Kreativiti Perwatakan dan Sejarah dalam Novel Wanita Rawa Terakhir

Crafting Characters and Chronicles: A Creative Exploration of the Novel Wanita Rawa Terakhir

  • Nur Shahirah Amir Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Mawar Safei Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Nor Faridah Abdul Manaf, Novel Melayu, Novel sejarah, Perwatakan, Wanita Rawa Terakhir

Abstract

Genre novel sejarah sering mempertentangkan antara isu fakta dengan fiksi. Wacana ini antara yang diajukan dalam kajian terhadap novel Wanita Rawa Terakhir. Karya ini merupakan novel sulung Nor Faridah Abdul Manaf, terbitan Silverfish Books pada tahun 2022. Novel ini menggarap latar pensejarahan orang Rawa yang selama ini tersembunyi. Nor Faridah Abdul Manaf menggali sejarah kedatangan orang Rawa dari Aceh ke Tanah Melayu, khasnya ke Raub, Pahang. Permasalahan kajian ini melihat bagaimana kedudukan Wanita Rawa Terakhir dapat dipertanggungjawabkan sebagai novel sejarah dengan meneliti antara kehadiran fakta dengan fiksi berdasarkan unsur realisme dan imaginasi watak-wataknya. Kerangka kajian ini memanfaatkan konsep novel sejarah yang antaranya dikemukakan Mohamad Saleeh Rahamad dalam buku Pencerakaan dalam Novel Sejarah (2005). Dapatan kajian mengemukakan bahawa pengarang Nor Faridah Abdul Manaf mengangkat kedudukan sejarah Rawa dengan memperagakan tokoh sebenar. Turut berlaku penggemblengan teknik campur tangan pengarang dalam pembikinan watak rekaan. Menerusi novel ini pengarang memperlihatkan hubungan sastera dan sejarah orang Rawa yang digubah semula secara rinci antara fakta dengan kreativiti. Namun, ia bukanlah pula bertujuan untuk mengubah sejarah Rawa yang asal. Kepentingan kajian novel Wanita Rawa Terakhir ini adalah untuk membangunkan naratif sejarah Rawa di negara ini khasnya kepada generasi baru. Sejarah langka Rawa dapat ditinjau, dipermudah dan diperelok menerusi tulisan kreatif imaginatif seperti novel untuk dinikmati generasi muda khususnya.

References

A.Halim Ali (2019) Pengetahuan Asas Penyelidikan Dalam Kesusasteraan Melayu. Klang: MZU Edu Publication.

A.Halim Ali (2020) Kritikan Sastera: Teori dan Praktis. Shah Alam: NHA Excell Resources.

Abdul Rashid Ismail. (1984). Kajian Struktur Beberapa Buah Novel Melayu Malaysia (1970-1980). Latihan Ilmiah Jabatan Persuratan Melayu.

Abdullah Zakaria Ghazali. (2022). Program Bimbingan Sayembara Menulis Novel Sejarah untuk Remaja. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. https://dewansastera.jendeladbp.my/ 2022/07/25/4757/

Afriadi Sanusi. (2009). Ketokohan Tuanku Rao sebagai Seorang Ulama dan Pejuang Melayu. Simposium International Warisan dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. https:// lembagaadatmandailingmalaysia.weebly.com/tokoh-sejarah.html

Ahmad Kamal Abdullah, Hashim Awang, Ramli Isin, Sahlan Mohd. Saman dan Zakaria Ariffin. (1992). Sejarah Kesusasteraan Melayu: Jilid II. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Faizal. (2019). Punca J.W.W Birch Dibunuh. https://www.thepatriots.asia/punca- jww-birch-dibunuh/

Che Abdullah Che Ya dan Mohamad Rodzi Abd Razak. (2019). Menelusuri Elemen Sejarah dalam Novel. Akademika 89. 10 (2): 5-14.

Fleishman, Avrom. (1971). The English Historical Novel: Walter Scott to Virginia Woolf. London: The Johns Hopkins Press.

Hakimi Ali. (2018). Perbicaraan Pembunuhan J.W.W Birch. https://www.thepatriots.asia/punca-jww-birch-dibunuh

Hashim Ismail. (2022). Program Bimbingan Sayembara Menulis Novel Sejarah untuk Remaja. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. https://dewansastera.jendeladbp.my/2022/07/25/4757/

Kamaruddin Razal. (2020). Awas! Sikap Panas Baran, Mimpi Pelik, Masalah Jodoh antara Petanda Seseorang Didampingi Saka. MStar Urban Versatil. https://www.mstar.com.my/ xpose/mistik/2020/07/16/awas-sikap-panas-baran-mimpi-pelik-masalah-jodoh-antara petanda-seseorang-didampingi-saka

Koran Sulindo. (2022). Perang Padri di Sumatera Barat hingga Penyebaran Wahabi. https://koransulindo.com/perang-padri-di-sumatera-barat-hingga-penyebaran- wahabi/

Mana Sikana. 2004. Sastera Melayu Pascamodenisme. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia.

