Pengurusan Kepimpinan Demokrasi Dalam Novel “Imam” Karya Sasterawan Negara Abdullah Hussain
Democratic Leadership Management in the Novel Imam by National Laureate Abdullah Hussain
Abstract
Kajian ini bertujuan menganalisis prinsip pengurusan kepimpinan demokrasi yang diterapkan dalam novel Imam karya Sasterawan Negara Abdullah Hussain (1996) melalui Pendekatan Pengurusan Sastera yang dikemukakan oleh Mohamad Mokhtar Abu Hassan (2022). Dengan menggunakan kaedah kualitatif berasaskan analisis teks dan pendekatan kepustakaan, kajian ini meneliti bagaimana nilai-nilai demokrasi seperti musyawarah, keterbukaan, toleransi, keadilan, tanggungjawab sosial dan pembangunan insan dizahirkan melalui tindakan, pemikiran serta keputusan watak utama, Haji Mihad. Kajian mendapati bahawa prinsip perancangan strategik digambarkan secara jelas melalui pelbagai inisiatif reformasi masyarakat di Kampung Anggerik, antaranya pembaikpulihan Masjid Haji Saleh, penyampaian khutbah Jumaat yang progresif, pengenalan sesi usrah inklusif, program pendidikan rohani, penanaman pokok-pokok dan pembinaan kemudahan awam. Sementara itu, gaya kepimpinan Haji Mihad mencerminkan pendekatan demokratik yang menekankan komunikasi dua hala, penglibatan aktif masyarakat, musyawarah dan kesediaan mendengar suara rakyat. Pendekatan ini berbeza secara ketara dengan gaya kepimpinan autokratik yang rigid dan berpusatkan arahan yang ditunjukkan oleh watak-watak antagonis seperti Haji Syamsuri. Dapatan kajian membuktikan bahawa kepimpinan demokrasi berteraskan nilai Islam dan tradisi Melayu khususnya musyawarah, muafakat dan tolak ansur bukan sahaja memperkukuhkan struktur naratif novel, malah berpotensi dijadikan model pengurusan kepimpinan yang relevan dalam konteks Malaysia kontemporari. Novel Imam berjaya menjadikan karya sastera sebagai medium pendidikan nilai, pembangunan insan serta pembentukan kepimpinan beretika tinggi yang mampu menghadapi cabaran perubahan sosial sambil mengekalkan identiti budaya Melayu-Islam. Kajian ini menyumbang kepada bidang kritikan sastera dengan memperluaskan aplikasi Pendekatan Pengurusan Sastera dalam menggali elemen kepimpinan dan pengurusan dalam karya kreatif Melayu. Ia juga menawarkan implikasi praktikal kepada pendidikan kepimpinan dan pembangunan masyarakat.
References
Abdullah Hussain. (1996). Imam. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Abu Hassan, M. M. (2022). Sejarah, definisi, konsep dan prinsip pendekatan pengurusan. PENDETA, 13(1), 1–10. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol13.1.fa.1.2022
Fathin Noor Ain Ramli, Azhar Wahid, & A. Halim Ali. (2023). Metode pengurusan sastera. Persatuan Penulis Budiman Malaysia.
Jaafar, R., & Wahid, A. (2024). Kepimpinan keusahawanan dalam novel terpilih Anwar Ridhwan berdasarkan teori keusahawanan Kirzner. Rumpun Jurnal Persuratan Melayu, 12(2), 15–30. Retrieved from https://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/190
Jaafar, R., & Wahid, A. (2024). Pengurusan kepimpinan keusahawanan dalam karya terpilih Anwar Ridhwan. Management Research Journal, 13(2), 43–54. https://doi.org/10.37134/mrj. vol13.2.4.2024
Mohamad Mokhtar Abu Hassan. (2013). Pendekatan pengurusan: Satu metode dalam kritikan sastera [Kertas kerja]. Seminar Himpunan Ilmuan Sastera Melayu Malaysia Kedua, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim.
Mohamad Mokhtar Abu Hassan. (2022). Pendekatan pengurusan: Penerapan terhadap karya sastera. MK e-Solutions Sdn. Bhd.
Mahyudin, M. M., & Wahid, A. (2025). Corak pengurusan organisasi dalam novel Anugerah karya Zaharah Nawawi. Rumpun Jurnal Persuratan Melayu, 13(1), 18–32. https://rumpunjurnal.com/ jurnal/index.php/rumpun/article/view/196
Reddin, W. J. (1970). Managerial effectiveness. McGraw-Hill.
Abdul Wahab, M. T., & Wahid, A. (2024). Pengurusan teknologi dalam karya kesusasteraan Melayu. Rumpun Jurnal Persuratan Melayu, 12(2), 57–69. Retrieved from https://rumpunjurnal.com/ jurnal/index.php/rumpun/article/view/193
Usman, R. K., & Wahid, A. (2025). Strategi perancangan keusahawanan dalam karya terpilih Shahnon Ahmad. International Journal of Modern Education, 7(27), 455–472. https://doi.org/10.35631/ IJMOE.727028
Zuber Ismail, M., Beden, S., & Hassan, M. A. (2015). Keintelektualan pemikiran Melayu dalam cerita lipur lara: Penelitian awal berdasarkan perspektif pendekatan pengurusan. Journal of Business and Social Development, 3(2), 1–16.
Copyright (c) 2026 RUMPUN JURNAL PERSURATAN MELAYU

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.









