NALURI KEMASYARAKATAN DALAM PENCIPTAAN KUMPULAN CERPEN SONG OF SEPTEMBER KARYA MALIM GHOZALI PK.

THE INSTINCT OF SOCIETY IN CREATING SHORT STORY TITLED “SONG OF SEPTEMBER” BY MALIM GHOZALI PK

  • Ghazali Din Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak.
Keywords: Naluri, Kemasyarakatan, Penciptaan, Cerpen, Instinct, Society, Creating, Short Stories

Abstract

Pengarang kreatif, Malim Ghozali Pk terkenal dalam genre cerpen dan novel yang kebanyakan ideanya terhasil semasa mengembara di luar negara. Sumbangannya diiktiraf hingga pernah menerima Anugerah SEA Write Award dari kerajaan Thailand. Bagaimanapun, karya kreatif Malim Ghozali Pk tidak diberi perhatian oleh mana-mana pengkaji untuk dianalisis secara ilmiah. Justeru, situasi ini menjadi permasalahan yang mendorong kepada kajian ini dibuat dan menggunakan Teori Sastera Perjalanan atau Pengembaraan dan Model Proses Kreatif Teksnaluri. Kajian ini bertujuan mengkaji naluri kemasyarakatan disebabkan pengembaraan yang mendorong pengarang Malim Ghozali PK menghasilkan cerpen dalam Kumpulan Cerpen Songs of September. Kumpulan cerpen ini mengandungi 20 buah cerpen, namun hanya enam sahaja cerpen dianalisis. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif, iaitu kajian kepustakaan dan analisis teks melalui Teori Sastera Perjalanan atau Pengembaraan dan naluri kemasyarakatan berdasarkan Model Proses Kreatif Teksnaluri. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa Malim Ghozali Pk adalah seorang pengarang kreatif yang memaparkan naluri kemasyarakatan dalam menghasilkan cerpen melalui pengalaman yang diperolehnya ketika melakukan pengembaraan. Cerpen yang bertajuk “Aku diSini, Sayang”, “ꓕ!”, “Tika Hujan di Bogor”, “Di Kantor Suryadi”, “Nyet” dan “Song Of September” menjadi fokus utama pengkaji untuk mencungkil naluri kemasyarakatan pengarang Malim Ghozali PK. Secara keseluruhannya, boleh dikatakan bahawa cerpen Malim Ghozali PK ini mencerminkan kehidupan yang pernah dilalui ketika pengarang melakukan pengembaraan di luar negara. 

 

The creative author, Malim Ghozali Pk which is well known in genre of short stories and novels created during his journey to other countries. The contribution has been recognized as he received the SEA Write Award from the government of Thailand. However, the creative writing of Malim Ghozali Pk are not catching any attention to any researcher for academic purpose. Thus, this situation become a problems that driven to the author Malim Ghozali PK to create a short stories in "Songs of September". These short stories contained 20 short stories, however there are only six has been analyzed. This research will use the qualitative type of method, which is the library research and analyzing texts through the Theory Journey or Adventure of Literature and society instinct based on the Model of Process Creative Instinctive Text. The findings of this study indicates that Malim Ghozali Pk is the creative author that shows his society instinct in creating the short stories based on his past experience that he gain during his journey. The short story entitled "Aku di Sini Sayang", ''Tika Hujan di Bogor'', Di Kantor Suryadi”, “Nyet” dan “Song Of September” become the main focus for the researcher to find the society instinct in Malim Ghozali Pk himself. All in all, it can be said that the short stories of Malim Ghozali PK reflecting his life during the journey to other countries. 

Section
Articles