Penggunaan Kata ‘Hamba’ Dalam Teks Hikayat Terpilih Abad Ke-17 Dan Abad Ke-19
The Use of The Word ‘Hamba’ In Selected Hikayat Text Of The 17th And 19th Century
Abstract
Setiap bangsa di dunia mempunyai bentuk dan perkembangan sastera dan bahasanya yang tersendiri. Setiap hikayat menampilkan keunikan kepengarangan pencipta dan menonjolkan akal budi bangsa Melayu. Kajian ini bertujuan untuk meneroka kandungan teks hikayat pada abad ke-17 dan abad ke-19 dari aspek penggunaan kata ‘hamba’. Untuk tujuan ini, kajian menggunakan enam teks hikayat untuk dianalisis. Kajian ini bertitik tolak daripada kajian lalu yang kurang pendedahan tentang jenis penggunaan kata, pembentukan afiks dan perubahan makna yang tertentu dalam teks abad yang lalu. Hal ini mewujudkan persoalan yang jelas tentang jenis pembentukan dan pengunaan kata selain kandungan teks pada abad tersebut. Keunikan kandungan teks juga mendorong untuk meneroka dengan lebih lanjut. Kajian ini mengaplikasikan metod kualitatif dan huraian secara deskriptif. Dalam kajian ini, sebanyak enam data teks akan dianalisis. Kajian ini dianalisis dari aspek morfologi dan semantik bagi meneliti bentuk penggunaan kata ‘hamba’ dalam teks hikayat abad yang dipilih. Penggunaan perisian Malay Concordence Project membenarkan data aspek morfologi, dari pelbagai bentuk afiks dijana. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat perluasan makna kata ‘hamba’ dan perbezaan bentuk afiks berdasarkan yang dikaji dari sudut morfologi dan semantik dalam hikayat abad ke-17 dan abad ke-19. Selain itu, kajian menunjukkan penggunaan kata ‘hamba’ dalam teks hikayat yang dikaji majoritinya diketengahkan dalam bentuk afiks diper- manakala bentuk afiks diper-...lah pula adalah yang paling kurang digunakan.
References
Ab. Razak Ab. Karim. (1997). Manuskrip surat Sultan Iskandar Muda dari Aceh kepada Raja Inggeris James I, England, AH 1024 (AD 1615) – Aspek penggunaan kata-kata pujian. Pengajian Bahasa Melayu. Kuala Lumpur, Malaysia: Akademi Pengajian Melayu.
Abdul Halim Ali. (2011). Konsep Keindahan dalam Kesusasteraan Melayu Tradisional Abdul. Jurnal Pendeta, (2), 100-117.
Amir Hatin Asmali Jauhari & Nasrun Alias. (2018). 151Struktur Pasif Dalam Hikayat Hang Tuah:Kajian Berdasarkan Teori Ubah Alfa. JURNAL WACANA SARJANAVol. 2(4), 1- 15.
Andries Teeuw. (1995). Sastera dan Ilmu Sastera: Pengantar Teori Sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Anis Shahirah Sabarudin & Kartini Abd. Wahab. (2023). Analisis Kata Ganti Nama Diri Dalam Hikayat Sultan Ibrahim Ibn Adham. Jurnal Wacana Sarjana, 7(2), 1-10.
Azan Nor Abdullah & Musirin Mosin. (2017). Geo-linguistik Bahasa Melayu dan Mikro-Sistem Pembentukan Kata Kerja Berimbuhan Awalan BeR-, Apitan BeR-...-aN dan BeR-...-kaN.
Azhar Wahid & Abdul Ghani Abu. (2015). Membina Kritikan Sastera Melayu Dalam Jalur Pascamodenisme. Jurnal Antarabangsa Persuratan Melayu (RUMPUN). 3, 34-46.
Cheah Poh Ying. (2020). Analisis Ketepatan Makna dan Prosedur Terjemahan kata Nama Khas Bahasa China-Bahasa Melayu Dalam Hikayat Jelajah Ke Barat. Tesis Ijazah Sarjana. Universiti Sains Malaysia.
Collins, J. T. (2003). Mukadimah ilmu etimologi. Dewan Bahasa dan Pustaka. Collins Dictionary. (n.d.). Collins Spanish Dictionary.
