PUISI ENDOI SEBAGAI INSTRUMEN DAKWAH UNTUK PEMBANGUNAN INSAN
Abstract
Usaha dakwah dalam sejarah lampau sangat berjaya mempengaruhi dan mengubah sasarannya. Ini terutamanya pengaruh dan kejayaan dakwah Nabi Muhammad (SAW) dan dakwah di Nusantara sangat mengagumkan dan perlu diselidiki formulanya. Ekorannya timbul persoalan bagaimanakah metod dakwah yang dilakukan bagi mempengaruhi sasaran dakwah pada masa kini. Makalah ini membincangkan tentang salah satu metode dakwah seperti yang disarankan dalam al-Quran melalui surah AnNahl yang digunakan dalam menyampaikan dakwah dengan menggunakan lirik puisi endoi. Dalam kumpulan puisi Melayu tradisional ini, endoi dilihat mempunyai lirik yang amat baik dalam mendidik dan berdakwah kepada masyarakat. Endoi bermaksud buai. Ia juga merupakan tradisi lisan berbentuk perbuatan yang dijalankan khas bagi menyambut atau meraikan kelahiran bayi dalam sesebuah keluarga masyarakat Melayu. Endoi juga merupakan kesenian Melayu berbentuk hiburan yang mengandungi unsur-unsur dakwah yang disampaikan secara lisan (nyanyian). Makalah ini mempunyai dua objektif kajian iaitu pertama mengenal pasti lirik endoi yang mengandungi unsur dakwah dan kedua menghuraikan peranan metode dakwah al-Maw’izah al-Hasanah yang digunakan dalam menganalisis kandungan dakwah dalam lirik puisi endoi. Penemuan kajian mendapati puisi endoi yang menggunakan metode al-Maw’izah al-Hasanah dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat berkesan dengan mengkhususkan penemuan mesej dakwah kepada akidah, syariat dan akhlak yang terkandung dalam lirik puisi tersebut.
Proselytisation efforts in the past were very successful in changing and influencing the target. This is especially the influence and success brought by the Prophet Muhammad (SAW) PBUH and the proselytisation (da’wah) across the Nusantara which was so successful that require a reexamination of its success. Thus, the question was what kind of proselytisation method was suitable to reach for new converts. This article explores one of the proselytisation methods emphasized in the Al-Quran through Surah an-Nahl which was used as rhythmic poetry in order to propagate the da’wah. The Traditional Malay rhyming poetry was the prefect way to educate and proselytise among the community. This poetry rhyming is more like a lullaby for babies. It is common among the Malay community to sing lullabies verbally for the newborn baby to be celebrated and enjoyed. Lullaby is also known as the Malay Art which was designated as a form of entertainment that integrates preaching elements and delivered verbally. There are two objectives for this research, firstly, to identify the lullaby lyrics containing preaching (da’wah) elements and secondly to elaborate the role of that preaching methods like al-Maw-zah al-Hasanah which was used to analyses the content of the lyrics. The findings through this research show that, rhythmic poetry such as lullabies which used the al-Maw’izah al-Hasanah method was a very powerful and effective way to deliver the messages while preaching about the aqidah, syariat and akhlak(behavior) contained in the lyrics of the poems.