Pengajaran Moral Melalui Perjanjian Antara Pemerintah dan Diperintah: Estetika Sejarah dan Visi Tun Seri Lanang

Teaching Morality Through the Covenant Between Rulers and the Ruled: Historical Aesthetics and the Vision of Tun Seri Lanang

  • Nagesvari Paramsivan Universiti Sains Malaysia
Keywords: Tradisional, Sejarah, Kepengarangan, Estetika

Abstract

Pengarang tradisional adalah sebahagian daripada anggota masyarakat yang menyumbang untuk menghasilkan karya sastera tradisional yang berkualiti, sesungguhnya karya mereka mempunyai nilai tersendiri sebelum munculnya sistem percetakan moden. Pengarang tradisional memainkan peranan penting dengan menjadi pendidik atau guru kepada pembaca dari kalangan rakyat jelata. Objektif penulisan makalah ini adalah untuk membentangkan peranan Tun Seri Lanang sebagai seorang guru yang mengajar pelbagai aspek moral, sejarah, ekonomi, sains politik, budaya dan adat istiadat. Di samping itu, unsur-unsur estetika yang menghiburkan pembaca melalui imaginasi dan gaya bahasa yang indah telah dipersembahkan dengan berkesan. Permasalahan kajian ialah sejauh mana pengajaran beliau dalam teks ini masih relevan kepada masyarakat madani Malaysia secara khusus dan amnya di peringkat global. Kajian menggunakan pendekatan penyelidikan kualitatif deskriptif. Kaedah pengumpulan data termasuk menggunakan sumber maklumat perpustakaan. Kaedah analisis yang digunakan dalam kajian ini adalah dengan mengaplikasikan teori kepengarangan yang dibawa oleh Muhamad Haji Salleh sebagai kedah analisis deskriptif  karya Sulalatus Salatin.  Dapatan analisis teks kajian menunjukkan bahawa setiap aspek sejarah dan sastera yang terkandung dalam teks ini masih relevan kepada generasi muda untuk diikuti, dipelajari dan dijadikan karya yang wajib dibaca oleh setiap rakyat Malaysia. Visi Tun Seri Lanang untuk menulis sebuah karya sebagai satu rujukan dan peringatan kepada generasi akan datang telah dicapai dalam karya ini.  Karya ini mewujudkan satu rasa kemegahan betapa hebatnya kerajaan Melayu Melaka sebelum kedatangan pihak penjajah dan juga mempelajari nilai-nilai kemanusiaan yang menjadi tunjang kehidupan manusia sepanjang zaman.

References

A. Samad Ahmad (Ed.). (2000). Sulalatus Salatin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ali, A. H. (2011). Sajak "Pulang Si Tenggang" Dalam Perspektif Historisisme Baru: The Poem Of "Si Tenggang Homecoming" From The New Historicism’s Perspective. Jurnal Pengajian Melayu (Jomas), 22(1), 1–17. Retrieved From https://Jati. um. edu.my / Index. php/Jpm/Article/View/9647

Ali Ahmad. (1987). Karya-karya Sastera Bercorak Sejarah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ding Choo Ming. (1996, Jun). ‘Proses Individu dan Alat Cetak dengan Imej Pengarang Melayu Tradisional dan Moden.’ Dewan Sastera, 26-41.

Howard, J. (2017). Form and history in American literary naturalism. UNC Press Books

Mana Sikana. (2007). Teras Sastera Melayu Tradisional. Selangor: Pustaka Karya.

Muhammad Haji Salleh. (2000). Puitika Sastera Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nassaji, H. (2015). ‘Qualitative and descriptive research: Data type versus data analysis.’ Language Teaching Research, 19(2), 129-132. Qualitative and descriptive research: Data type versus data analysis (sagepub.com).

Noriah Taslim. (1993). Teori dan Kritikan Sastera Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noriah Taslim. (1995, April). ‘Suara-Suara Ingkar: Rakyat sebagai Individu dalam Karya-karya Melayu Klasik.’ Dewan Sastera, 13.

Siti Hawa Haji Salleh. (1998, September). Sejarah Melayu: Bukti Keutuhan Kepengarangan Tun Seri Lanang. Dewan Sastera, 15-27.

S. Othman Kelantan. (1995, Februari). ‘Pengarang dan Kewartawanan Melayu.’ Dewan Sastera, 52-53.

Published
2024-12-20
How to Cite
Paramsivan, N. (2024). Pengajaran Moral Melalui Perjanjian Antara Pemerintah dan Diperintah: Estetika Sejarah dan Visi Tun Seri Lanang. RUMPUN JURNAL PERSURATAN MELAYU, 12(2), 1 - 14. Retrieved from http://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/189