Komunikasi Persuasif Dalam Politik Dan Penerimaan Generasi Yz di P091 Negeri Pahang
Persuasive Communication in Politics and the Acceptance of Generation Y in P091, Pahang State
Abstract
Kajian ini bertujuan meneliti penerimaan pengundi muda Generasi YZ terhadap komunikasi persuasif dalam politik serta faktor yang mendorong mereka mengundi dalam Pilihan Raya Malaysia (PRU), dengan fokus kepada kawasan Parlimen P091 Rompin, Pahang. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti hubungan antara komunikasi persuasif dengan keupayaan mempengaruhi Generasi YZ serta faktor motivasi pengundian mereka. Kajian ini berpandukan Teori Instrumental of Persuasion oleh Kotler dan Armstrong (2008) dan menggunakan pendekatan kuantitatif melalui edaran borang soal selidik. Seramai 310 responden dipilih menggunakan kaedah persampelan bertujuan melibatkan tiga kawasan Dewan Undangan Negeri, iaitu N40 Bukit Ibam, N41 Muadzam Shah dan N42 Tioman. Data dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 29 melibatkan analisis statistik deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara komunikasi persuasif dalam politik dengan keupayaan mempengaruhi Generasi YZ serta faktor pendorong pengundian. Walaupun 87.0% responden menerima slogan dan dasar kerajaan, 69.0% cenderung untuk mengundi selain pihak kerajaan dalam PRU akan datang. Kesimpulannya, komunikasi persuasif memainkan peranan penting dalam membentuk sikap dan penyertaan politik pengundi muda. Kajian ini diharapkan dapat menyumbang kepada pemahaman trend partisipasi politik generasi muda di Malaysia.
References
Aliaga, M., & Gunderson, B. (2000). Doing quantitative research in education with SPSS. Sage Publications.
Awang Besar, J. (2021). Evolusi dan dinamika geopolitik dan sosiopolitik gerakan politik di Malaysia (Vol. 18, No. 2). Theme: Society, Social Change and Development.
BERNAMA. (2022, November 17). PRU15: Manifesto menarik, tapi bolehkah ditunai? Soal pengundi muda. Astro Awani. https://www.astroawani.com/berita-politik/pru15-manifesto-menarik-tapi-bolehkah-ditunai-soal-pengundi-muda-391994
Hair, J., Page, M., Money, A., & Samouel, P. (2007). Research methods for business. John Wiley & Sons.
Hamdan, Y. (2001). Urgensi komunikasi pemasaran untuk partai politik di Indonesia.
Haroon, H. A., Rahim, N. A. A., Basir, N., & Zubir, Z. (2020). Illocutionary acts in Zahid Hamidi’s PAU 2017 and 2018 speeches. GEMA Online Journal of Language Studies, 20(2), 96–114. https://doi.org/10.17576/gema-2020-2002-06
Hutajulu, N. (2021). Pengaruh komunikasi persuasif paraaffiliate terhadap peningkatan jualan (penerapan kognitif, afektif dan konatif). http://digilib.mercubuana.ac.id/
Awang Besar, J. (2016). Perkaitan sumber maklumat dengan sokongan kepada parti politik. Geografia: Malaysian Journal of Society and Space, 32(1), 23–49.
Jurkiewicz, C. L. (2000). Generation X and the public employee. Public Personnel Management, 29(1), 55–74. https://doi.org/10.1177/009102600002900105
Kosmo. (2022, November 20). PRU15: Senarai penuh keputusan Parlimen di Pahang. https://www.kosmo.com.my/2022/11/20/pru15-senarai-penuh-keputusan-parlimen-di-pahang/
Kustiawan, W., Ramadhani, K. R., Damanik, S. V., & Muharramsyah, A. (2022). Pengaruh iklan politik dalam mengambil aspirasi rakyat. SIBATIK Journal, 1(8), 1371–1380. https://doi.org/10.54443/sibatik.v1i8.178
Mamat, M. R. (2022, December 5). PRU-15: BN banyak tabur bakti di Tioman – Pengundi. https://api.hmetro.com.my/mutakhir/2022/12/911561/pru-15-bn-banyak-tabur-bakti-di-tioman-pengundi
Mashudi, R., Rahmat, H., Sanudin, S. R., Suliman, S., & Musanif, A. M. (2017). Peraturan interaksi peristiwa komunikatif wawancara dalam akhbar. GEMA Online Journal of Language Studies, 17(3), 70–85. https://doi.org/10.17576/gema-2017-1703-05
Mohamed Noor Muhamad Nazri. (2020). Pilihan raya dan politik Malaysia pasca PRU 2018: Persaingan, dinamik dan implikasi. Politics & Strategies Studies, 47.
Pahang Media. (2024). Belanjawan Negeri Pahang Tahun 2024 (1st ed., Vol. 1).
Pandian, S. (2012). Tingkah laku pengundi dalam pilihan raya: Satu kajian di kawasan Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang. Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Preston, C. C., & Colman, A. M. (2000). Optimal number of response categories in rating scales. University of Leicester.
Semak, S. (2024). MySPR Semak: Semakan keputusan pilihan raya. https://mysprsemak.spr.gov.my/semakan/keputusan/pru
Wright, J. D., Cobu, T., Berg, R. F., & Moldover, M. R. (2012). Calibration of laminar flow meters for process gases. Flow Measurement and Instrumentation, 25, 8–14. https://doi.org/10.1016/j.flowmeasinst.2011.08.007
Copyright (c) 2025 RUMPUN JURNAL PERSURATAN MELAYU

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.









