Identiti dan Perjuangan Penulis Wanita Dalam Sastera Melayu Kontemporari

Identity and Struggle of Women Writers in Contemporary Malay Literature

  • Tuan Rusmawati Raja Hassan Fakulti Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insan, Universiti Malaysia Kelantan.
Keywords: Penulis wanita, Identiti, Perjuangan, Feminisme pascakolonial, Sastera Melayu kontemporari.

Abstract

Kajian ini merupakan sebuah  kajian berbentuk kualitatif menggunakan kaedah kepustakaan dan analisis dekskriptif. Objektif kajian ini ialah mengkaji dinamika kepengarangan penulis wanita Pantai Timur melalui analisis terhadap karya dua penulis wanita kontemporari Malaysia, iaitu Fatimah Busu dan Rebecca Ilham. Permasalahan kajian berpusat pada persoalan bagaimana kedua-dua pengarang ini mewakili pengalaman wanita dalam konteks budaya Timur yang dipengaruhi oleh struktur patriarki, tradisi, dan cabaran modeniti. Objektif utama kajian ini ialah untuk menelusuri pendekatan naratif, tema feminisme, dan wacana identiti wanita yang diketengahkan oleh Fatimah Busu dan Rebecca Ilham serta membandingkan bentuk resistensi yang mereka tampilkan terhadap norma sosial. Dari sudut metodologi, kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berbentuk analisis teks dengan meneliti karya terpilih kedua-dua penulis berdasarkan kerangka teori feminisme pascakolonial dan pendekatan sosiobudaya. Hasil dapatan menunjukkan bahawa Fatimah Busu cenderung kepada kritikan sosial dan gaya realisme sosiologis dalam mengangkat isu wanita desa dan marginalisasi, manakala Rebecca Ilham lebih menonjolkan pendekatan introspektif dan eksistensial dalam mendedahkan konflik batin wanita urban dalam persekitaran moden. Implikasi kajian ini memperlihatkan bahawa karya penulis wanita Timur berperanan penting dalam memperkayakan wacana kesusasteraan wanita dan memperkukuh suara intelektual wanita dalam ruang sastera kebangsaan, sekali gus mencerminkan kebangkitan kesedaran gender dan budaya dalam masyarakat Malaysia.

References

A.Halim Ali (2019) Pengetahuan Asas Penyelidikan Dalam Kesusasteraan Melayu, Klang: MZ Edu. Publications.
A.Wahab Ali (1989) Imej Manusia dalam Sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdul Halim Ali. (2007). Di Sekitar Puisi Melayu Moden. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Ali, A.H., & Abdullah, I.R. (2018). Perwatakan wanita Melayu muslim dalam novel ‘Diari Seorang Jururawat’ karya Aminah Mokhtar [The characteristics of a Malay muslim woman in the novel ‘Diari Seorang Jururawat’ by Aminah Mokhtar]. Journal of Nusantara Studies, 3(2),147-161. http://dx.doi.org/10.24200/jonus.vol3iss2pp147-161
Asniza. (2019). Wanita dan Peranannya dalam Hikayat Klasik Melayu: Satu Sorotan Feminisme Sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Azmah Nordin. (1996). Menongkah Lumrah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Fathenwan Wan Mohd Nor. (2021). Biografi Ringkas Penerima S.E.A. Write Award. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Harun Mat Piah. (2003). Kesusasteraan Melayu Tradisional: Suatu Pembicaraan Genre dan Fungsi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Haryati Hasan. (2014). Citra Wanita dalam Hikayat Melayu Tradisional: Analisis Feminisme Islam. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Mohamad Mokhtar Hassan dan Abdul Razak Panaemalae (2004). Citra Kepimpinan Melayu Dalam Cerpen Terpilih Malaysia Dan Thailand (1970-1985): Suatu Analisis Perbandingan. Persidangan Antarabangsa Peradaban Melayu II. Tanjung Malim: Institut Peradaban Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Norhayati Ab. Rahman. (2012). Puitika Sastera Wanita Indonesia dan Malaysia: Satu Bacaan Ginokritik. Minden: Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Norhayati Ayit. (2020). Muhammad Haji Salleh dan Siti Zainon Ismail Sebagai Penyair Alam. Minden: Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Othman Kelantan. (1987). Sastera Melayu Moden: Permulaan dan Perkembangan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Raja Hassan, T. R. (2024). Citra Sosiobudaya Membentuk Kepengarangan Penulis Siam Berdasarkan Cerpen `Champa dan Pintu Gerbang` karya Eh Deng Eh Chik. Rumpun Jurnal Persuratan Melayu, 12(1), 21 - 29. Retrieved from https://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/ rumpun/ article/ view/ 188
Rosnah Baharuddin. (2003). Sastera Wanita Dan Perjuangan Identiti: Satu tinjauan kritis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
S.Othman Kelantan. (1987). Arah Pemikiran Sastera Melayu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Siti Khariah Mohd Zubir. (2009). Citra Wanita dalam Novel Melayu. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Sohaimi Abdul Aziz. (2004). Novel dalam Kritikan. Minden: Penerbit USM.Zurinah Hassan. (2014). Catatan Perjalanan Seni Zurinah Hassan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tuan Rusmawati Raja Hassan dan Mawar Safei (2018) Kemandirian Wanita Dan Ekonomi Kelantan: Satu Analisis Autobiografi Terhadap Novel Wajah Seorang Wanita, GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space,14 issue 4 (102-114) https://doi.org/10.17576/geo-2018-1404-09
Published
2025-12-10
How to Cite
Raja Hassan, T. R. (2025). Identiti dan Perjuangan Penulis Wanita Dalam Sastera Melayu Kontemporari. RUMPUN JURNAL PERSURATAN MELAYU, 13(2), 80 - 93. Retrieved from https://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/198