ANALISIS KEUPAYAAN PELAJAR DALAM PEMBINAAN SEMULA KURIKULUM BAHASA MELAYU ASAS BAGI PELAJAR ANTARABANGSA UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

THE ANALYSIS OF STUDENTS’ ABILITIES IN THE RE-DEVELOPMENT OF THE BASIC MALAY LANGUAGE CURRICULUM FOR FOREIGN STUDENTS OF SULTAN INDRIS EDUCATION UNIVERSITY

  • Muhammad Fawiz Bakri Pusat Bahasa Moden dan Pengajian Umum, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Zulkifli Osman Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Anida Sarudin Sarudin Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Husna Faredza Mohamed Redzwan Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Keywords: Teknik Delphi, Bahasa Melayu asas, Pelajar antarabangsa, Model Taba, Keupayaan Pelajar

Abstract

Kurikulum merupakan satu elemen terpenting dalam acuan pendidikan bagi sesebuah komuniti. Kurikulum menjadi prinsip dan prosedur bagi perencanaan, implementasi, evaluasi dan pengelolaan suatu rancang-bangun sesuatu program pendidikan. Namun demikian, dalam misi untuk mengantarabangsakan bahasa Melayu melalui sektor pendidikan di Universiti Pendidikan Sultan Idris, penyusunan kurikulum pengajaran dan pembelajaran Asas Bahasa Melayu masih memerlukan penambahbaikan. Antara permasalahan yang dikenal pasti ialah keupayaan pelajar yang berbeza terhadap penguasaan asas bahasa Melayu. Kajian ini dijalankan bagi mendapatkan pandangan tokoh, pakar atau pengamal kurikulum asas Bahasa Melayu untuk pelajar asing di universiti awam dan swasta bagi membina semula Kurikulum Asas Bahasa Melayu di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Model Taba dipilih kerana model ini sesuai dengan reka bentuk metod pengajaran berdasarkan autonomi guru berbanding dengan lima model kurikulum yang lain. Teknik Delphi digunakan dalam kajian bagi mendapatkan data. Teknik ini dijalankan melalui beberapa pusingan temu bual terhadap informan kajian bagi mendapatkan pandangan mereka terhadap (1) keperluan pengasingan kelas mengikut keupayaan pelajar dan (2) keperluan mengadakan ujian penempatan bagi mengenal pasti tahap keupayaan pelajar dalam Kurikulum Asas Bahasa Melayu. Dapatan kajian mendapati pendapat informan tidak senada tentang keperluan pengasingan kelas berdasarkan tahap keupayaan pelajar kerana faktor kemudahan yang tidak mencukupi. Dapatan kajian juga mendapati bahawa wujud keperluan mengadakan pentaksiran awal atau ujian penempatan pelajar bagi pelajar antarabangsa. Implikasi kajian menunjukkan bahawa aspek keupayaan pelajar perlu diberi perhatian dalam membentuk kurikulum pengajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa asing.

Published
2020-04-06
How to Cite
Bakri, M. F., Osman, Z., Sarudin , A. S., & Mohamed Redzwan, H. F. (2020). ANALISIS KEUPAYAAN PELAJAR DALAM PEMBINAAN SEMULA KURIKULUM BAHASA MELAYU ASAS BAGI PELAJAR ANTARABANGSA UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS. RUMPUN JURNAL PERSURATAN MELAYU, 8(1), 65 - 76. Retrieved from https://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/123
Section
Articles