Pendidikan Nilai Murni Berkonsepkan Ulul Albab dalam Kumpulan Cerpen Narasi Tanah Selandia Baru dan Kisah Lainnya

The Education of Moral Values Based on the Ulul Albab Concept in the Short Story Collection Narasi Tanah Selandia Baru dan Kisah Lainnya

  • Ahmad Faiz Ahmad Suhaime Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Abdul Halim Ali Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Keywords: Pendidikan nilai murni, Ulul Albab, PendidFalsafah Pendidikan Kebangsaan, Pembinaan insan, Cerpen

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenal pasti nilai-nilai murni yang terkandung dalam kumpulan cerpen Narasi Tanah Selandia Baru dan Kisah Lainnya (2021) karya Mawar Safei serta menganalisis nilai-nilai tersebut berdasarkan Model Ulul Albab. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berasaskan analisis dokumen dengan senarai semak dan Kerangka Analisis Struktural Berfokus (KASB) sebagai instrumen sokongan. Sebanyak 20 buah cerpen dianalisis melalui pembacaan teliti, pengkodan nilai, pengkategorian berdasarkan 17 nilai murni Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), serta pemetaan kepada tiga komponen Ulul Albab, iaitu Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesemua 17 nilai murni FPK dapat dikenal pasti dalam korpus kajian. Nilai yang paling dominan ialah kasih sayang, baik hati, hemah tinggi dan semangat bermasyarakat, manakala nilai seperti kejujuran, kesyukuran, keberanian, kerjasama dan patriotisme turut memperkukuh naratif pembinaan insan. Analisis Ulul Albab pula menunjukkan bahawa komponen Quranik membina asas spiritual dan akhlak, komponen Ensiklopedik memperteguh pemikiran rasional dan keilmuan, manakala komponen Ijtihadik menzahirkan tindakan sosial, keberanian moral dan tanggungjawab komuniti. Kajian ini merumuskan bahawa karya cerpen kontemporari berpotensi dijadikan medium pendidikan nilai yang kontekstual, reflektif dan bermakna dalam pengajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif serta pendidikan pembinaan insan.

References

A. Halim Ali. (2019). Pengetahuan asas penyelidikan dalam kesusasteraan Melayu. Selangor: MZ Edu Publications.

A. Halim Ali. (2020). Program Profesional Ulul Albab. Tanjong Malim: Pusat Ulul Albab UPSI, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Ary, D., Jacobs, L. C., Irvine, C. K. S., & Walker, D. A. (2018). Introduction to research in education (10th ed.). Boston, MA: Cengage Learning.

Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2018). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran: KSSM Kesusasteraan Melayu Komunikatif. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bowen, G. A. (2009). Document analysis as a qualitative research method. Qualitative Research Journal, 9(2), 27-40. https://doi.org/ 10.3316/QRJ0902027

Braun, V., & Clarke, V. (2022). Thematic analysis: A practical guide. London: SAGE Publications.

Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK). (2018). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP): Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Creswell, J. W., & Poth, C. N. (2018). Qualitative inquiry and research design: Choosing among five approaches (4th ed.). Thousand Oaks, CA: SAGE Publications.

Flick, U. (2018). An introduction to qualitative research (6th ed.). Thousand Oaks, CA: SAGE Publications.

Harun Mat Piah. (2006). Kesusasteraan Melayu tradisional (3rd ed.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hashim Ismail. (2021). Nilai dan etika Islam dalam konteks pendidikan kontemporari. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). (2023). Pelan Transformasi Pendidikan Islam: Agenda Karamah Insaniah. Putrajaya: Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). (2018). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Mawar Safei. (2021). Narasi Tanah Selandia Baru dan Kisah Lainnya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Merriam, S. B., & Tisdell, E. J. (2016). Qualitative research: A guide to design and implementation (4th ed.). San Francisco, CA: Jossey-Bass.

Miles, M. B., Huberman, A. M., & Saldana, J. (2014). Qualitative data analysis: A methods sourcebook (3rd ed.). Thousand Oaks, CA: SAGE Publications.

Mohd Firdaus Che Yaacob. (2020). Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan penghayatan nilai murni. Kuala Lumpur: Institut Pendidikan Guru Malaysia.

Nik Md Saiful Azizi Nik Abdullah & Rabi'atul Athirah Muhammad Isa. (2020). Model Ulul Albab dalam konteks pembangunan insan: Analisis terhadap dimensi keilmuan dan keimanan. Jurnal Hadhari, 12(1), 45-63.

Noh, M. A., Hamzah, M. I., & Ahmad, R. (2025). The integration of Ulul Albab model in Islamic education. Journal of Islamic Pedagogy, 7(1), 45-60.

Sri Kusnita, Indriyana Uli & Netti Yuniarti. (2021). Cerita rakyat Melayu Pesisir Kalimantan Barat sebagai alternatif bahan pembelajaran sastra di SMP. Jurnal Pendidikan Bahasa, 10(2), 201-214. https://doi.org/10.31571/bahasa.v10i2.2471

Published
2026-11-20
How to Cite
Ahmad Suhaime, A. F., & Ali, A. H. (2026). Pendidikan Nilai Murni Berkonsepkan Ulul Albab dalam Kumpulan Cerpen Narasi Tanah Selandia Baru dan Kisah Lainnya. RUMPUN JURNAL PERSURATAN MELAYU, 14(2), 16 - 23. Retrieved from http://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/218