HUBUNG KAIT PEMBAYANG DAN MAKSUD PANTUN PAK NAZEL DARI PERSPEKTIF EKOLOGI
CONNECTION BETWEEN PURPOSE AND MEANING IN PANTUN BY PAK NAZEL BASED ON ECOLOGY PERSPECTIVE
Abstract
Proses penciptaan pantun sangat unik. Hubungan pantun dengan alam tidak dapat disangkal ibarat daun dan uratnya berpisah tiada. Menjadi kemestian masyarakat pendukung pantun menjadikan sumber alam terbentang sebagai pembayang penyedap rasa. Di sebalik leksikal alam yang digunakan sarat dengan falsafah hidup dari pandangan pengarang pantun. Kajian ini bertujuan melihat hubungkait pembayang alam flora dan tafsiran dalam maksud pantun karangan Pak Nazel. Menggunakan kritikan ekologi, hasil kajian ini mendapati sastera harus menghormati alam sekitar, manakala prinsip bahasa pula memfokus kepada karya yang dihasilkan oleh pengkarya yang membincangkan permasalahan berkaitan dengan alam sekitar dengan menggunakan bahasabahasa yang indah. Hasil pemikiran tersirat karya Pantun Pak Nazel ternyata mengandungi pelbagai unsur seperti pendidikan, pengajaran, nasihat, budi pekerti dan lain-lain lagi yang menjadi cerminan kehidupan masyarakat Melayu. Kajian yang dilakukan ini dilihat mampu memberi kesedaran tentang keindahan dan nilai murni yang terkandung dalam pantun. Penggunaan unsur alam dalam pembayang pantun ini membuktikan alam flora bukan sahaja sekadar satu nikmat pandangan mata namun secara sinisnya ialah satu peringatan kepada masyarakat bahawa manusia dan alam saling perlu memerlukan.
The process of writing the pantuns is unique. Pantun’s relationship with nature is irrefutable as if the inseparability of of the leaf and its vein. Pantun writers normally would use nature as the ingredients to make it sounds more beautiful.The writing of pantuns is full of philosophical views of of the writers by using the natural elements. This research aimed to explore the relationship between natural elements and their interpretations based on pantuns by Pak Nazel. Utilising the eco-critical theory the research findings reveal that literature must have respect for nature, and the principles of language should focus on on works that discuss issues related to nature by using aesthetic language. The intrinsic interpretations of of the pantuns by Pak Nazel reveal that they are full of elements such as education, teachings, advice, good ethics etcetera which are reflections of the Malay society. The research has been able to reveal the beauty of good moral values inherent in pantuns. The use of nature in pantuns tells us that nature is not only a beautiful sight to behold but also serves as a reminder that humans and nature need each other.