Faridah Nazir. (2022). Perbandingan Aspek Morfologi Dalam Hikayat Melayu Klasik Dan Novel Melayu Moden. Jurnal Penyelidikan Teknokrat II, 23, 1-17.
Hashim Awang. (1984). Kesusasteraan Melayu dalam kritikan dan sejarah. Petaling Jaya: Fajar Bakti.
Hassan Ahmad. (2004). Bahasa Melayu dan Minda Melayu. Jurnal Melayu, (1),19-51.
Hazrul Mazran Rusli & Abdul Aziz Zali @ Zalay. (2020). Adaptasi Kesusasteraan Rakyat (Cerita Si Luncai) Dalam Karya Seni Cetakan. Idealogy Journal, 5(1), 43-56.
Hikayat Aceh. ‘Hamba’. Malay Concordance Project. (dicapai pada 27 Mac 2023).
Hikayat Merong Mahawangsa. ‘Hamba’. Malay Concordance Project. (dicapai pada 27 Mac 2023).
Hikayat Patani. ‘Hamba’. Malay Concordance Project. (dicapai pada 27 Mac 2023).
Hikayat Sang Boma. ‘Hamba’. Malay Concordance Project. (dicapai pada 27 Mac 2023).
Hikayat Seri Rama. ‘Hamba’. Malay Concordance Project. (dicapai pada 27 Mac 2023).
Hikayat Tanah Hitu. ‘Hamba’. Malay Concordance Project. (dicapai pada 27 Mac 2023).
Hopper. P. J & Thompson. S. A. “(1980). Transitivity in Grammar and Discourse” dlm. Language. 56 (2), 251-99.
Ismail Hussein, (1998). Kesusasteraan Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jurnal Ilmi, 7,19 – 34.
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
Kamus Dewan Edisi Ketiga. (2003). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Liaw Yock Fang. (1982). Sejarah Kesusasteraan Klassik, rev. ed., Singapura: Pustaka Nasional.
M.K Danziger & W.S Jahnson 1983. Pengenalan Kritikan Sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mana Sikana. (2009). Estetika Di Sebalik Tabir Teori Sastera Melayu Islam. Jurnal Melayu, 4, 11-28.
Md Zahril Nizam, Darwalis Sazan, Noriah Mohamed & Mohd Najib. (2020). Analisis Stilistik dalam Teks Melayu Hikayat Abdullah. Jurnal Melayu, 19(1), 54-74.
Monique Zaini-Lajoubert. (2010). Sastera Melayu Moden yang Berilhamkan Karya Sastera Melayu Lama. Jurnal Terjemah Alam & Tamadun Melayu 1:2 (2010) 113 – 143.
Noriah Taslim. (2015). Hikayat Nakhoda Muda: Biografi Melayu Abad ke-18 Hikayat Nakhoda Muda. International Journal of the Malay World and Civilisation (Iman) 3(3), 2015: 59 - 68.
Oo Jiu Bell dan Goh Sang Seong. (2020). Analisis Makna Konteks Nilai Moral Konfusianisme
Proudfoot, Ian. 2000. Malay Concordance Project, Australian: Australian National University.
Ren dan Yi dalam terjemahan Hikayat Tiga Negara. Jurnal Bahasa, 20(2), 317‒346.
Rohaya Md Ali. 2017. Sastera Rakyat dalam Media Digital Sumber Ekonomi Kreatif Negara. International Seminar on Islam, Culture and Heritage: Socio-Political and Economic Issues, “Sustainability of Knowledge”, 30 – 31 October 2017, UUMAt: School of Languages, Civilisation and Philosophy (SLCP) College of Arts and Sciences (CAS) Universiti Utara Malaysia.
Syed Zainal Ariff Syed Jamaluddin & Annapurani Ponnambalam Dass. (2017). Evolusi Morfofonemik Bahasa Melayu Dari Abad Ke-16 Hingga Abad Ke-20.
Syed Zainal Ariff Syed Jamaluddin & Noor Azaliza Yahya. (2013). “Perbandingan Darjah Transitiviti Awalan Ber- dan Per- dalam Bahasa Melayu” dalam. Jurnal Bahasa, 13 (1), 64-103.
Syed Zainal Ariff Syed Jamaluddin. (2005). The Evolution of Malay Affixes. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.
Copyright (c) 2023 RUMPUN JURNAL PERSURATAN MELAYU

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.