PERUBAHAN PERSEKITARAN MEMPENGARUHI KANAKKANAK DALAM NOVEL TERPILIH

CHANGES IN THE ENVIRONMENT INFLUENCE CHILDREN BASED ON SELECTED NOVELS

  • Rohayati Junaidi Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
  • Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
  • Madiawati Mamat @ Mustaffa Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Keywords: NOVEL KANAK-kanak, Kronosistem, Perubhan PersekitarN, pERKEMBngN psikologi, Teori Ekologi Bronfenbrenner, Children Novel, Environmental changed, Chronosystem, Psychology development, Bronfenbrenner Ecological Theory

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis novel Memori Atikah (2002) dan novel Umairah dan Kuda Putih (2008) berdasarkan perubahan persekitaran yang berlaku dalam kehidupan kanakkanak. Penghasilan novel kanak-kanak bukan sahaja sebagai bahan bacaan semata-mata tetapi mengalas satu peranan besar, iaitu sebagai medium dalam melihat persekitaran yang memainkan peranan penting terhadap perkembangan psikologi kanak-kanak. Tumbesaran kanak-kanak menjadi tanggungjawab bersama-sama masyarakat bagi melahirkan kanak-kanak yang berkembang seimbang emosi, rohani dan jasmani. Oleh itu, novel kanak-kanak dapat dijadikan sumber rujukan dalam mengangkat dan merungkai permasalahan berkaitan perubahan persekitaran secara menyeluruh sama ada perubahan normal atau tidak normal yang memberi kesan postif dan negatif kepada kanak-kanak. Berdasarkan persekitaran yang melingkungi kanak-kanak dalam novel, didapati perubahan persekitaran tidak normal dominan dalam mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Kajian ini menganalisis perubahan persekitaran tidak normal dalam novel dengan menggunakan salah satu prinsip dalam Teori Ekologi Bronfenbrenner (1986), iaitu kronosistem bagi menganalisis teks pilihan. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini kaedah kepustakaan dan analisis kandungan teks. Dapatan analisis memperlihatkan bahawa perpindahan tempat tinggal dan kematian ahli keluarga mempengaruhi perkembangan sahsiah, tingkah laku dan emosi kanak-kanak. Kesimpulannya, berdasarkan analisis yang dilakukan memperlihatkan bahawa perubahan yang berlaku sepanjang kehidupan kanak-kanak memberikan kesan yang mendalam terhadap perkembangan psikologi kanak-kanak.

 

This study aims to analyze Memori Atikah (2002) and Umairah dan Kuda Putih (2008) based on the changing environment in children's lives. The production of children’s novels is not merely as a reading material, but also plays a major role as a medium in viewing the environment that plays an important role in the development of a child’s psychological development. The development of children is the responsibility of a community, in which community as a whole is expected to produce a balanced child, both emotionally and physically. Therefore, children's novels can be used as a reference to lifting and resolving problems related to the overall environmental changes, whether normal or abnormal, that will affect children, either positively or negatively. Based on the environment surrounding the child in the novels, it is found that the abnormal environmental changes are dominant in influencing the development of children. This study analyzed the abnormal environmental changes in the novels by using one of the principles in the Ecological Theory of Bronfenbrenner (1986), a chronosystem for analyzing text. The study used library research and text analysis method as the instruments. The findings show that family displacement and family deaths influence the development of personality, behavior and emotion of children. In conclusion, based on the analysis carried out the changes throughout childhood provide a deep impression on the development of the child’s psychology.

Section
Articles