KEUNGGULAN IKON MEMBAWA TELADAN DALAM SELOKA MELAYU
THE EXEMPLARY EXCELLENCE OF ICON IN MALAY SELOKA
Abstract
Karya sastera tradisional Melayu sarat dengan pengkisahan individu yang penuh dengan pengajaran dan menjadi sebutan dari nenek moyang dahulu sehingga ke cucu cicit kini. Satu antaranya ialah seloka; yang tujuan asalnya dicipta untuk hiburan dengan mengetengahkan ikon yang penuh humor. Kajian yang dilakukan ini adalah berkaitan dengan watak dalam Seloka Melayu yang boleh menjadi ikon teladan kepada khalayak. Kajian ini juga dijalankan dengan menggunakan kaedah perpustakaan melalui penelitian bahan seperti artikel, buku, majalah dan tesis. Makalah ini bertujuan untuk menjelaskan fungsi seloka dalam memberikan imej baik kepada khalayak. Selain itu untuk mengangkat ikon teladan dalam seloka Melayu dari satu sudut pandang yang baik. Teori sastera faedah akan digunakan sebagai kayu ukur kepada dapatan kajian dalam makalah ini. Hasil kajian mendapati setiap ikon dalam seloka ini membawa impak yang baik kepada penciptaan jati diri dan tingkah laku sosial yang baik kepada khalayak.
The Malay traditional literary narrative is replete with individuals who serve as exemplary characters who are recited and remembered through generations. One of them is seloka; originally written for the purpose of entertainment to highlight the humorous aspects of icons. This study was conducted focusing on the characters in Malay Seloka that serve as an example to the readers. This study was also carried out using the methods through library research by analysing materials such as articles, books, magazines and thesis. This paper sought to study seloka as a function in providing a good image to the public. In addition it is to lift the icon in seloka to a good vantage point. The Literary theory will benefit as a benchmark on the findings in this paper. The study found that each icon in this seloka brings impact to the creation of selfesteem and good social behavior to the masses.