RUMPUN JURNAL PERSURATAN MELAYU https://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun
RUMPUN Jurnal Persuratan Melayu previously known as the International journal of The Malay Letters (2013- Sept 2019) is a referred journal published by the Budiman Writers Association of Malaysia (BUDIMAN). This journal aims to develop the knowledge of Malay literature, Malay language and Malay civilization in order to be a conducive and strong area in the regional area.
en-US rumpunjurnal@gmail.com (Halim) cikgushah@upsi.edu.my (Mohd Shahrizal bin Mohamad Ridzuan) Fri, 01 Dec 2023 00:00:00 +0000 OJS 3.1.2.1 http://blogs.law.harvard.edu/tech/rss 60 Bahasa Tombonuo dan Mangkaak: Dalam Keluarga Bahasa yang Sama https://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/177
Kajian ini merupakan sebahagian daripada penelitian dialek suku-suku atau subetnik dalam etnik Kadazandusun. Setiap suku atau subetnik dalam rumpun bahasa yang sama tidak terkecuali mengalami variasi bahasa yang muncul dalam perkataan, sebutan, tatabahasa, makna perkataan dan sebagainya. Variasi bahasa berlaku atas faktor geografi, sejarah suatu bahasa dan situasi sosial penutur. Kepelbagaian variasi bahasa dalam rantaian dialek etnik Kadazandusun  menyebabkan timbulnya isu ketidaksalingfahaman bahasa antara satu dengan yang lain. Situasi ini memberi kesan dalam komunikasi lisan antara. Objektif kajian ini adalah untuk membandingkan kata kognat bahasa Tombonuo dan Mangkaak serta mengenal pasti tingkat klasifikasi kedua-dua bahasa tersebut sama ada terletak dalam keluarga bahasa yang sama atau bukan. Data kajian diperoleh melalui kajian lapangan dengan menggunakan kaedah temu bual tidak berstruktur terhadap empat orang informan. Sejumlah 207 daftar senarai kata Swadesh telah digunakan sebagai instrumen kajian bagi mendapatkan data. Data dianalisis dengan bersandarkan teori leksikostatistik. Hasil kajian mendapati peratus persamaan kata kognat antara Tombonuo dengan Mangkaak ialah 59.11%. Perkataan yang banyak berkognat diwakili oleh leksikal yang merujuk anggota badan, pernomboran dan kata ganti nama berbanding leksikal yang merujuk alam. Tingkat klasifikasi bahasa diinterpretasikan sebagai bahasa berbeza tetapi masih dalam tingkat subkeluarga bahasa yang sama. Dapatan kajian memberi implikasi kepada pengukuhan bukti adanya hubungan kekerabatan bahasa antara keluarga Dusun dan Paitan. Kajian ini juga memberi impak kepada pengayaan dan pemantapan perbendaharaan kata serta istilah dalam subjek Bahasa Kadazandusun di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi.
Minah Sintian Copyright (c) 2023 RUMPUN JURNAL PERSURATAN MELAYU https://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/4.0 https://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/177 Fri, 01 Dec 2023 00:00:00 +0000 Elemen Eko Kritik Dalam Puisi “Permintaan Alam” Karya A. Halim Ali https://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/179
Manusia dan alam sekitar sentiasa berinteraksi antara satu dengan yang lain. Aktiviti manusia yang berlaku secara seimbang mempu mengekalkan kelestarian alam. Namun begitu, sekiranya aktiviti manusia berlaku secara tidak terkawal akan meyebabkan berlaku kemusnahan sacara besar-besaran terhadap alam ini. Justeru kajian mengupas dan menganalisis elemen-elemen eko kritik yang terdapat dalam puisi “Permintaan Alam” karya A. Halim Ali. Puisi ini dimuatkan dalam antologi puisi “Permintaan Alam” yang merupakan salah sebuah sajak dalam kumpulan puisi sulung penyair yang diterbitkan pada tahun 2000. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif dengan mengaplikasikan pendekatan analisis kandungan untuk mengenal pasti elemen-elemen eko kritik dalam puisi yang dipilih. Dapatan kajian menunjukkan terdapat empat tema utama eko kritik dalam puisi ini, iaitu kesan pemanasan global dan perubahan iklim, kemusnahan kepelbagaian biodiversiti, kemusnahan ekosistem lautan dan kemusnahan habitat flora dan fauna akibat proses pembandaran dan aktiviti perindustrian yang tidak terkawal. Dapatan kajian juga menunjukkan wujudnya elemen kritikan, kebimbangan dan keprihatinan penyair terhadap isu alam sekitar yang disuarakan melalui penggunaan metafora, simbolisme dan perlambangan. Dalam puisi ini, penyair menyuarakan kebimbangan dan kritikan dengan menggunakan perlambangan permohonan daripada alam agar manusia menyediakan semula makanan, menggantikan tumbuha-tumbuhan dan mengembalikan habitat flora dan fauna yang telah mengalami kemusnahan akibat aktiviti manusia yang tidak terkawal. Secara keseluruhannya, kajian telah berjaya membuktikan terdapat suntikan elemen eko kritik dalam genre puisi Melayu yang selama ini lebih dikaitkan dengan ciri-ciri estetika. Hasil kajian diharap dapat memperkayakan korpus ilmu dalam bidang kajian eko kritik sastera tempatan.
