif Ogonshoto http://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/201 <p>Pengurusan strategik dalam pembinaan insan merujuk kepada proses terancang yang mengintegrasikan pemikiran analitikal dan pertimbangan intelektual untuk mencapai matlamat pembangunan sahsiah dan identiti diri secara sistematik dan efektif. Perancangan ini penting dalam sesebuah organisasi kerana ia menyediakan arah tuju yang jelas dan memungkinkan penilaian prestasi yang terukur. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti prinsip-prinsip pengurusan serta menganalisis langkah-langkah pengurusan yang terkandung dalam novel <em>Naratif Ogonshoto</em>. Pembinaan insan memerlukan perancangan nilai, pelaksanaan pendidikan, kepimpinan yang berintegriti, serta pemerkasaan minda dan jati diri, yang disokong oleh pemantauan berterusan untuk memastikan transformasi holistik. Elemen-elemen ini turut tercermin dalam <em>Naratif Ogonshoto</em> melalui simbolisme perjuangan dan kesedaran sosial yang terkandung dalam naratifnya. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian teks, mengumpul data daripada sumber perpustakaan dan analisis kandungan berkaitan pengurusan efektif: memperkasakan pembinaan insan terhadap novel <em>Naratif Ogonshoto</em>. Hasil kajian mendapati bahawa novel ini mengaplikasikan prinsip-prinsip pengurusan seperti pengenalpastian masalah, pelaksanaan strategi, dan penilaian impak tindakan, yang terungkap melalui konflik, tindakan watak, dan transformasi sosial dalam karya tersebut. Prinsip-prinsip ini berfungsi sebagai saluran untuk menyampaikan mesej pembinaan insan, menunjukkan potensi karya sastera sebagai medium kritikan sosial melalui pendekatan pengurusan. Kajian ini menegaskan bahawa <em>Naratif Ogonshoto</em> berjaya mengintegrasikan nilai-nilai pengurusan dan pembinaan insan, sekali gus membuka ruang untuk pendekatan interdisiplin antara sastera dan pengurusan.</p> Meor Mohd Faizul Abd Karim, Azhar Wahid Copyright (c) http://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/201 Wed, 06 Aug 2025 00:00:00 +0000