UNSUR METAFORA DALAM PUISI LISAN TRADISIONAL KADAZANDUSUN

METAPHORICAL ELEMENT IN TRADITIONAL KADAZANDUSUN POETRY

  • Norjietta Julita Taisin Fakuti bahasa dan Komunikasi Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim Perak, Malaysia.
Keywords: Puisi lisan, metafora, kognitif, Pengajaran, nilai dan budaya, oral poetry, metaphor, cognitive, teaching, values and culture

Abstract

Puisi lisan merupakan salah satu tradisi lisan kaum Kadazandusun di Sabah yang lazimnya dinyanyikan secara solo mahupun berpasangan sama ada mengandungi elemen tarian, muzik ataupun tidak. Sebahagian elemen yang menonjol dalam genre lisan kaum Kadazandusun adalah sudawil (pantun) yang tergolong dalam kategori puisi lisan tradisional. Oleh kerana kehidupan masyarakat lama Kadazandusun amat peka kepada alam semula jadi sebagai sumber ekonomi, maka banyaklah pantun yang dicipta berkait rapat dengan kehidupan persekitaran mereka yang lebih berunsurkan nasihat, teguran dan sindiran kepada anak-anak mereka khasnya generasi muda pada suatu ketika dahulu. Perbincangan ini diusahakan untuk meneliti unsur metafora yang terdapat dalam puisi lisan tradisional Kadazandusun yang telah diselarikan dengan aliran metafora kognitif yang dipelopori oleh Lakoff dan Johnson. Hasil kajian ini mendapati bahawa bahasa dalam puisi lisan tradisional khasnya pantun mempunyai makna yang tersirat dan tersurat atau mempunyai unsur metafora. Yakni, bahasa yang diungkapkan itu adalah produk budaya dan sekaligus wadah penyampai kebudayaan dari masyarakat penggunanya. 

 

Oral poetry is one of Kadazandusun's traditions in Sabah that is usually sung solo or in pairs, which may contain the elements of dance and music or not. Some of the prominent elements in Kadazandusun's oral traditions are the sudawils (pantun) that fall under the category of traditional oral poetry. Because the life of the traditional Kadazandusun community is very close to nature as a source of economy, many of the literary works done are related to their living environment and are didactic in nature for the purpose of advice, instruction and guidance to their children especially the younger generation in the olden days. This discussion is aimed at examining the metaphorical elements found in the traditional Kadazandusun oral poetry that has been preserved with the cognitive metaphoric flow pioneered by Lakoff and Johnson. The results of this study found that the language in traditional oral poetry, especially the pantun, has implicit and explicit meanings or has metaphorical elements. That is, the language used manifest is a cultural product which potrays a wonderful culture of the community concerned.

How to Cite
Taisin, N. J. (1). UNSUR METAFORA DALAM PUISI LISAN TRADISIONAL KADAZANDUSUN . RUMPUN JURNAL PERSURATAN MELAYU, 7(1), 153-172. Retrieved from http://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/31