PERLANGGARAN ETIKA DIPLOMATIK CETUS KETIDAKSTABILAN DALAM PEMERINTAHAN KERAJAAN MELAYU
Abstract
Etika diplomatik dibentuk adalah untuk membawa kepada permuafakatan antara dua atau lebih kerajaan. Apabila etika ini diaplikasikan maka kerajaan yang terlibat akan mencapai kestabilan dalam pemerintahan. Namun, sekiranya etika ini dilanggar, akan menyebabkan berlakunya malapetaka terutamanya kekacauan dalam pentadbiran. Justeru, objektif kajian ini ialahuntuk mengenal pasti dan menghuraikan punca berlakunya perlanggaran etika yang menyebabkan ketidakstabilan pemerintahan sesebuah kerajaan berdasarkan karya agung Melayu Sulalat al-Salatin, Tuhfat al- Nafis dan Hikayat Aceh.Kaedah yang akan digunakan adalah kaedah kepustakaan bagi mendapatkan data kajian. Hasil dapatan menunjukkan bahawa penyebaran fitnah, pengkhianatan, dan memungkiri janji merupakan punca penyebab kepada berlakunya perlanggaran etika diplomatik ini.
Diplomatic ethics are formed to bring consensus between two or more governments. When these ethics applied the governments involved will achieve stability in the administration. However, if the ethics are violated, it will result in chaos, especially in administration. Thus, the objective of this study is to identify and describe the cause of the breach of ethics that caused instability in the administration of a government based on the Malay masterpiece Sulalat al-Salatin, Tuhfat al-Nafis and Hikayat Aceh. The method used was the library research for obtaining the study results. The findings show that the spread of defamation, betrayal, and the breach of promise are the root causes of the occurrence of a breach of the diplomatic ethics.









