Interaksi Kerajaan Melaka dengan Kuasa Eropah dalam Naskhah Sulalat u’s Salatin
Interaction Between the Malacca Sultanate and European Powers in The Manuscript Sulalat u’s Salatin
Abstract
Kemajuan dalam bentuk lahiriah mahupun rohaniah bukanlah satu-satunya faktor yang berperanan dalam menumbuhkan sesebuah tamadun di dunia. Di samping keunggulan sedia ada yang dimiliki oleh sesebuah tamadun, pencapaian membanggakan yang diraih oleh sesebuah tamadun berkenaan turut dipengaruhi juga oleh proses interaksi di antara tamadun untuk memenuhi keperluan manusia dalam tamadun berbeza yang saling berinteraksi di antara satu sama lain. Mustahaknya proses interaksi dalam menjamin perkembangan, kemajuan dan kelangsungan sesebuah tamadun telah menyaksikan peradaban Melayu di Gugusan Kepulauan Melayu tidak ketinggalan dari menjalinkan interaksi tersendiri baik dalam bentuk setempat mahupun juga sejagat. Interaksi dengan tamadun luar yang dirintis semenjak zaman kerajaan protosejarah Alam Melayu lagi diteruskan kesinambungannya oleh kerajaan pesisir terkemudian seperti kerajaan Melaka. Setelah diasaskan oleh Parameswara, kerajaan Melaka diketahui telah menjalinkan interaksi dengan tamadun lain seperti China, Ryukyu, Arab dan India. Dari semasa ke semasa, sayap interaksi kerajaan Melaka dikesan semakin melebar apabila turut berinteraksi dengan kuasa Eropah khususnya Portugis yang pertama kali tiba di Gugusan Kepulauan Melayu berikutan misi penjelajahan dan penjajahan pada abad ke-15 Masihi. Justeru, kajian berbentuk kualitatif ini ingin mengenal pasti dan menganalisis bentuk interaksi kerajaan Melaka dengan Portugis berdasarkan naskhah Sulalat u’s Salatin. Data yang diperolehi dari naskhah tersebut akan dianalisis dengan menggunakan Teori Bentuk dan Lingkungan Sosial Interaksi Antara Tamadun yang dipelopori oleh Kuzyk & Yakovets pada tahun 2006. Implementasi teori berkenaan dalam kajian ini menemukan wujudnya interaksi dalam bentuk kerjasama ekonomi dan konflik ketenteraan di antara kerajaan Melaka dengan Portugis.
References
Abdul Rahman Haji Ismail. (1998). Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society.
Abdullah Zakaria Ghazali. (2018). Kesultanan Melaka 1262-1528: Menimba Maklumat daripada Sumber Melayu-Sulalatus Salatin-Sejarah Melayu. Dlm. Mohd Samsudin, Zulkanain Abdul Rahman & Aziz Ujang (Ed.), Kegemilangan Maritim Kesultanan Melayu Melaka, (pp. 32-53). Bangi: Penerbit Univerisiti Kebangsaan Malaysia.
Abu Hanifah Haris & Mohammad Redzuan Othman. (2014). Mesir dan Hubungan Awal dengan Masyarakat Melayu. UNISEL Journal of Social Sciences and Humanities, 1(1), 57-72.
Ahmat Adam. (2021). Tawarikh Melayu dan Melaka. Petaling Jaya: SIRD.
Azizan Baharudin. (1986). Pengenalan Tamadun Islam di Andalus. Selangor: Hizbi Sdn. Bhd.
B. N. Kuzyk & Yu. V. Yakovets. (2006). Civilization Theory, History, Dialogue and the Future. Moscow: Institue fnoor Economic and Strategies.
Badrul Hisham Ithin. (2004). Potensi dan Halangan Dalam Dialog Peradaban: Suatu Kajian Tentang Hubungan Sesama Islam dengan Barat. (Tesis Sarjana) Universiti Malaya, Malaysia.
Ding Choo Ming. (2012). Penafsiran Kuasa Raja Dalam Beberapa Teks Sastera Melayu Lama. Jumantara, 3(2): 55-74.
Hill, G. (1955). Johor Lama and Other Ancient Sites on the Johor River. JMBRS, 28: 127-197.
Liang Liji. (1996). Hubungan Empayar Melaka-Dinasti Ming Abad Ke-15. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Liaw Yock Fang. (1978). Sejarah Kesusasteraan Melayu Klasik. Singapura: Pustaka Nasional Singapura.
Mashitah Sulaiman & Adibah Sulaiman@Mohamad. (2011). Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Bandar Baru Nilai: Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia.
Mohd Jamil Mukmin. (2018). Sultan Mansur Syah 1378-1449. Dlm. Abdullah Zakaria Ghazali, Abdul Rahman Haji Ismail & Zulkanain Abdul Rahman (Ed.). Kesultanan Melayu Melaka 1262-1528 Penelitian Semula (pp. 119-136). Batu Berendam: Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP).
Mohd Zul Fahmi & Norsaleha Mohd Salleh. (2020). Hubungan Geopolitik dan Perdagangan Alam Melayu dengan Dunia Arab. International Journal of Interdisciplinary & Strategic Studies, 1(1), 44-56.
