Pembinaan Keperibadian Diri Dalam Watak-Watak Adiwira Tempatan dan Implikasinya Kepada Interaksi Kanak-Kanak
The Construction of Self-Personality in Local Superhero Characters and its Implications for Children’s Interactions.
Abstract
Perkembangan pesat teknologi moden menjadikan animasi sebagai medium utama yang mempengaruhi pembentukan keperibadian kanak-kanak. Menurut teori behaviorisme, kanak-kanak cenderung meniru apa yang ditonton, manakala teori proksimiti Vygotsky menegaskan interaksi sosial sebagai faktor penting dalam perkembangan kognitif. Namun, lambakan animasi antarabangsa yang mudah diakses menimbulkan cabaran kerana tidak semuanya sesuai dengan nilai budaya tempatan. Kajian ini memberi tumpuan kepada dua animasi tempatan iaitu Ejen Ali the Movie dan Upin Ipin Keris Siamang Tunggal, yang sarat dengan mesej keberanian, kepimpinan, tanggungjawab, persahabatan dan kolektivisme. Menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah pemerhatian dan temu bual bersama murid prasekolah di Terengganu dan Perak. Kajian ini bertujuan menganalisis nilai keperibadian watak adiwira, menilai implikasinya terhadap interaksi kanak-kanak, serta menghubungkaitkannya dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Dapatan menunjukkan bahawa animasi tempatan berpotensi besar membentuk sahsiah positif dan meningkatkan kemahiran interaksi sosial kanak-kanak.
References
Abdul Rahim, R. (2015). Pendidikan Nilai Dan Pembangunan Sahsiah. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Abdullah, M. Y., & Ismail, M. F. (2018). Pendidikan Akhlak Kanak-Kanak Menurut Perspektif Islam Dan Cabaran Semasa. Jurnal Hadhari, 10(2), 45–58.
Ahmad, Z., & Nor, M. (2022). Animation as a Pedagogical Tool: Its Implications on the Affective Development of Preschoolers. International Journal of Early Childhood Education and Care, 11(2), 1–15.
Abdullah, H., & Musa, R. (2018). Animation and Identity: The Impact of Malaysian Cartoons on Children’s Cultural Values. Asian Journal of Social Science, 46(2), 102–120.
Bandura, A. (1977). Social Learning Theory. Prentice-Hall.
Berita Harian. (2011, September 20). Kandungan Kartun Kurang Sesuai Untuk Kanak-Kanak Bawah Tujuh Tahun. Berita Harian.
BERNAMA. (2012, September 19). Filem Animasi Medium Terbaik Didik Kanak-Kanak. Bernama.
Chan, L. K., & Goh, C. F. (2019). The Effectiveness of Local Animation in Instilling Good Values Among Preschool Children. Journal of Education and Learning, 13(4), 233–245.
Erikson, E. H. (1963). Childhood and Society. Norton.
Goleman, D. (1995). Emotional Intelligence: Why It Can Matter More Than IQ. New York, NY: Bantam Books.
Harian Metro. (2000, September 24). Pengaruh keganasan kartun terhadap tingkah laku kanak-kanak. Harian Metro.
Harian Metro. (2007). Kartun sebagai hiburan dan rangsangan emosi kanak-kanak. Harian Metro.
Harian Metro. (2011, Jun 15). Animasi bantu pembelajaran kanak-kanak melalui contoh harian. Harian Metro.
Hashim, H., Yunus, M. M., & Hashim, H. U. (2018). The Use of Animation in Children’s Education: Enhancing Learning Motivation Through Visual Media. Malaysian Journal of Learning and Instruction, 15(2), 25–44.
Hassan, A., & Hashim, R. (2019). Moral Values in Children’s Animated Television Programmes: A Malaysian Perspective. Journal of Social Sciences and Humanities, 14(3), 45–60.
Idris, M., & Salleh, H. (2020). Children’s Interaction Patterns Influenced by Animated Heroes: A Malaysian Perspective. International Journal of Child Development, 8(1), 55–70.
Idris, M. F., & Rahman, S. A. (2021). Children’s Animation as a Medium of Moral Education: An Analysis of Malaysian Animated Films. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 37(2), 204–220. https://doi.org/10.17576/JKMJC-2021-3702-12
Karim, N., & Salleh, N. (2020). The Role of Digital Storytelling in Developing Social Interaction Among Preschool Children. GEMA Online Journal of Language Studies, 20(4), 12–30.
Kasdi, A., & Farida, U. (2020). Moral Education for Children in Islamic Perspective. International Journal of Islamic Educational Psychology, 1(1), 1–15.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Kohlberg, L. (1981). Essays on moral development, Vol. I: The philosophy of moral development. Harper & Row.
Lee, C. K., & Wang, J. (2017). Animated Storytelling and Its Effects on Children’s Moral Development. Early Childhood Research Quarterly, 39, 47–58.
Mohd Ariff, N., & Salleh, A. (2008). Pengaruh Media Terhadap Perkembangan Kanak-Kanak Prasekolah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Noor, A. F. M., & Ahmad, Z. (2022). Media Kanak-Kanak dan Pembentukan Akhlak: Analisis Terhadap Animasi Tempatan. Jurnal Pengajian Melayu, 33(1), 89–106.
Perloff, R. M. (1977). The Dynamics Of Persuasion: Communication and Attitudes in The 21st Century. Lawrence Erlbaum.
Piaget, J. (1965). The Moral Judgment of The Child. Free Press.
Ragbir Kaur Joginder Singh. (2012). Pengaruh Interaksi Sosial dalam Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak. Kuala Lumpur: Universiti Malaya Press.
Rahman, F., & Ismail, A. (2019). Impact of Local Animated Films on Moral Value Development in Preschool Children. Journal of Early Childhood Education, 7(3), 45–58.
Tan, S. H., & Mohd Yusof, H. (2021). Integrating Cultural Values in Malaysian Animation: A Case Study of Ejen Ali and Upin Ipin. Journal of Media and Communication Studies, 13(1), 77.
Vygotsky, L. S. (1978). Mind in Society: The Development of Higher Psychological Processes. Harvard University Press.
Wartella, E., Rideout, V., Lauricella, A. R., & Connell, S. (2014). Parenting in The Age of Digital Technology. Journal of Broadcasting & Electronic Media, 58(4), 1–20.
Warren, C. (1997). Children And Television: Images in a Changing Sociocultural World. Sage.
Yusof, S., & Hamzah, M. I. (2021). The Role of Animation in Promoting Empathy and Cooperation Among Preschoolers. Malaysian Journal of Education, 46(2), 89–104.









