PEMBINAAN KANDUNGAN MODEL PROTOTAIP FALSAFAH BAHASA PENYATUAN BANGSA: KESEPAKATAN PAKAR

THE CONSTRUCTION OF PROTOTYPE MODEL CONTENT OF LANGUAGE PHILOSOPHY FOR NATIONAL UNIFICATION: UNITY OF EXPERT AGREEMENT

  • Mohd Khaidir Abdul Wahab Bahagian Pengajian Linguistik Bahasa Melayu Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia
Keywords: Pembangunan, Falsafah Bahasa, Teknik Delphi, Model Prototaip, Penyatupaduan Nasional, Development, Language Philosophy, Delphi Technique, Prototype Model, National Integration

Abstract

Kajian ini berfokus kepada proses membina kandungan Model Prototaip Falsafah Bahasa Penyatuan Bangsa berdasarkan analisis terhadap 23 orang panel pakar. Gabungan kaedah kuantitatif dan kualitatif diimplimentasikan dalam kajian ini menggunakan teknik Delphi. Seramai 23 orang pakar dalam bidang falsafah bahasa, bahasa Melayu, Pendidikan, Sosiologi dan Sosiobudaya telah dipilih untuk menjadi informan kajian ini. Pada pusingan pertama kajian ini dijalankan melalui protokol temu bual untuk mendapatkan pandangan pakar dalam bidang falsafah bahasa tentang elemen falsafah bahasa yang dijangkakan berpotensi untuk penyatupaduan nasional. Dapatan dari pusingan pertama ini akan disusun secara tematik sebelum dihantar kepada informan untuk pusingan kedua dan ketiga yang terdiri daripada pakar dalam bidang bahasa Melayu, Pendidikan, Sosiologi dan Sosiobudaya. Dapatan daripada pusingan kedua dan ketiga adalah untuk
Persatuan mendapatkan median dan Julat Antara Kuartil (JAK). Dapatan kajian ini menunjukkan 7 tema dan 35 elemen falsafah bahasa untuk penyatupaduan nasional telah dibentuk dan disepakati oleh 23 orang pakar setelah melalui tiga pusingan Delphi. Pada keseluruhannya dapatan berkaitan jangkaan terhadap tema dan elemen falsafah bahasa yang berupaya untuk mewujudkan penyatupaduan nasional dalam Pembelajaran dan Pemudah Cara (PdPc) bahasa Melayu ini mampu memperluaskan skop dan peranan falsafah bahasa daripada bidang yang hanya berfokus kepada pendidikan bahasa kepada usaha penyatupaduan nasional dengan lebih jitu kerana ianya mencapai kesepakatan yang tinggi dalam kalangan pakar yang berlainan bidang tetapi menjurus kepada matlamat yang sama. 

 

This study focuses on the process of building the content of the prototype model of the Racial Integration of Language Philosophy based on an analysis obtained from 23 expert panels. A combination of quantitative and qualitative methods was implemented in this study using delphi techniques. A total of 23 experts in the field of Language Philosophy, Malay Language, Education, Sociology and Socio-culture are chosen to be the informants for this study. For the first round, this study was conducted by using interview protocol to get the views from experts of language philosophy about the potential elements of language philosophy required for national integration. The findings from this first round was arranged thematically before being sent to the informants for the second and third rounds, who are the experts in fields such as the Malay language, Education, Sociology and Socio-culture. Findings from the second and third rounds were to obtain the median and the Inter-Quartile Range (IQR). The findings show that seven themes and 35 elements of language philosophy for national integration have been developed and agreed by 23 experts after three rounds of Delphi program. Overall, the findings on the targets of the potential theme and elements of language philosophy in order to establish national integration in the teaching of Malay Language; they are found to enable the scope extension of Malay Language lesson from language education to national integration. It is considered to be very effective as the technique is mutually agreed by experts of different fields who strive towards the same goal. 

Section
Articles