IKON WANITA MELAYU-ISLAM DALAM NOVEL TUNGGU TEDUH DULU

THE ICONIC OF MALAY-MUSLIM WOMEN IN NOVEL OF TUNGGU TEDUH DULU

  • Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia.
Keywords: Ikon, Wanita Melayu-Islam, Salsabilah, Al-Quran, Sunnah, Icon, Malay-Muslim Women, Salsabilah The Quran, The Sunnah

Abstract

Kedudukan wanita Islam atau muslimah sangat tinggi dalam Islam kerana wanita mempunyai pengaruh besar terhadap anak-anak, keluarga dan masyarakat. Wanita yang soleh dapat menjamin keluarga dan masyarakat kehidupan yang baik dan sempurna mengikut garis panduan yang ditentukan oleh alQuran dan Sunnah. Dengan mengambil ciri-ciri wanita Islam dan tanda ikon yang dijelaskan dalam teori Semiotik oleh Charles Sanders Peirce, makalah ini mengkaji ikon wanita Melayu-Islam dalam novel Tunggu Teguh Dulu (2008) karya Faisal Tehrani. Ciri-ciri peribadi pada watak Salsabila ini memenuhi fungsi kepada ikon yang melaksanakan fungsi kepada penandanya. Watak Salsabila dalam Tunggu Teduh Dulu boleh diangkat sebagai ikon Melayu-Islam berdasarkan segala fungsi yang telah melaksanakan fungsi Salsabaila itu sendiri sebagai seorang yang memenuhi ciri-ciri wanita Islam. Walaupun ada beberapa watak wanita lain dalam novel ini seperti Teh Sofia, Mak Cik dan Mimi, namun watak-watak ini tidak banyak memperlihatkan melaksanakan fungsi sebagai ciriciri keperibadian muslimah yang diperbincangkan. Berdasarkan sifat-sifat mulia sebagai ikon wanita MelayuIslam, memperlihatkan bahawa wanita bukan sahaja telah diangkat martabatnya dalam Islam itu sendiri, tetapi juga dalam karya sastera. Novel ini telah memperlihatkan ikon wanita Melayu-Islam yang berpega 170 . dalam kehidupan seharian, ikon ini berjaya menjalani kehidupannya dengan baik. 

 

The position of Islamic or Muslim women is highly elevated because of their significant influence on their children, families and communities. Pious women can ensure the moral well being of their families and community because they live according to the guidelines set by the Quran and Sunnah. By analysing the features of Muslim women and applying the sign of icon in the semiotic theory by Charles Sanders Peirce, this paper focuses on MalayMuslim women as icons in Faisal Tehrani's novel, Tunggu Teduh Dulu (2008). The personal attributes of Salsabila fulfil the criteria of icon functions as a Malay-Muslim woman. Although there are other female characters in the novel such as Tea Sofia, and Aunt Mimi, these characters fail to show the icon functions that define the attributes of May-Muslim woman. Based on the noble qualities as an icon of Malay-Muslim women, women not only have elevated standing in Islam, but their elevated position is also reflected in a literature. This novel reveals the icon functions of Malay-Muslim women who adhere to Islamic faith and morals and who lead exemplary lives as Muslims. 

How to Cite
Tengku Mohd Ali, T. I. M. (1). IKON WANITA MELAYU-ISLAM DALAM NOVEL TUNGGU TEDUH DULU . RUMPUN JURNAL PERSURATAN MELAYU, 1(1), 169 - 183. Retrieved from http://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/103