Elemen Eko Kritik Dalam Puisi “Permintaan Alam” Karya A. Halim Ali

Eco Critic Elements in the poem of `Permintaan Alam` by A. Halim Ali

  • Kamarul Ismail Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Mazdi Marzuki Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Nur Aina Zulaikha Kamarul Fakulti Sains dan Sekitaran Marin, Universiti Malaysia Terengganu, Malaysia
Keywords: Alam, elemen Eko Kritik, pemanasan global, perlambangan, metafora

Abstract

Manusia dan alam sekitar sentiasa berinteraksi antara satu dengan yang lain. Aktiviti manusia yang berlaku secara seimbang mempu mengekalkan kelestarian alam. Namun begitu, sekiranya aktiviti manusia berlaku secara tidak terkawal akan meyebabkan berlaku kemusnahan sacara besar-besaran terhadap alam ini. Justeru kajian mengupas dan menganalisis elemen-elemen eko kritik yang terdapat dalam puisi “Permintaan Alam” karya A. Halim Ali. Puisi ini dimuatkan dalam antologi puisi “Permintaan Alam” yang merupakan salah sebuah sajak dalam kumpulan puisi sulung penyair yang diterbitkan pada tahun 2000. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif dengan mengaplikasikan pendekatan analisis kandungan untuk mengenal pasti elemen-elemen eko kritik dalam puisi yang dipilih. Dapatan kajian menunjukkan terdapat empat tema utama eko kritik dalam puisi ini, iaitu kesan pemanasan global dan perubahan iklim, kemusnahan kepelbagaian biodiversiti, kemusnahan ekosistem lautan dan kemusnahan habitat flora dan fauna akibat proses pembandaran dan aktiviti perindustrian yang tidak terkawal. Dapatan kajian juga menunjukkan wujudnya elemen kritikan, kebimbangan dan keprihatinan penyair terhadap isu alam sekitar yang disuarakan melalui penggunaan metafora, simbolisme dan perlambangan. Dalam puisi ini, penyair menyuarakan kebimbangan dan kritikan dengan menggunakan perlambangan permohonan daripada alam agar manusia menyediakan semula makanan, menggantikan tumbuha-tumbuhan dan mengembalikan habitat flora dan fauna yang telah mengalami kemusnahan akibat aktiviti manusia yang tidak terkawal. Secara keseluruhannya, kajian telah berjaya membuktikan terdapat suntikan elemen eko kritik dalam genre puisi Melayu yang selama ini lebih dikaitkan dengan ciri-ciri estetika. Hasil kajian diharap dapat memperkayakan korpus ilmu dalam bidang kajian eko kritik sastera tempatan.

References

A. Halim Ali (2022) Proses Kreatif: Model dan Pengalaman Penyair. Tanjong Malim: Penerbit Persatuan Penulis Budiman Malaysia.

Abdul Halim Ali (2000). Permintaan Alam, Diwangsa Publication & Disrtibutiors, Batu Caves, Selangor

Abdul Halim Ali (2003). Bingkisan Sastera. Diwangsa Publication & Disrtibutiors, Batu Caves, Selangor

Ali, A. H. (2011). Sajak "Pulang Si Tenggang" Dalam Perspektif Historisisme Bard: The Poem of "Si Tenggang Homecoming" From The New Historicism’s Perspective. Jurnal Pengajian Melayu (Jomas), 22(1), 1–17. Retrieved From Https://Jati.Um.Edu.My/Index.Php/Jpm/Article/ View/9647

Arshad Ali, Somana Riaz dan Shahid Iqbal (2014). Deforestation and its Impacts on Climate Change an Overview of Pakistan. Global Change, 21.

A.Wahab Ali (2004). Kesusasteraan Melayu Moden dalam Kajian dan Kritikan. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim

Bado, A., Abdul, A. H., & Ali, A. H. (2018). Unsur-unsur Akidah dalam Kumpulan Puisi Taman Takwa: Elements of Aqidah in an Anthology of Taman Takwa. Jurnal Peradaban Melayu, 13, 58–70. https://doi.org/10.37134/peradaban.vol13.5.2018

Buell, L. (1996). The Environmental Imagination: Thoreau, Nature Writing, and the Formation of American Culture. Harvard University Press.

Dilah Tuah (2022). Api Macam Matahari dan Bulan: Satu Analisis Kritikan Eko. Utusan Borneo 22 Februari 2022

Glotfelty, C. dan Fromm, H. (1996). The ecocriticism reader: landmarks in literary ecology. Athens: University of Georgia Press

Hamoud Yahya dan Ruzy Suliza (2012). An Ecocritical Reading of Selected Poems of Muhammad Haji Salleh. Malay Literature, [S.l.], v. 25, n. 1, p. 1-17.

Kamus Dewan. Edisi keempat (2007) Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Saberi Muda dan Mas Rynna Wati Ahmad (2019). `Eko-kritik dalam puisi Melayu`. Akademika, 89 (1). pp. 29-39.

Maizatun Mustafa dan Mariani Ariffin (2011). Protection of Marine Biodiversity from Pollution: Legal Strategies in Malaysia. International Journal of Bioscience, Biochemistry and Bioinformatics, Vol. 1, No. 4

Norazimah Zakaria (2018). Daripada Introspeksi Diri Kepada Naratif Merentasi Zaman Dan Sempadan Dalam Karya A. Halim Ali. Jurnal Melayu, Bil. 17(2).

Oliveira, B, Bottino, M. dan Nobre, P. (2021). Deforestation and climate change are projected to increase heat stress risk in the Brazilian Amazon. Commun Earth Environ. 2021. Vol. 2(1).

Rueckert, W. (1978). Literature and Ecology: An Experiment in Ecocriticism. In Iowa Review 9, no. 1 (1978): 71-86.

Theodorou, P (2022). The effects of urbanisation on ecological interactions. Current Opinion in Insect Science, Volume 52

Zahari Mahad Musa (2010). Fiqh Al-Bi’ah: Prinsip Interaksi Manusia Dengan Alam Persekitaran, Jurnal Syariah Vol. 18 No. 1.

Published
2023-12-17
How to Cite
Ismail, K., Marzuki, M., & Kamarul, N. A. Z. (2023). Elemen Eko Kritik Dalam Puisi “Permintaan Alam” Karya A. Halim Ali. RUMPUN JURNAL PERSURATAN MELAYU, 11(2), 14 - 22. Retrieved from https://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/179