Cabaran dalam Pengekalan Identiti Etnik dan Budaya Komuniti Peranakan Cina di Tanah Merah, Kelantan
Challenges in Preserving the Ethnic and Cultural Identity of the Peranakan Chinese Community in Tanah Merah, Kelantan
Abstract
Kajian ini menganalisis kesinambungan dan cabaran pengekalan identiti etnik serta budaya dalam kalangan komuniti Peranakan Cina di Tanah Merah, Kelantan. Komuniti ini mempunyai keunikan warisan sosiobudaya yang terbentuk melalui proses interaksi dan asimilasi dengan masyarakat tempatan sejak beberapa generasi. Dengan menggunakan pendekatan kualitatif, kajian ini meneroka pengalaman hidup, persepsi dan amalan generasi komuniti dalam mempertahankan identiti serta warisan budaya mereka. Data primer diperoleh melalui temu bual mendalam separa berstruktur dengan tiga orang informan utama yang merupakan pemimpin Persatuan Peranakan Cina Kelantan (PPCK) daripada generasi kelima, keenam dan ketujuh. Pengumpulan data turut disokong oleh pemerhatian di Galeri Peranakan Cina Kelantan. Analisis tematik menunjukkan bahawa identiti Peranakan Cina Kelantan masih dikekalkan melalui amalan pemakanan, khususnya penggunaan budu dan masakan tempatan, seni bina kediaman, pantang larang, dialek pertuturan serta aktiviti kebudayaan tradisional. Walau bagaimanapun, kesinambungan transmisi budaya antara generasi berhadapan dengan cabaran akibat migrasi golongan belia ke bandar metropolitan, pemodenan, perkahwinan campur serta perubahan orientasi pendidikan melalui Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan penguasaan bahasa Mandarin yang mempengaruhi penguasaan tulisan Jawi. Kajian ini menegaskan bahawa kelangsungan warisan Peranakan Cina Kelantan memerlukan kerjasama bersepadu antara komuniti, sokongan dasar kerajaan dan penglibatan institusi pendidikan. Pemeliharaan warisan ini bukan sahaja penting untuk mengekalkan identiti etnik, malah berpotensi memperkukuh pengiktirafan terhadap kepelbagaian budaya dan kesepaduan sosial dalam masyarakat majmuk Malaysia.
References
Daeng Haliza Daeng Jamal & Zuliskandar Ramli. (2021). Pemuliharaan beberapa bangunan bersejarah di Kelantan: Tinjauan ke atas penglibatan komuniti setempat dalam suai guna semula. Geografia, 17(2), 461–474. https://doi.org/10.17576/geo-2021-1702-35
Eyo Leng Yan, Rosdeen Suboh & Pue Giok Hun. (2021). Warisan Budaya tidak Ketara Komuniti Cina Peranakan Kelantan: Kajian kes Upacara Koi Hoi di Kampung Parit Pasir. MJSSH, 6 (8), 28-44. https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i8.892
Lee Yok Fee. (2009). Kajian tentang Identiti Orang Cina di Malaysia dari segi Epistemologi: Ulasan. Jurnal Sari, 27, 167-183.
Maryati, K. & Suryawati, J. (2014). Sosiologi: Kelompok Perminatan Ilmi-Ilmu Sosial. Erlangga.
Mohamad Nazri, Hanapi Dollah & Teo Kok Seong. (2011). Penghayatan Tradisi Lisan Melayu Dalam Kalangan Masyarakat Cina Kelantan. Jurnal Melayu, 8(1), 111-132. https://ejournal.ukm.my/jmelayu/article/view/5024
Mohd Roslan Mohd Nor & Haryati Hassan. (2010). Kebolehan Bahasa Masyarakat Cina Peranakan Kelantan. Jurnal Usuluddin, 31, 115-133. https://doi.org/10.22452/usuluddin.vol31.7
Mohd Shahrul Imran Lim Abdullah. (2014). Jati Diri Kaum Dan Perpaduan Negara: Kajian Kes Cina Peranakan Kelantan Di Malaysia. Jurnal Kajian Malaysia, 32(1), 119–148. http://www.myjurnal.my/public/article-view.php?id=78469
Mohd Shahrul Imran Lim Abdullah. (2021). Identiti etnik minoriti Cina Peranakan Kelantan sebagai identiti masyarakat multietnik Malaysia [Tesis doktor falsafah tidak diterbitkan]. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nurul Najwa Muhamad Najib & Muhammad Ali A. Rahman. (2025). Community Willingness and Readiness for Cultural Heritage Tourism: the Case of Kampung Chitty, Malacca Historic City, Malaysia. Journal of Contemporary Tourism & Hospitality, 1 (1), 268-293. https://doi.org/10.31436/ jocth.v1i1.23
Pue Giok Hun, Ong Puay Liu & Loo Hong Chuang. (2019). Kelantan Peranakan Chinese Language and Marker of Group Identity. Gema - Journal of Language Studies, 19 (2), 33-51. http://doi.org/10.17576/gema-2019-1902-03
Rachel Chan Suet Kay. (2019). In With the Old: Community Participation in Heritage Management in selected Malaysian Tourist Site. JATI – Journal of Southeast Asian Studies, 24 (2), 131-154. https://doi.org/10.22452/jati.vol24no2.8
Tan Yao Sua, Kamarudin Ngah & Sezali Md Darit. (2017). Cina Peranakan Kampung Pasir Parit Kelantan: Pengekalan dan Penyelarasan Identiti. SIRD.
Tan Yao Sua, Kamarudin Ngah & Sezali Md Darit. (2018). Formation and Negotiation of Identity: the Case of the Kelantan Kampung Pasir Parit Peranakan Chinese. Asian Ethnicity, 19 (1), 16-35. https://doi.org/10.1080/14631369.2017.1310614
Zinitulniza Abdul Kadir. (2016). Peranakan Cina Kelantan: Sintesis Cina Tanah Besar dan Melayu Tanah Melayu. Institut Terjemahan & Buku Malaysia.
Copyright (c) 2026 RUMPUN JURNAL PERSURATAN MELAYU

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.









