RUMPUN JURNAL PERSURATAN MELAYU
https://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun
<p>RUMPUN Jurnal Persuratan Melayu previously known as the International journal of The Malay Letters (2013- Sept 2019) is a referred journal published by the Budiman Writers Association of Malaysia (BUDIMAN). This journal aims to develop the knowledge of Malay literature, Malay language and Malay civilization in order to be a conducive and strong area in the regional area. </p>Persatuan Penulis Budiman Malaysiaen-USRUMPUN JURNAL PERSURATAN MELAYU2289-5000Pengurusan Efektif Bagi Memperkasakan Pembinaan Insan Dalam Novel Naratif Ogonshoto
https://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/201
<p>Pengurusan strategik dalam pembinaan insan merujuk kepada proses terancang yang mengintegrasikan pemikiran analitikal dan pertimbangan intelektual untuk mencapai matlamat pembangunan sahsiah dan identiti diri secara sistematik dan efektif. Perancangan ini penting dalam sesebuah organisasi kerana ia menyediakan arah tuju yang jelas dan memungkinkan penilaian prestasi yang terukur. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti prinsip-prinsip pengurusan serta menganalisis langkah-langkah pengurusan yang terkandung dalam novel <em>Naratif Ogonshoto</em>. Pembinaan insan memerlukan perancangan nilai, pelaksanaan pendidikan, kepimpinan yang berintegriti, serta pemerkasaan minda dan jati diri, yang disokong oleh pemantauan berterusan untuk memastikan transformasi holistik. Elemen-elemen ini turut tercermin dalam <em>Naratif Ogonshoto</em> melalui simbolisme perjuangan dan kesedaran sosial yang terkandung dalam naratifnya. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian teks, mengumpul data daripada sumber perpustakaan dan analisis kandungan berkaitan pengurusan efektif: memperkasakan pembinaan insan terhadap novel <em>Naratif Ogonshoto</em>. Hasil kajian mendapati bahawa novel ini mengaplikasikan prinsip-prinsip pengurusan seperti pengenalpastian masalah, pelaksanaan strategi, dan penilaian impak tindakan, yang terungkap melalui konflik, tindakan watak, dan transformasi sosial dalam karya tersebut. Prinsip-prinsip ini berfungsi sebagai saluran untuk menyampaikan mesej pembinaan insan, menunjukkan potensi karya sastera sebagai medium kritikan sosial melalui pendekatan pengurusan. Kajian ini menegaskan bahawa <em>Naratif Ogonshoto</em> berjaya mengintegrasikan nilai-nilai pengurusan dan pembinaan insan, sekali gus membuka ruang untuk pendekatan interdisiplin antara sastera dan pengurusan.</p>Meor Mohd Faizul Abd KarimAzhar Wahid
Copyright (c)
2025-08-062025-08-06132125Elemen Nilai Geografi Fizikal Dalam Kearifan Tempatan Masyarakat Dayak Orang Ulu di Long Busang, Kapit, Sarawak
https://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/203
<p>Kearifan tempatan boleh ditakrifkan sebagai pengetahuan yang diperoleh oleh individu tempatan melalui pengumpulan pengalaman dan pemahaman mendalam tentang sistem, persekitaran dan sumber berdasarkan budaya dan konteks tempatan. Kajian ini bertujuan untuk meneroka elemen nilai geografi fizikal dalam kearifan tempatan masyarakat Dayak Orang Ulu di Long Busang, Kapit, Sarawak. Pendekatan kualitatif dengan reka bentuk etnografi serta temu bual separuh struktur digunakan dalam kajian ini. Sampel kajian terdiri daripada empat orang penduduk tetap di Long Busang, Kapit, Sarawak yang berumur 50 tahun ke atas. Analisis tipologi digunakan untuk menghuraikan data kualitatif secara sistematik dan jelas. Dapatan kajian menunjukkan keseluruhan responden berpengetahuan tentang elemen nilai geografi yang telah dikategorikan dalam kearifan tempatan masyarakat ini iaitu guna tanah dan pengetahuan tempatan (litosfera), kearifan tempatan dalam amaran awal hujan lebat dan bencana banjir (atmosfera), sungai dalam kehidupan masyarakat (hidrosfera) dan penggunaan tumbuhan dalam penjagaan kesihatan (biosfera) sebagai geografi fizikal. Kesimpulannya, hasil kajian juga membuktikan bahawa elemen geografi dan pengetahuan tradisional masyarakat Dayak Orang Ulu boleh dimanfaatkan dalam pengurusan sumber semula jadi, pembangunan komuniti dan adaptasi terhadap cabaran bencana alam sekitar. Kajian elemen-elemen ini bukan sahaja membuka perspektif baharu tentang kearifan tempatan tetapi juga menyumbang kepada strategi kelestarian komuniti berdasarkan pemahaman yang lebih mendalam terhadap persekitaran sosial dan ekologi mereka. Justeru itu, kearifan tempatan ini bukan sahaja memberikan manfaat kepada masyarakat tempatan tetapi juga berpotensi menjadi model untuk pengurusan lestari di peringkat global.</p>Wesley Laden ApendyMazdi MarzukiKamarul Ismail
Copyright (c) 2025 RUMPUN JURNAL PERSURATAN MELAYU
https://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/4.0
2025-10-202025-10-201322641Naratif Sosioekonomi Masyarakat Melayu Dalam Novel oleh Keris Mas
https://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/202
<p>Kajian ini adalah sebuah kajian berbentuk kualitatif menggunakan kaedah kajian kepustakaan. Sumber data kajian Adalah dua buah novel terpilih karya Sasterawan Negara Keris Mas berjudul `Anak Titiwangsa` (1967) dan `Rimba Harapan` (1986). Kajian bertujuan menganalisis gambaran pergerakan sosioekonomi Masyarakat Melayu berpandukan prinsip mitologi Semiotik Roland Barthes (1972). Data dianalisis mengunggkaan kaedah analisis kandungan dan dibincangkan secara deskripftif. Hasil analisis menunjukkan bahawa Keris Mas telah menyalurkan gambaran kehidupan sebenar masyarakat Melayu dan menyuarakan teguran kepada masyarakat yang leka serta tidak menggunakan peluang dan ruang yang telah diberi kepada mereka melalui dasar kerajaan iaitu Dasar Ekonomi Baru. Pengarang menyampaikan teguran dengan menggunakan makna-makna tertentu bagi menjelaskan situasi dan keadaan masyarakat Melayu pada zaman sebelum dan semasa pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru. Hasil analisis yang dilakukan, kajian ini merumuskan karya yang dihasilkan mampu menyalurkan maklumat kepada masyarakat sekali gus berperanan penting sebagai alat memberi kesedaran kepada masyarakat untuk bangkit dan memperbaiki ekonomi keluarga.</p>Abdul Wahab AliasAzhar Wahid
Copyright (c) 2025 RUMPUN JURNAL PERSURATAN MELAYU
https://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/4.0
2025-11-022025-11-021324250