PENGHAYATAN LEKA MAIN MELALUI AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN JAKU IBAN DI BILIK DARJAH

APRESIASSION OF LEKA MAIN TROUGH TEACHING AND LEARNING IBAN LANGUAGE IN CLASSROOM

  • Chemaline Osup Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim, Perak, Malaysia.
Keywords: Leka main, Bahasa Iban, Elemen Estetik, Puisi, Iban Language, Aesthetic Elements Poetry

Abstract

Elemen estetik dan kesusasteraan suku kaum Iban telah diselitkan dalam mata pelajaran Jaku Iban (Bahasa Iban) di sekolah menengah. Ini adalah satu langkah untuk menarik dan mengekalkan minat pelajar terhadap kesusasteraan Iban dan meningkatkan kemahiran berbahasa Iban. Melalui elemen estetik dalam leka main (puisi rakyat) Iban, diharap dapat membentuk insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani di samping melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggung jawab dan berkeupayaan untuk mencapai kesejahteraan diri. Unsur yang dihayati dalam leka main termasuklah gaya bahasa, amanat, bentuk, nilai, keindahan, unsur budaya dan seumpamanya. Jenisjenis leka main yang digunakan oleh guru ialah pantun, sangai, ganu, jawang, ramban, sugi, pelandai, dungai, wa’ anak, renong, ai ansah, ensera, entelah, tanya indu, naku pala, timang, sampi, pelian, pengap dan sabak. Contoh aktiviti penghayatan yang dijalankan di dalam kelas ialah main peranan sebagai watak, melakonkan sebahagian daripada isu dalam puisi, melukis poster, membuat word puzzle untuk isu-isu tertentu dalam puisi, menulis lagi puisi tentang isu yang dibincangkan dalam puisi, membuat teka-teki tentang isi puisi, mencipta permainan sebuah puisi, menulis sebuah temubual dengan watak utama dalam puisi naratif, memprosakan puisi, menulis semula sebahagian daripada puisi sebagai artikel dalam jurnal atau rencana (majalah sekolah) dan sebagainya. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, penghayatan terhadap leka main dapat dilihat melalui aktivitiaktiviti membaca leka main dengan sebutan dan intonasi yang sesuai, menyatakan pengajaran, memberi makna diksi, membaca dan mena’akul perkara yang tersurat dan tersirat, melengkapkan baris, mendeklamasi, menghurai aspek struktur, membina ayat puitis, menginterpretasi, memahami gaya bahasa, memahami tema dan mesej, mendengar dan mengenal nada serta menyoal untuk mendapatkan maklumat dan amanat dalam leka main. Pelajarpelajar Iban telah dapat menghayati leka main dengan agak baik.

 

Aesthetic elements and literature have been incorporated in Iban Language (Bahasa Iban) in secondary schools. This approach is initiated to attract and retain the students’ interest towards Iban literature and to enhance speaking skills of the Iban language. It is hoped that through these aesthetic elements, the students will be harmoniously balanced intellectually, spiritually, emotionally and physically, as worthy citizens of Malaysia who are knowledgeable, all-rounded, well-mannered and honorable, responsible and capable of achieving good self well-being. The appreciated elements in leka main include language style, moral lessons, forms, values, aesthetical beauty, cultural elements and et cetera. The teachers taught several types leka main including pantun, sangai, ganu, jawang, ramban, sugi, pelandai, dungai, wa’ anak, renong, ai ansah, ensera, entelah, tanya indu, naku pala, timang, sampi, pelian, pengap and sabak. Several activities enable the students to appreciate leka main such as role play, acting out part of the issues in the poem, drawing poster, initiating word puzzle for certain issues, creating another poem about the discussed issues, making riddles on the content of the poem, creating games for the poems, writing an interview with the main character in the narrative poem, changing verse into prose, rewriting part of the poem as an article in a school magazine or journal. In the teaching and learning process, the appreciation of leka main can be seen in activities such as reading with the correct pronunciation and intonation, identifying the moral lessons, stating the meaning of dictions, reading and making inferences, explaining denotative and connotative meanings of words, completing verses, reciting, elaborating the structural aspects, making poetic sentences, interpreting issues, understanding the styles of literary writing, understanding themes and messages, listening and identifying tones as well as asking for and giving information about the issues in the leka main. The Iban students have been able to appreciate the leka main quite well. 

How to Cite
Osup, C. (1). PENGHAYATAN LEKA MAIN MELALUI AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN JAKU IBAN DI BILIK DARJAH. RUMPUN JURNAL PERSURATAN MELAYU, 1(1), 112 - 142. Retrieved from http://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/101