Muhd. Yusuf Ibrahim. (1996). Kemerosotan Melaka. Dlm Zainal Abidin Abdul Wahid, Nik Hassan Suhaimi, Muhd Yusof Ibrahim, Mohd. Amin Hassan & Khoo Kay Kim (Ed.), Malaysia Warisan dan Perkembangan (pp. 74-85). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nasha Rodziadi Khaw, Nazarudin Zainun, Tarmiji Maron & Zulkifli Jaafar. (2016). Kesan Kebangkitan Dinasti Sung-Yuan Terhadap Perkembangan Kedah Tua: Satu Analisis Sosioekonomi. Dlm. Nazarudin Zainon & Nasha Rodziadi Khaw (Peny.), Hubungan Politik dan Sosiobudaya China-Dunia Melayu Hingga Kurun Ke-15 Masihi (pp. 122-129). Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Nazarudin Zainun & Nasha Rodziadi Khaw. (2009). Hubungan Chih’Tu dengan Dinasti Sui 607-610M: Suatu Analisis Sosioekonomi. Malaysia Dari Segi Sejarah, 37, 8-17.
Nazarudin Zainun, Nasha Rodziadi Khaw, Tarmiji Masron & Zulkifli Jaafar. (2009). Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu Beijing: Hubungan Ufti Tan-Tan dan P’an-P’an Dengan China Pada Zaman Dinasti Sui dan T’ang: Satu Analisis Sosioekonomi. Kuala Lumpur, Universiti Malaya.
Noriah Taslim. (2006). Dunia Sahibul Hikayat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nurdiyawati Abidin & Adnan Jusoh. (2021). Kesan Pemerintahan Kolonial Terhadap Kegiatan Ekonomi Masyarakat Melayu Di Melaka Hingga Era Kemerdekaan. Asian Journal of Environment, History and Heritage, 5(2): 29-46.
Pintado, M.J. (2012). Portuguese Documents on Malacca from 1509 to 1511. Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia.
Pires, T. (1944). The Suma Oriental. London: The Hakluyt Society.
Raja Mohd. Affandi. (1982). Tokoh-Tokoh Melayu yang Agung Dalam Sejarah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ramlah Adam. Hubungan Luar Kesultanan Melayu Melaka Dengan Kawasan Sekitar Dan Antarabangsa. Kertas Kerja yang dibentangkan di Seminar Institusi Raja (Siraj IV) Hubungan Luar Kesultanan Melayu, Kuala Lumpur. September 2016.
Rosliha Muhammad. (2000). Kesan Kolonialisme Ke Atas Peradaban Melayu:Rujukan Khas Kepada Kuasa Penjajah. (Tesis Sarjana) Universiti Malaya, Malaysia.
Salmah Jan Noor Muhammad. (2020). Pencapaian Hubungan Diplomatik Kerajaan Melayu Berdasarkan Kajian Manuskrip Melayu. International Journal of Interdisciplinary & Strategic Studies, 1(1): 30-43.
Salmah Jan Nor Mohamad. (2012). Ilmu Diplomatik Melayu Dalam Kesusasteraan Melayu Tradisional. (Tesis Doktor Falsafah) Universiti Putra Malaysia, Malaysia.
Salmah Omar. Faktor Andalus Sebagai Pusat Pertemuan di Antara Tamadun Islam dan Tamadun Barat. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar Serantau Islam Kontemporer Indonesia-Malaysia, Sintok, Disember 2015.
Shahrun Nizal Mohd Nor. (2021). Catatan Hubungan Diplomatik Melaka-China Dalam Sulalatus Salatin Dlm. Shahrun Nizal Mohd Nor (Ed.), Fikrah Sastera (pp. 76-85). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Siti Radzia Ramlee & Ishak Saat. (2023). Impak Kedatangan Kuasa Kolonial Barat terhadap Geopolitik Malaysia dari Abad ke-15 hingga Abad ke-20. Jurnal Perspektif, 15, 93-105.
Sri Rahayu Ismail. (1999). Interaksi China-Jepun: Pembentukan Identiti Peradaban Jepun. (Tesis Ijazah Sarjana Pengajian Peradaban) Universiti Malaya, Malaysia.
Tan Hock Chuan & Ku Boon Dar. (2021). Parameswara: Pengasas Hubungan Trubutari Melaka-China 1400-1414. Dlm. Ishak Saat & Ahmad Zainuddin Husin (Ed.), Institusi Raja: Pelbagai Kisah Kesultanan di Alam Melayu, (pp. 57-77). Batu Pahat: Penerbit Universiti Tun Hussien Onn.
Tatiana A. Denisova. (2011). Refleksi Historiografi Alam Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Teuku Iskandar. (1995). Kesusasteraan Klasik Melayu Sepanjang Abad. Brunei: Universiti Brunei Darussalam.
Zainal Abidin bin Abdul Wahid. (1990). Kerajaan Melaka Dalam Hubungan Antarabangsa. JEBAT, 18: 71-87.
Zulkarnain Abdul Rahman, Mohamad Khairul Anwar Mod Rosli & Aziz Ujang. (2018). Hubungan Bilateral Melaka-Makassar dari Abad ke-13 hingga Abad ke-17 Dlm. Mohd Samsudin, Zulkanain Abdul Rahman & Aziz Ujang (Ed.), Kegemilangan Maritim Kesultanan Melayu Melaka (pp.183-202). Bangi: Penerbit Univeristi Kebangsaan Malaysia.
Copyright (c) 2024 RUMPUN JURNAL PERSURATAN MELAYU

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.