Penggunaan Bahan Komponen Sastera Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
The Use of literature Components In Teaching and Learning of Malay Language
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti keperluan penggunaan bahan komponen sastera (KOMSAS) dalam pembelajaran Bahasa Melayu Tingkatan Empat. Tumpuan kajian kepada persepsi murid-murid terhadap penggunaan bahan KOMSAS, strategi yang digunakan oleh guru dalam pengajaran KOMSAS dan masalah yang timbul semasa pembelajaran KOMSAS. Seramai 120 murid Tingkatan 4 dari Sekolah Menengah Tinggi Chung Hua, Seremban telah dipilih sebagai sampel kajian. Data kajian ini diperoleh secara kuantitatif iaitu dengan menggunakan set soal selidik skala likert 5 aras. Data dianalisis menggunakan perisian “SPSS” statistik Versi 17.0 bagi menganalisis penanda tahap bagi min dan sisihan piawai sama ada mencapai tahap tinggi, sederhana atau rendah. Di samping itu juga, data ditunjukkan menggunakan frekuensi dan peratusan mengikut item-item tertentu. Hasil kajian menunjukkan bahawa murid yang berusia lingkungan 16 dan 17 tahun dalam Tingkatan 4 didapati kurang atau tidak berminat dalam mempelajari bahan KOMSAS kerana faktor-faktor tertentu. Pola minat murid terhadap KOMSAS menunjukkan bahawa murid hanya meminati genre tertentu sahaja dalam teks KOMSAS seperti cerpen. Namun, murid masih inginkan bahan KOMSAS dimasukkan dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu kerana terdapat pelbagai nilai dan pengajaran yang boleh dipelajari oleh mereka. Kajian mendapati guru kurang peka terhadap keperluan memilih strategi dan aktiviti yang sesuai sehingga mengehadkan penglibatan murid di dalam kelas walaupun bahan bantu mengajar (BBM) berkonsepkan bestari digunakan sepenuhnya oleh guru.
References
A. Halim Ali (2019) Pengetahuan Asas Penyelidikan Dalam Kesusasteraan Melayu. Klang: MZ Edu Publications
A. Halim Ali (2020) Pendidikan Kesusasteraan Melayu di Malaysia: Sejarah-Perkembangan-Kebolehpasaran. Shah Alam: NHA Excell Resources.
Chew Fong Peng (2009). “Pendidikan sastera perpaduan menerusi KOMSAS Tingkatan 4: Pelaksanaan dan kesannya.” Jurnal Pendidikan Malaysia 34 (2): 15-31. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Durrishah Idrus. (2004). Kajian kesedaran staff UTM terhadap keselamatatan dan kesihatan di tempat kerja. Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia.
Henry Guntur Tarigan. (1993). Prinsip-prinsip dasar sastera. Indonesia: Angkasa Bandung.
Lee Kim Hong (2006). “Pengajaran dan pembelajaran sastera dalam sukatan pelajaran Pengajian Cina KDPM.” Jurnal Pendidikan. Seremban: Maktab Perguruan Raja Melewar.
Mohd Rasdi Saamah. (2005). “Pelaksanaan KOMSAS dalam pelajaran Bahasa Melayu di sekolah menengah: Satu tinjauan.” Jurnal Pendidikan. Jabatan Pengajian Melayu, Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan.
Nik Hassan Basri Nik Abdul Kadir. (2007). “Kewajaran pengajaran KOMSAS dalam Bahasa Melayu.” Jurnal Peradaban Melayu, Jilid 5.
Noraini Idris. (2010). Penyelidikan dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill Malaysia Sdn. Bhd.
N.S. Rajendran. (2000). “Kesusasteraan sebagai wahana mengajar kemahiran berfikir aras tinggi.” Jurnal Pendidikan. Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Othman Puteh. (1998). Tanggapan terhadap kesusasteraan remaja. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sarkauvi Maseri. (2005). “Kajian mengenai kesatuan idea dalam dialog pengajaran dan pembelajaran bidang estetik dalam mata pelajaran Bahasa Melayu tingkatan empat di beberapa buah sekolah di Sabah. Tesis Ijazah Doktor Falsafah. Universiti Sains Malaysia.
Seman Salleh. (2007). ”Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu: Kajian kes di sebuah sekolah rendah di daerah Jerantut, Pahang Darul Makmur.” Jurnal IPBA, Jilid 3: Bilangan 2. Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Sidek Mohd Noah. (2002). Reka bentuk penyelidikan: Falsafah, teori dan praktis. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Simah Mamat. (2008). “Keberkesanan strategi metakognisi dalam pemahaman membaca teks KOMSAS genre Prosa Tradisional.” Jurnal Pendidikan. Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.
Varga, K. edited: Nyiro, L. (1979). The sociological approach to literature. Hungary: Akademiai Kiado.
Zamri Mahamod dan Nur Aisyah Mohamad Noor. (2011). “Persepsi guru tentang penggunaan aplikasi multimedia dalam pengajaran komponen sastera bahasa Melayu.” Gema Online Journal of Language Studies 163, Volume 11(3). Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Zulkifley Hamid (2005). Penilaian dan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Copyright (c) 2023 RUMPUN JURNAL PERSURATAN MELAYU

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.