Kesalahan Tanda Baca Pelajar Bukan Penutur Jati dalam Penulisan Karangan Bahasa Melayu

Punctuation Errors of Non-Native Speakers in Malay Language Essay Writing

  • Muhd Harith Izzuddin Mohamed Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia
  • Sharil Nizam Sha’ri Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia
Keywords: Kesalahan tanda baca, bahasa Melayu, penutur bukan jati, penulisan karangan, teori analisis kesalahan

Abstract

Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua sering kali dituturkan oleh seseorang yang bukan penutur jati bahasa Melayu. Bahasa Melayu ini dijadikan sebagai bahasa kebangsaan dan rasmi di Malaysia. Namun demikian, masyarakat bukan penutur jati di Malaysia masih lagi tidak menguasai bahasa Melayu dengan baik sama ada dalam aspek komunikasi mahupun mengarang sesebuah penulisan karangan dalam bahasa Melayu. Penggunaan tanda baca sering kali dilupakan oleh masyarakat sama ada penutur jati mahupun penutur bukan jati semasa mengarang sesebuah penulisan. Justeru, penggunaan tanda baca yang betul dan tepat perlu dititikberatkan kerana merupakan aspek penting dalam menghasilkan sesebuah penulisan bahasa Melayu. Kajian yang dilakukan ini adalah menggunakan pendekatan kualitatif untuk mengenal pasti jenis kesalahan tanda baca yang dilakukan oleh pelajar bukan penutur jati dalam penulisan karangan bahasa Melayu. Seramai 11 orang pelajar bukan penutur jati bagi Program Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu dari Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia ini dijadikan sebagai sampel kajian. Data diperoleh melalui kaedah kepustakaan, kaedah analisis teks karangan, dan temu bual tidak berstruktur, serta dianalisis berdasarkan Teori Analisis Kesalahan Corder (1973) dan pendekatan Gaya Dewan Edisi Keempat (2024). Hasil kajian mendapati sampel bukan penutur jati tersebut melakukan pelbagai jenis kesalahan tanda baca seperti tanda koma, tanda petik, dan tanda sempang. Faktor utama yang menyumbang kepada kesalahan tersebut adalah pengaruh bahasa ibunda dan media sosial. Oleh itu, dapatan kajian ini diharapkan dapat membantu pelajar bukan penutur jati untuk menguasai penggunaan tanda baca yang betul dan tepat semasa menghasilkan sesebuah penulisan bahasa Melayu.

References

Alhaadi Ismail & Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2018). Analisis Kesalahan dalam Penulisan Pelajar Bahasa Kedua dari Aspek Morfologi: Error Analysis in Second Student Writing from Morphological Aspects. Jurnal Linguistik, 22(1), 24-31.

Aman Shah Syed Ali, Zamri Mahamod & Mohammed Azlan Mis. (2021). Masalah Murid Etnik Bajau dalam Pembelajaran Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kedua. Majmuah Enterprise. 4(3), 26-36.

Amirra Shazreena Aminul Razin & Vijayaletchumy Subramaniam. (2019). Kesalahan Penggunaan Imbuhan Awalan dan Akhiran dalam kalangan Murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Berdasarkan Teori Analisis Corder (1973): Prefix and Suffix Error among Tamil National Type School Pupils According the Theory of Error Analysis by Corder (1973). International Journal of Malay World and Civilisation, 7(1), 3-13.

Ana Mariana Purnamasari, Ina Magdalena & Asih Rosnaningsih. (2019). Analisis Penggunaan Huruf Kapital dan Tanda Baca pada Paragraf Deskriptif Siswa Kelas 4 SDN Binong II Kabupaten Tangerang. Indonesian Journal of Elementary Education (IJOEE), 1(1).

Anne Jeffrey Kihob & Saidatul Nornis Mahali Mahali. (2020). Penggunaan Tanda Baca Koma dan Noktah dalam Karangan Murid Sekolah Menengah di Daerah Tuaran, Sabah. Deleted Journal, 2(2), 1–17.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2024). Gaya Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dewi Mei Mulyani & Hamdah Siti Hamsanah Fitriani. (2018). Analisis kesalahan penggunaan huruf kapital dan tanda baca pada karangan sederhana siswa kelas III SDN II Kelapa Dua Kabupaten Tangerang. Jurnal Pendidikan Program Studi Bahasa dan Sastra Indonesia. 7(1), 13-24

Elmy Maswandi, Wafiqah Asnola, & Zulfadzlee Zulkiflee. (2022). Analisis Kesalahan Bahasa dalam Karangan Bahasa Melayu Pelajar Menengah Bawah di Negara Brunei Darussalam. Melayu/Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, 15(2), 261–282.

Eva Natasha Sadali. (2021). Akta Pendidikan Peruntukkan Bahasa Melayu Bahasa Pengantar Utama. Harakahdaily.

Farizah Hashim, Adenan Ayob & Mohd Rosli Saludin. (2018). Pengaruh Media Sosial Terhadap Kesalahan Tatabahasa dalam Penulisan Karangan Bahasa Melayu Murid Tahun Lima. International Journal of Law, Government and Communication, 3(7), 53-76.

Hasanah Adon & Rozita Che Rodi. (2021). Penguasaan Morfologi Pelajar Cina dalam Pembelajaran Bahasa Melayu Tahap 2 di Daerah Asajaya. Jurnal Peradaban Melayu, 16(2), 45–53.

Jabatan Penerangan Malaysia (2017). Bahasa Rasmi. MyGovernment.

Nurul Ain Alizuddin & Nik Nur Athirah Nik Mohd Arif. (2021). Analisis Kesalahan Bahasa dalam Penulisan Bahasa Melayu Pelajar Antarabangsa. International Social Science and Humanities Journal, 4(1), 113-127.

Osman Zaini. (2023). Fungsi Bahasa Melayu Masa Kini. WadahDBP.

Siti Noridayu Abd. Nasir, Hazlina Abdul Halim, Rohaidah Kamaruddin & Ahmad Shuib Yahaya. (2023). Sebutan Kosa Kata Bahasa Pertama Kanak-Kanak Speech Delay Melalui Analisis Linguistik Klinikal: First Language Vocabulary Pronunciation of Speech Delay Children through Clinical Linguistics Analysis. International Journal of Language Education and Applied Linguistics, 13(2), 83-93.

Siti Nur Aisah, Sukardi & Aldora Pratama. (2023). Analisis Kesalahan Penulisan Huruf Kapital dan Tanda Baca pada Karangan Sederhana Kelas III SD . Didaktik : Jurnal Ilmiah PGSD STKIP Subang, 9(3), 293 - 300.

Siti Rahayu. (2021). Kesilapan Morfologi dalam Karangan Bahasa Melayu Murid Tahun Enam.

Sivaneswary Sivaratanam. (2019). Penguasaan Golongan Kata dalam Kalangan Murid SJKT. Rumpun Jurnal Persuratan Melayu, 7(1), 1-24.

Vijayaletchumy Subramaniam, Zuraini Jusoh, Chew Fong Peng & Siva Perumal. (2024). Penulisan Sorotan Kajian dengan Kaedah Matriks. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Zamri Mahamod. (2007). Psikolinguistik dalam Pengajaran dan Pemerolehan Bahasa Pertama dan Kedua. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.

Published
2025-12-06
How to Cite
Izzuddin Mohamed, M. H., & Sha’ri, S. N. (2025). Kesalahan Tanda Baca Pelajar Bukan Penutur Jati dalam Penulisan Karangan Bahasa Melayu. RUMPUN JURNAL PERSURATAN MELAYU, 13(2), 68 - 79. Retrieved from http://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/205