Kamarul Ismail, Mazdi Marzuki, Nur Aina Zulaikha Kamarul Copyright (c) 2023 RUMPUN JURNAL PERSURATAN MELAYU https://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/4.0 https://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/179 Sun, 17 Dec 2023 03:52:27 +0000 Kreativiti Perwatakan dan Sejarah dalam Novel Wanita Rawa Terakhir https://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/178
Genre novel sejarah sering mempertentangkan antara isu fakta dengan fiksi. Wacana ini antara yang diajukan dalam kajian terhadap novel Wanita Rawa Terakhir. Karya ini merupakan novel sulung Nor Faridah Abdul Manaf, terbitan Silverfish Books pada tahun 2022. Novel ini menggarap latar pensejarahan orang Rawa yang selama ini tersembunyi. Nor Faridah Abdul Manaf menggali sejarah kedatangan orang Rawa dari Aceh ke Tanah Melayu, khasnya ke Raub, Pahang. Permasalahan kajian ini melihat bagaimana kedudukan Wanita Rawa Terakhir dapat dipertanggungjawabkan sebagai novel sejarah dengan meneliti antara kehadiran fakta dengan fiksi berdasarkan unsur realisme dan imaginasi watak-wataknya. Kerangka kajian ini memanfaatkan konsep novel sejarah yang antaranya dikemukakan Mohamad Saleeh Rahamad dalam buku Pencerakaan dalam Novel Sejarah (2005). Dapatan kajian mengemukakan bahawa pengarang Nor Faridah Abdul Manaf mengangkat kedudukan sejarah Rawa dengan memperagakan tokoh sebenar. Turut berlaku penggemblengan teknik campur tangan pengarang dalam pembikinan watak rekaan. Menerusi novel ini pengarang memperlihatkan hubungan sastera dan sejarah orang Rawa yang digubah semula secara rinci antara fakta dengan kreativiti. Namun, ia bukanlah pula bertujuan untuk mengubah sejarah Rawa yang asal. Kepentingan kajian novel Wanita Rawa Terakhir ini adalah untuk membangunkan naratif sejarah Rawa di negara ini khasnya kepada generasi baru. Sejarah langka Rawa dapat ditinjau, dipermudah dan diperelok menerusi tulisan kreatif imaginatif seperti novel untuk dinikmati generasi muda khususnya.
