UNSUR FANTASI SEBAGAI MEDIUM PENGAJARAN DALAM SASTERA KANAK-KANAK

THE FANTASY ELEMENT AS A MEDIUM OF TEACHING CHILD LITERATURE

  • Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia Serdang, Selangor.
Keywords: Sastera, Kanak-kanak, Fantasi, Pengajaran, Literature, Children, Fantasy, Teaching

Abstract

Fantasi merupakan salah satu unsur yang sering terdapat dalam sastera kanak-kanak. Pada umumnya fantasi bermaksud imaginasi, angan-angan atau khayalan. Unsur fantasi mempunyai fungsi tersendiri dalam sastera kanak-kanak namun sering dibahaskan oleh segelintir masyarakat. Justeru, objektif kajian ini ialah untuk menganalisis peranan unsur fantasi dalam sastera kanak-kanak. Lantaran itu, untuk memantapkan lagi kajian pengkaji telah menggunakan kaedah tinjauan. Seramai 360 orang kanak-kanak mewakili setiap zon di Malaysia dipilih secara rawak untuk meninjau pandangan mereka akan peranan unsur fantasi sebagai medium pengajaran. Pada masa yang sama pengkaji juga menggunakan kaedah lapangan untuk meninjau pandangan 360 orang ibu bapa secara rawak yang juga mewakili setiap zon di Malaysia memandangkan peranan ibu bapa sangat penting dalam menentukan pemilihan buku untuk kanak-kanak. Dapatan kajian menunjukkan cerita fantasi kanak-kanak mempunyai fungsi sebagai medium pengajaran seperti memaparkan pembentukan moral yang baik dan juga menjana pemikiran kreatif kanak-kanak. Kelompok kanak-kanak sebulat suara menyatakan mereka berminat terhadap buku cerita fantasi dan mereka dapat belajar sesuatu daripada buku tersebut namun berbeza dengan kelompok ibu bapa yang tidak sebulat suara bersetuju akan peranan cerita fantasi sebagai medium pengajaran kepada kanak-kanak. Kesimpulannya penyerapan unsur fantasi dalam sastera kanak-kanak adalah sesuatu yang universal dan unsur tersebut terdapat dalam cerita kanakkanak di seluruh dunia. 

 

Fantasy is a common element in child literature. In general, fantasy means imagination or dreaming. Fantasy has its own function in child literature yet it is often debated by certain groups. Thus, the aim of this research is to analyse the role of fantasy in child literature. As such, the researcher focussed on field methodology for a more reliable outcome. 360 children were chosen at random representing every zone in Malaysia to survey their opinion on the role of fantasy as a teaching medium. Similarly, 360 parents were also picked at random representing every zone in Malaysia to identify the selection of books for their children. The outcome revealed that fantasy stories of children is closely related to the teaching medium such as cultivating moral values and creative thinking among children. The children unanimously supported that fantasy stories are more interesting and meaningful but the parents had a mixed opinion on this matter. In conclusion, the assimilation of fantasy elements in child literature is universal and these elements are apparent in the stories of children all over the world. 

How to Cite
Nik Muhamad Affendi, N. R. (1). UNSUR FANTASI SEBAGAI MEDIUM PENGAJARAN DALAM SASTERA KANAK-KANAK . RUMPUN JURNAL PERSURATAN MELAYU, 1(1), 210 - 227. Retrieved from http://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/107