GAYA KEIBUBAPAAN DALAM NOVEL KOMSAS SUKAR MEMBAWA TUAH DAN MERENANG GELORA BERDASARKAN ANALISIS TEKSDEALISME

PARENTING STYLE IN KOMSAS NOVEL’S SUKAR MEMBAWA TUAH AND MERENANG GELORA BASED ON ANALYSIS OF TEKSDEALISME

  • Ruziwati Abu Samah Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Pendidikan Sultan Idris
Keywords: Gaya keibubapaan, Novel Komsas, Teori Teksdealisme, Gejala sosial, Remaja, Parenting Style, Literature Theory, Social problems, Teenagers

Abstract

Makalah ini meneliti gaya keibubapaan dalam novel komsas sebagai satu saluran mendidik yang berkesan dan dapat mempengaruhi pembentukan sahsiah remaja. Novel Sukar Membawa Tuah dan Merenang Gelora, telah dijadikan panduan untuk merungkai permasalahan remaja dengan menggunakan Teori Teksdealisme. Teori teksdealisme menekankan prinsip kehadiran, pelanggaran, pengukuhan dan keunggulan. Faktor persekitaran sosial dikenalpasti sebagai permasalahan yang cukup signifikan dalam pembentukan jati diri individu oleh ibu bapa. Kajian ini telah menemukan beberapa dapatan bahawa novel komsas yang menggunakan gaya keibubapaan memainkan peranan yang luas dalam pembentukan tingkah laku dan emosi anak-anak. Selain itu, hasil kajian mendapati gaya asuhan yang bersifat penolakan daripada ibu bapa mereka akan menyebabkan remaja terabai dan terjebak dengan delinkuensi manakala ibu bapa yang sering menghargai dan sentiasa menyokong anak-anak akan memberi peluang anak-anak berkongsi pendapat dengan ibu bapa mereka dan meningkatkan keyakinan diri mereka. Implikasi kajian ini dengan jelas membuktikan bahawa gaya keibubapaan memainkan peranan penting kepada pembentukan sahsiah remaja yang unggul seperti yang diaspirasikan oleh negara.

 

This study involved research on parenting style in literature novel as a teaching channel that is efficient and could influence in the shaping of teenagers’ attitude. The Sukar Membawa Tuah and Merenang Gelora literature novel had been made as a guide to solve teenagers problems by using Teksdealism Theory. This theory emphasize presence, collision, inauguration and excellence principle. Social environment factor is identified as one of the problem which is significant for the parents in the formation of ones’ identity. This research has found several outcomes in the form of literature novels that use parenting style play a wide role in the formation of children’s emotion and behaviour. Besides that, the research shows that parenting style that is denial in nature from the parents will cause the teenagers to be neglected and exposed to delinquency problems. Meanwhile parents who always give support, chances and appreciate their children will be more confident. Meanwhile, parents who appreciate and always give support to their children will increase the child’s confidence level. The impact of this research clearly shows that parenting styles played an important role in the formation of excellenct personality as aspired by the country.

How to Cite
Abu Samah, R. (1). GAYA KEIBUBAPAAN DALAM NOVEL KOMSAS SUKAR MEMBAWA TUAH DAN MERENANG GELORA BERDASARKAN ANALISIS TEKSDEALISME . RUMPUN JURNAL PERSURATAN MELAYU, 7(1), 192 - 216. Retrieved from http://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/33