MENGANTARABANGSAKAN TEORI-TEORI SASTERA MALAYSIA

Internationalizing Malaysian Literary Theories

  • Abdul Halim Ali Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Keywords: Teori sastera, Pengantarabangsaan, Kerjasama akademik, Perspektif tempatan, Melayu

Abstract

Perkembangan menarik dalam kesusasteraan di Malaysia alaf baharu ialah kemunculan teori-teori sastera yang dibina dan diperkenalkan oleh para sarjana Malaysia pada awal dekad 90-an yang berusaha menanggapi sastera dari perspektif tempatan. Beberapa orang tokoh sarjana berusaha merumuskan pelbagai idea dari sumber dunia Melayu dan Islam sebagai asas untuk memahami sastera Melayu dan karya-karya yang dihasilkan oleh pengarangnya. Setelah menempuh usia perkembangannya lebih dari tiga dekad, teori-teori sastera ini diperluaskan menerusi pengajaran di pelbagai pusat pengajian tinggi di Malaysia. Selain Malaysia, teori-teori ini juga pernah diajar di beberapa buah universiti di Brunei, Singapura dan Indonesia. Teori-teori ini juga digunakan oleh para pelajar dalam kajian akademik pada peringkat sarjana dan doktor falsafah. Secara umumnya, dapat dikatakan bahawa teori-teori sastera janaan sarjana sastera Malaysia ini memiliki kekuatan dan memiliki kerelevenannya yang mampu diperluaskan pengaruh dan fungsinya dalam bidang sastera di rantau Asia Tenggara dan juga pada peringkat global. Makalah ini menyoroti potensi dan peluang teori-teori sastera Malaysia untuk diperluaskan dan dikembangkan ilmu serta kepenggunaannya dalam dunia akademik pada peringkat antarabangsa. Antara usaha yang perlu dilakukan ialah menterjemahkan kepada bahasa antarabangsa, memperluaskan wacana ilmu pada peringkat negara serantau, sisipan dalam perkuliahan dan perluasan jaringan kerjasama akademik.

References

A.Halim Ali (2018) Menilai makna keindahan berasaskan konsep estetika bersepadu, Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris: Tanjong Malim.
A.Halim Ali (2018) Inti Sari Teori Sastera Barat dan Malaysia, Shah Alam: NHA Excell Resources
A.Halim Ali (2019) Pengetahuan Asas Penyelidikan Dalam Kesusasteraan Melayu. Klang: MZ Edu Publications.
Abdul Halim Ali. (1998). “Teori Inggeris Jadi Sumber Ilmu”. Mingguan Malaysia. Keluaran 7 Jun 1998.
Asep Supriadi. (2011). “Takmilah: Menuju Teori Sastra Islami”. Atavisme: Jurnal Ilmiah Kajian Sastra, Vol 14 (2), dimuatturun dari https://researchgate. net.publication/316068856
Hashim Awang. (1997). “Pengkaedahan Melayu dalam Kajian dan Kritikan Kesusasteraan Melayu” dalam Mana Sikana (pngr). Teori Sastera dan Budaya Dalam Kajian Akademik. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
https://www.kajisastra.com/2017/01/teori takmilah-cara baru-pemahaman.html
Kotler & Amstrong. (2000). Principal of Marketing. Prentice Hall.
Louis E. Boone, David L. Kurtz. (2004). Contemporary Marketing, Thomson South-Western
Mana Sikana. (1998). Teori dan Kritikan Sastera Pascamodenisme. Shah Alam. Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Mohd Affandi Hassan. (1992). Pendidikan Estetika Daripada Pendekatan Tauhid. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Pustaka.
Mohd Faizal Musa. (2021). “Tanggapan Terhadap Persuratan Baru: Ambiguiti dalam Pujangga Melayu Karya Mohd Affandi Hassan”. International Journal of the Malay World and Civilisation, 9(1), 2021: 29 – 45, doi.org/10.17576/
Mohamad Mokhtar Hassan. (2003). “Teori Sastera Melayu: Persoalan Jati Diri”, Kertas Kerja yang dibentangkan dalam Seminar Teori Sastera Anjuran Jabatan Sastera, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim di Bilik Seminar 1, Kompleks Fakulti Seni dan Muzik, UPSI pada 13 September 2003.
Muhammad Haji Salleh. (2000). Puitika Sastera Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sahlan Mohd Saman. (1997). “Teori Sastera Islam: Satu Perbandingan” dalam Mana Sikana (pngr). Teori Sastera dan Budaya Dalam Kajian Akademik. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Shafie Abu Bakar. (1997). “Takmilah: Teori, Falsafah dan Prinsip” dalam Mana Sikana (pngr). Teori Sastera dan Budaya Dalam Kajian Akademik. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Shahnon Ahmad. (1981). Kesusasteraan Dan Etika Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ungku Maimunah Mohd Tahir. (1996). “Between Production and Appreciation: A Critique of Malaysia’s Islamic Literature Discourse 1970s-1990s”. Kertas Kerja Dibentangkan dalam Kolokium Eropah Ke-10 dalam Pengajian Melayu dan Indonesia (ECIMS) di Humboldt University, Berlin,17-22 Jun 1996.
Ungku Maimunah Mohd Tahir. (1997). “Shafie’s Abu Bakar Teori Takmilah: Malaysia’s Islamic Framework for Literary Appreciation and Evaluation”. Kertas Kerja. Malaysia Society colloquium, Australian National University, 22-23 November 1997.
Published
2026-11-25
How to Cite
Ali, A. H. (2026). MENGANTARABANGSAKAN TEORI-TEORI SASTERA MALAYSIA. RUMPUN JURNAL PERSURATAN MELAYU, 14(2), 110 - 121. Retrieved from http://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/227