Nur Shahirah Amir, Mawar Safei Copyright (c) 2023 RUMPUN JURNAL PERSURATAN MELAYU https://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/4.0 https://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/178 Sat, 23 Dec 2023 00:00:00 +0000 Pengurusan Kepimpinan Keusahawanan Melayu Dalam Movel Ranjau Sepanjang Jalan https://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/180
Keupayaan pengurusan kepimpinan dalam menerajui organisasi telah diterima sebagai suatu faktor yang boleh menentukan kejayaan dan kegagalan bagi sesuatu organisasi berkenaan. Malah, kepimpinan merupakan suatu keperluan dalam membina kekuatan organisasi terutama dalam memimpin organisasi ke arah menuju dan mencapai matlamat yang ingin dicapai bersama dengan jayanya. Kajian ini meneliti bentuk atau dasar pengurusan kepimpinan usahawan masyarakat tani yang terdapat dalam Ranjau Sepanjang Jalan (RSJ). Di samping mengenalpasti sikap pengurusan kepimpinan masyarakat tani yang terbina dalam Ranjau Sepanjang Jalan (RSJ). Penelitiannya dibuat dengan penganalisisan terhadap elemen pengurusan kepimpinan yang terdapat dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan (RSJ) dan dikaitkan dengan kegiatan usahawanan tani dalam masyarakat Melayu. Dapatan daripada kajian ini dirumuskan bahawa terdapat beberapa elemen dasar dan sifat kepimpinan yang terbentuk dalam diri pemimpin masyarakat yang ditunjukkan mempunyai keupayaan yang tersendiri dalam usaha menjayakan usahawan tani masyarakat Melayu tradisi. Implikasinya, pengurusan kepimpinan Melayu khususnya berkait dengan keusahawanan yang ditonjolkan oleh pengarang dalam Ranjau Sepanjang Jalan (RSJ) adalah lebih signifikan kepada kritikan dan seharusnya dapat menunjukkan corak kepimpinan yang digunakan oleh pemimpin pada masa kini.
Azhar Wahid, Rudy Kurniawan Usman, Rahmanyasin Jaafar Copyright (c) 2023 RUMPUN JURNAL PERSURATAN MELAYU https://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/4.0 https://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/180 Sun, 31 Dec 2023 13:41:07 +0000 Unsur Keindahan Dan Nilai Murni Dalam Pantun Melayu Gubahan Loo Mun Berdasarkan Teori Puitika Sastera Melayu https://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/181
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis pantun Melayu, gubahan Loo Mun @ Then Chye dari aspek keindahan Bahasa, bentuk dan keindahan dalam mengajar dan mendidik berdasarkan Teori Puitika Sastera Melayu. Tujuan umum kajian ini adalah untuk mengenal pasti, dan membincangkan aspek keindahan dalam pantun-pantun Melayu gubahan Loo Mun. Terdapat dua aspek keindahan yang difokuskan untuk dianalisis iaitu keindahan dari sudut gaya bahasa dan bentuk sertakan keindahan yang bersifat mengajar dan mendidik masyarakat menerusi nilai-nilai murni dalam pantun-pantun Loo Mun. Kajian ini adalah sebuah berbentuk kualitatif menggunakan kaedah kajian kepustakaan, kaedah analisis kandungan dan kaedah analisis deskriptif . Data daripada sumber-sumber Primer ini dianalisis secara deskriptif berpandukan konsep keindahan dalam mengajar dan mendidik yang digagaskan oleh Muhammad Hj. Salleh menerusi teori Puitika Sastera Melayu (1989). Berdasarkan analisis ke atas 121 buah pantun dalam kumpulan pantun Melayu gubahan Loo Mun, kajian ini mendapati strategi kiasan yang menzahirkan keindahan dalam pantun yang dikaji dapat dilihat pada penggunaan unsur-unsur bahasa seperti metafora, personifikasi, gaya pengulangan, simili dan penggunaan peribahasa. Dengan berpandukan pada prinsip keindahan yang mengajar dan mendidik dalam teori Puitika Sastera Melayu (1989), analisis yang dilakukan secara rinci telah dapat  mengenal pasti aspek keindahan bahasa, bentuk serta nilai-nilai murni yang bersifat mengajar dan mendidik. Implikasi hasil daripada kajian ini adalah penting dijadikan rujukan asas kepada kajian-kajian lain pada masa akan datang yang bertujuan untuk mengembangkan pengetahuan dan meneroka aspek pemikiran Melayu dalam perspektif penulis bukan Melayu
Goh Hin San , Azhar Wahid Copyright (c) 2023 RUMPUN JURNAL PERSURATAN MELAYU https://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/4.0 https://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/181 Sun, 31 Dec 2023 00:00:00 +0000