Eksposasi Watak dan Perwatakan Binatang Dalam Tinimungan Tangon Kadazandusun
Character and Characteristisation Exploration of Animals in Tinimungan Tangon Kadazandusun
Abstract
Watak dan perwatakan binatang merupakan salah satu dari unsur kritikan masyarakat yang dinamakan unsur satira. Oleh itu, kajian ini dihasilkan bertujuan untuk membuat penelitian mengenai watak dan perwatakan binatang dalam himpunan cerita rakyat Kadazandusun iaitu cerita Ulat Pisang dan Kera, Katak dan Tikus, Buaya Menjadi Manusia dan Rama-Rama. Selain itu, kajian ini juga akan menghuraikan berkenaan realiti dan fantasi dalam cerita binatang. Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti watak dan perwatakan; menganalisis realiti dalam cerita binatang dengan menggunakan teori semiotik Piece (1965). Dalam kajian ini, pendekatan yang digunakan ialah pendekatan kualitatif iaitu kaedah kepustakaan dan analisis teks. Instrumen kajian ialah senarai semak pemerhatian berdasarkan Teori Semiotik Piece. Teks-teks karya yang digunakan sebagai data kajian ialah Ulat Pisang dan Kera, Katak dan Tikus, Buaya Menjadi Manusia dan Rama-Rama. Dapatan kajian tentang aspek watak dan perwatakan menunjukkan binatang sebagai ‘Makhluk Konseptual’ adalah binatang (dalam) fikiran yang digunakan dalam tanda suatu bahasa atau simbol dalam suatu sistem atau kod. Binatang dalam makna ini dijadikan sebagai bahasa kiasan, misalnya metafora, simile atau alegori (Sony Sukmawan, 2016). Bagi dapatan objektif kedua, pengkaji mendapati cerita-cerita ini akan dapat membantu masyarakat khasnya kanak-kanak untuk menyuburkan daya imaginasi, memahami dunia baru atau misteri dan membina impian masa depan. Implikasi kajian ialah kanak-kanak dapat mengenali watak dan perwatakan binatang secara realiti dan fantasi serta dapat menghayati nilai moral yang diterapkan oleh pengarang dalam cerita-cerita berkenaan.
References
A. Halim Ali. (2019). Pengetahuan Asas Penyelidikan dalam Kesusasteraan Melayu. Klang: MZ Edu Publications.
A. Halim Ali. (2006). Ikhtisar Teori dan Kritikan Sastera Barat dan Malaysia. Tanjong Malim: Penerbit Profesional Baharu.
A.Halim Ali (2018) Inti Sari Teori Barat dan Malaysia. Shah Alam: Penerbit NHA Excell Resources.
Ali Ahmad. (1976). Realiti, Imaginasi dan Kreativiti di dalam Konteks Hasil Kesusasteraan Malaysia. Dewan Sastera, Jil 8(8): 7-18 & 49.
A. Rahim Abdullah. (2007). Fantasi Dan Realiti Dalam Pembinaan Makna Sastera.
Hamzah Hamadani dan Zeti Aktar Jaafar (ed). (2007). Shahnon Ahmad dalam Esei dan Kritikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hizairi Othman. (1999). Penulis Kreatif Generasi Baru: Antara Tuntutan dan Cabaran dalam Monograf Bil. II Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu. Serdang: Penerbit Universiti Putera Malaysia.
Jabrohim (2003). Metodologi Penelitian Sastera. Yogyakarta: PT Hanindita Graha Widya.
Jamail Masador, Abdul Halim Ali, & Azhar Wahid. (2021). Nilai Kepahlawanan Dalam Tangon Terpilih Suku Kimaragang Di Sabah: Heroism Values in Selected Tangon of the Kimaragang Community in Sabah. MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu Dan Bahasa (PPIB), 32(1). https://doi.org/10.51200/manu.v32i1.2954
Lotman, J. M. (1990). Universe of the Mind: A Semiotic Theory of Culture. I. B. Tauris.
Mana Sikana. (2005). Teori Sastera Kontemporari. Bangi: Penerbit Pustaka Karya.
Md. Sidin Ahmad Ishak. (2005). Perkembangan Sastera Kanak-kanak di Malaysia. Shah Alam: Cerdik Publication Sdn. Bhd.
Mohd. Kasim Ismail. (2001). Dunia imaginasi dalam sastera Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Minah Sintian dan Rosliah Kiting (2017). Tinimungan Tangon Kadazandusun (Himpunan Cerita Kadazandusun). Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Nor Hashimah Jalaluddin. (2020). Analisis Kualitatif Teks Dan Makna Dalam Kajian Sastera. Jurnal Bahasa, 20(2), 215–233.
Peirce, C. S. (1965). Collected papers of Charles Sanders Peirce (Vols. 1–8). Harvard University Press.
Rosliah Kiting dan Minah Sintian. (2019). Cerita Rakyat Kadazandusun Sebagai Wahana Pendidikan Nilai Dan Budaya. Jurnal Melayu, 18(2), 245–260.
Rosliah Kiting. (2020). Warisan Sastera Lisan Kadazandusun Dan Kelestarian Identiti Budaya. Jurnal Pengajian Melayu, 31(1), 87–104.
Saidatul Nornis Hj. Mahali. (2018). Sastera Rakyat Sabah: Tradisi, Fungsi Dan Makna. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Saidatul Nornis Hj. Mahali. (2021). Naratif Binatang Dalam Sastera Lisan Sabah: Analisis Simbol Dan Makna Budaya. Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu, 9(2), 55–68.
Saussure, F. de. (1983). Course in General Linguistics (R. Harris, Trans.). Duck worth. (Original work published 1916)
Siti Zarina Md Israry. (2001). Merengkuh Langit: Analisis Unsur Realiti dan Imaginasi, Latihan Ilmiah: UPM
Sukmawan, S. (2016). Binatang Sebagai Makhluk Konseptual Dalam Karya Sastera. Jurnal Poetika, 4(1), 1–12.
Teeuw, A. (1988). Sastera Dan Ilmu Sastera. Indonesia: Pustaka Jaya.
Umar Junus. (1998). Feksyen dan Sejarah: Suatu Dialog. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2019). Pendekatan Kualitatif Dalam Penyelidikan Bahasa Dan Sastera. GEMA Online® Journal of Language Studies, 19(3), 1–15.
Copyright (c) 2025 RUMPUN JURNAL PERSURATAN MELAYU

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.









