BAHASA MELAYU BAHASA ILMU PENYUARAAN PENYAIR DALAM PUISI MELAYU MODEN

THE INTELLECTUAL MALAY LANGUAGE OF POETIC EXPRESSIONS IN MALAY MODERN POETRY

  • Ani Haji Omar Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim, Perak, Malaysia.
Keywords: Penyair, Puisi Melayu Moden, Bahasa Ilmu, Keintelektualan, Sensitiviti., Poet, Modern Malay Poetry, Intellectual Language, Intelectualisme, Sensitivity

Abstract

Menjadi penyair adalah menjemput peribadi sendiri ke daerah fikir yang ada waktunya penuh dugaan dan perbilangan akal. Penyair sejati tidak lahir daripada bakat alam semata, bahkan terjadi daripada pemikiran yang kritis dan kreatif. Karya seni lahir bukan semata-mata kerana seninya, tetapi berpunca daripada akal dan fikiran yang bening. Sehubungan dengan itu, penyair mampu menyatakan perasaannya melalui kata-kata, kerana penyair sentiasa menjadi pemerhati kehidupan yang peka dan kembali mengungkapkan renungan serta fikiran ke dalam puisi-puisi ciptaan mereka. Mengikut pemikiran logik situasi atau peristiwa yang berlaku dalam masyarakat adalah sumber ilham utama kepada penyair. Hati nurani seorang penyair ialah hati nurani masyarakatnya. Oleh sebab itu adalah menjadi tanggung jawab penyair untuk menyatakan dengan berani dan jujur segala kebenaran yang wujud. Kebenaran dan kejujuran ini lahir daripada rasa tanggung jawab tambahan pula apabila memperkatakan soal bahasa. Penyair juga berkeupayaan mentafsir keadaan semasa, perkembanganperkembangan yang berlaku dalam masyarakat bukan sahaja dalam konteks semasa tetapi juga apa yang akan berlaku pada masa yang akan datang. Penyair mahu merakamkan seribu satu peristiwa bersejarah di tanah air masa lalu dan mengkaji serta menjangkakan apa yang mungkin berlaku seterusnya untuk panduan generasi akan datang. Sehubungan dengan itu kertas kerja ini selanjutnya akan memaparkan penyuaraan hati nurani penyair dalam puisi Melayu moden berhubung soal bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu untuk dijadikan renungan dan iktibar. 

 

To become a poet is to invite the self into the thinking realm that sometimes is full of challenges and mental contests. A genuine poet is not necessarily a product of nature alone but he may be borne from a critical and creative mind. An art work is produced not merely out of art alone but through serene mind and thought processes. Therefore, a poet is able to articulate his feelings through words as he is an acute observer of life and is able to translate these observations into poetic expressions. It is logical that those events that occur in a society are the main source of inspiration for the poet. The feelings of a poet are feelings of the people. Inherently, it is on the shoulders of the poet to bravely speak the truth. This honesty and sincerity also applies when he touches on language. The poet must be able to analyse and interpret current events and the latest developments in society and also to predict future occurrences. He should be able to inscribe a thousand incidences that have occurred and predict future events to serve as guidance for the younger generations. This paper asks us to reflect and ponder upon the inner feelings of modern Malay poets in relation to Malay language as the language of knowledge. 

How to Cite
Haji Omar, A. (1). BAHASA MELAYU BAHASA ILMU PENYUARAAN PENYAIR DALAM PUISI MELAYU MODEN . RUMPUN JURNAL PERSURATAN MELAYU, 1(1), 87 - 111. Retrieved from https://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/100