Mana Sikana. (2021). Sejarah dalam Karya Sastera. Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my/article/118357/khas/pendapat/sejarah-dalam- karya-sastera [30 Jun 2023]

Martson, Doris Ricker. (1976). A Guide to Writing History. Chicago: Writer’s Digest.

Mohamad Saleeh Rahamad. (2005). Pencerekaan dalam Novel Sejarah. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Mohd Haniff Mohammad Yusoff, Rohaya Md Ali dan Phat a/l Awang Deng. (2021). Menelusuri Novel Berunsur Sejarah Nama Beta Sultan Alauddin: Pembinaan Karakter Seimbang berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah. 8(1): 132-141.

Mohd. Kamaru Abdul Rahman. (2003). Novel-novel Sejarah: Kajian Terhadap Tiga Buah Novel. Latihan Ilmiah Pusat Pengajian Bahasa Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu.

Nor Faridah Abdul Manaf. (2006). My First Book of Poetry. http://i- glass.blogspot.com/2006/

Nor Faridah Abdul Manaf. (2019). Travel Poetry: Book Details. http://norfaridah.com/bookdetails.php?txtcode=TPJIE739PW7

Nor Faridah Abdul Manaf. (2021). Professional Profile: Expert Profile. http://norfaridah.com/profile.php

Nor Faridah Abdul Manaf.( 2022). Wanita Rawa Terakhir. Kuala Lumpur: Silverfish Book.

Nur Shahirah Amir. (2022). Program Bicara KWM: Wanita Rawa Terakhir: Rentas Sastera dan Sejarah. Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan: 14 Disember 2022.

Nurul Syakirah Zaini. (2013). Apakah yang Dimaksudkan dengan Sejarah? https://www.academia.edu/35396290/SEjarah_Dan_Pensejarahan_d ocx

Pentadbiran Daerah dan Tanah Pahang. (2021). Peta Raub. https://pdtraub.pahang.gov.my/en/info-daerah/peta-raub?_locale=ms

Rose Silawati Ibrahim. (1984). Shaharom Husain sebagai Novelis Sejarah. Latihan Ilmiah Jabatan Persuratan Melayu.

Safian Hussain, Mohd Thani Ahmad, Zakaria Ariffin, Ahmad Kamal Abdullah, Suhaimi Haji Muhamad. (2000). Glosari Istilah Kesusasteraan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sakirin Haji Muhamed. (2016). Sejarah Selama, Perak. https://www.orangperak.com/sejarah-selama-perak.html

Salina Ibrahim. (2022). Merencana Karya: Masuk, Fikir, Lihat dan Rasa dalam Novel Sejarah. https://tunascipta.jendeladbp.my/2022/08/30/3204/

Shamsinah Ibrahim. (1989). Kaba Tjinduo dan Bundo Kanduang: Analisis Struktur dan Telaah Amanat. Latihan Ilmiah Jabatan Persuratan Melayu. 164-204.

Talib Samat. (2012). Sejarah Kedatangan dan Biografi Tokoh-tokoh Rawa yang Terkenal di Malaysia. Tanjung Malim: Penerbit Mentari.

Tanpa Pengarang. (1999). Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu (Jilid 2). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tanpa Pengarang. (2020). Sejarah Daerah Selama. https://ptg.perak.gov.my/portal/web/selama/ sejarahdaerah?target=sejarahdaerah

Wan Mohd. Saghir Abdullah. (2007). Syeikh Muhammad Murid Rawa. Utusan Malaysia. [1 Julai 2023]

Zabidin Haji Ismail. (2013). Biografi Tokoh Rao: Sumbangan dan Jasa Terhadap Pembangunan Malaysia. Ipoh: Persatuan Karyawan Perak.

Zaffuan Haji Manap. (2007). Bingkisan Sejarah Raub, Rao dan Pagaruyung: Pertaliannya dengan Raub dan Pahang. Kuala Lumpur: Anjung Media Resources.

Published
2023-12-23
How to Cite
Amir, N. S., & Safei, M. (2023). Kreativiti Perwatakan dan Sejarah dalam Novel Wanita Rawa Terakhir. RUMPUN JURNAL PERSURATAN MELAYU, 11(2), 23 - 39. Retrieved from https://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/178